Pendahuluan
• Kegagalan Liga Bangsa telah
menyebabkan beberapa negara telah berkumpul di London untuk membuat pakatan
damai dan hasilnya pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston
Churchill telah membuat satu perisytiharan yang dinamakan Piagam Atlantik dan
Piagam ini menjadi asas penubuhan PBB seterusnya.
• Pada Januari 1942, satu
dokumen ringkas telah ditandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar untuk menamat perang dan
mengikat negara-negara tersebut daripada membuat perdamaian secara berasingan dengan
musuh. Dokumen ini kemudiannya dikenali sebagai perisytiharan Bangsa-bangsa
Bersatu dan dari sinilah buat pertama kalinya istilah United Nations digunakan.
• Seterusnya, beberapa
perjanjian telah ditandatangani seperti Perisytiharan Moscow dan Persidangan
Dumbarton Oaks ke arah mewujudkan PBB dan kemuncaknya pada April 1945 satu
persidangan telah diadakan untuk menggubal Piagam PBB. Hasilnya pada 24 Oktober
1945 maka terbentuknya PBB di mana 51 negara telah menandatangani perisytiharan
PBB tersebut. Lima anggota asal PBB telah diberikan kuasa veto iaitu Amerika
Syarikat, Britain, Rusia, Perancis dan China yang merupakan anggota tetap
Majlis Keselamatan.
Isi-isi
Dasar-dasar PBB
1. PBB didasarkan kepada
persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotanya.
2. Setiap negara anggota akan
mematuhi kewajipannya mengikut piagam PBB
3. Semua negara anggota akan
menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan
keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan dan keadilan
sejagat.
4. Negara-negara anggota tidak
boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan
sesebuah negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB
5. Negara-negara anggota
diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan
dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan
tindakan oleh PBB
6. PBB akan memastikan supaya
negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB
setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
7. PBB tidak akan mencampuri
urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitan dengan bidang
perundangan. Bagaimanapun, dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa
diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia
Organisasi PBB
1. Perhimpunan Agung
• Merupakan badan PBB yang
terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung iaitu Ahli Majlis
Sosial dan Ekonomi, Ahli Majlis Keselamatan dan Majlis Amanah. Majlis ini juga
berperanan untuk Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
• Perhimpunan Agung diwakili
oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja.
Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan
September setiap tahun dan berlangsung biasanya tidak kurang dari tiga bulan
• Antara tugas Perhimpunan
Agung ialah :
- Menimbang dan membuat syor
tentang dasar kerjasama antarabangsa
- Mengambil langkah mengkaji
dan membuat syor bagi menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik,
perkembangan undang-undang antarabangsa, menggalakkan kesedaran terhadap hak
dan kebebasan asasi manusia dll.
- Mengawas dan membuat syor
berhubung dengan kawasan-kawasan amanah
- Membuat syor untuk
menyelesaikan sebarang masalah secara damai dan seterusnya mengekalkan hubungan
berbaik-baik antara negara.
- Menimbang dan meluluskan rang
perbelanjaan PBB, menentukan kadar sumbangan wang daripada negara-negara
anggota dan memeriksa perbelanjaan pertubuhan-pertubuhan khas PBB.
2. Majlis Keselamatan
• Bertanggungjawab secara
langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak
penubuhannya sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli iaitu lima ahli
tetap iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China dan enam ahli
biasa yang dilantik setiap dua tahun.
• Mengikut Piagam Madinah,
antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan
sebarang pertelingkahan adalah seperti berikut :
- Meminta semua negara anggota
PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu.
- Meminta semua anggota PBB
memutuskan perhubungan kereta api, laut dan udara, perhubungan pos dan
telegraf, radio atau sebarang bentuk komunikasi
- Meminta semua negara anggota
PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan negara tersebut
- Meminta negara anggota PBB
mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut samaada melalui sekatan
darat, laut atau udara
- Ciri terpenting Majlis
Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB
hendaklah mendapat persetujuan daripada ahli tetap dan ini bermakna bantahan
daripada satu ahli tetap akan menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam
isu-isu yang penting, Keputusan yang sah mestilah mendapat undi dua pertiga (
sembilan ) ahli Majlis keselamatan.
3. Majlis Ekonomi dan Sosial
Bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan
Agung dan antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam
bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya
Majlis ini bertanggungjawab
menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial,
kemanusiaan dan kebudayaan. Persidangan Majlis Ekonomi dan Sosial ini akan
diadakan sebanyak dua kali setahun.
Antara agensi yang membantu
majlis ini termasuklah FAO, UNESCO, ILO, UNCTAD, IBRD DAN IMF.
4. Majlis Amanah
Dipertanggungjawabkan untuk
menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB di mana wilayah yang
telah dirampas daripada musuh yang telah dikalahkan tidak boleh memjadi tanah
jajahan oleh mana-mana kuasa yang menang dan wilayah itu hendaklah ditadbir
oleh kuasa antarabangsa sehingga wilayah itu mampu membentuk kerajaannya
sendiri
• Selepas 1945, terdapat 11
wilayah yang telah diambil daripada Jerman, Itali dan Jepun dan contoh kawasan
yang pernah diletakkan dibawah kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh
Australia, Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand, Cameroon, Tanganyika dan
Togoland ditadbir oleh Britain, tetapi menjelang 1960an wilayah-wilayah
tersebut telah mencapai kemerdekaan menyebabkan Majlis Amanah kurang berfungsi
5. Mahkamah Keadilan
Antarabangsa
Mahkamah ini terletak di Hague,
Belanda. Mempunyai 15 orang hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung
dan Majlis Keselamatan. Setiap hakim mestilah daripada warganegara yang
berlainan dan boleh berkhidmat selama 9 tahun dan boleh dilantik semula
Mahkamah ini berkuasa
mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya dan berkuasa memberi nasihat
atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan tetapi kekurangan
mahkamah ini ialah tiada agen penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuatnya.
• Pelaksanaan keputusan
mahkamah adalah terletak kepada persetujuan negara yang terbabit untuk
mematuhinya dan antara kes yang sering dibawa kepadanya ialah kes tuntutan ke
atas wilayah, penentuan garis sempadan dan tuntutan gantirugi antara negara.
6. Sekretariat PBB
• Diketuai oleh Setiausaha
Agung yang dipilih oleh Perhimpunan PBB atas cadangan dan sokongan majlis
Keselamatan dan Sekretariat PBB ini beribu pejabat di New York, Amerika
Syarikat.
• Setiausaha Agung merupakan
pentadbir tertinggi dan keberkesanan dan kewibawaan sekretariat adalah tertumpu
kepada pengaruh peribadi Setiausaha Agung berkenaan. Setiausaha Agung mempunyai
kuasa untuk melantik kakitangannya dan bertanggungjawab memimpin dan menyelia
pentadbiran Ibu Pejabat PBB yang terdiri daripada 3000 orang pekerja.
Kesimpulan ( 2 markah )
• PBB memainkan peranan yang
sangat penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia dapat dikawal
dan terpelihara.