Rabu, 27 Julai 2016

Sistem ekonomi feudalisme di China

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a)Ekonomi pertanian
Bercorak sara diri. Tanaman yang ditanam ialah padi,gandum, barli, oat dan milet.
Pengunaan kaedah baru seperti menanam padi dua kali setahun, sistem penanman bergilir, tanaman baru iaitu jagung India, ubi kentang manis, kekacang dan penggunaan baja.

Pengenalan peralatan baru seperti seperti tenggala, penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda, pembinaan terusan, koam takungan air dan empangan.
Tanaman komersial seperti tembakau, kapas, mulberi, tebu.
b)Ekonomi industri kecil.
Industri berdasarkan kawasan contoh Kiangsi sebagai pusat pengeluaran porselin, Soochow pengeluar kain kapas
c)Perdagangan
Wujud persatuan dagang.
Sungai sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan.
d)Hubungan luar dan perdagangan.
Hubungan baik dengan pedagang luar.
Aktiviti penjelajahan dibenarkan, contoh ke Asia Tenggara, Selatan India, Sri Langka, Hormuz.
Pelabuhan Canton dibuka kepada pedagang luar seperti dari Asia Tenggara, Arab dan Eropah.[1]




[1] “Sistem Ekonomi Feudalisme dan Kapitalisme”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),103.

3.1.1 Sistem eknomi Feudalisme di Jepun.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a.Feudalisme di Jepun.
Ekonomi Feudalisme di Jepun
a)Ekonomi Pertanian.
Hasil pertanian menyumbang 70% kepada pendapatan ekonomi Jepun. Tanaman yang ditanam ialah padi, buah-buahan, gandum, barli, teh, sayur-sayuran.
Mengguna sistem pengairan iaitu sungai.
b)Perusahaan tempatan
Menghasilkan hasil pertukangan.
Muncul tukang-tukang mahir. Contoh hasil pertukangan ialah barang, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran.
c)Perikanan
Sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun.
Kegiatan perikanan dijalankan di pesisir pantai.
d)Perlombongan
Melombong emas, perak dan tembaga.
e)Perdagangan
Membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang.
Terjalin hubungan dengan negara luar.
Berlaku aktiviti impot dan ekspot.[1]  




[1] “Sistem Ekonomi Feudalisme dan Kapitalisme”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),100.

Selasa, 26 Julai 2016

Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat. [20m]

 Terdapat beberapa bentuk kerajaan dan pemerintahan yang diamalkan di seluruh dunia. Secara umumnya, ada dua bentuk kerajaan yang boleh dipilih untuk melaksanakan pemerintahan sesebuah negara iaitu kesatuan dan persekutuan. Pemerintahan kesatuan biasanya memusatkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Tetapi pemerintahan persekutuan adalah satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.

      Pada 4 lulai 1776 Kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas Jefferson.Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka

        Umumnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong pembentukan pemerintahan persekutuan. Antaranya ialah pertahanan sesebuah negeri yang lemah, kedudukan yang lemah untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan sukarela menyertai negara persekutuan. Antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan adalah Amerika Syarikat. Kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dibentuk oleh 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni British.

        Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada keraiaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.Pada awalnya Artikel Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat. Malangnya artikel ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan yang tidak mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri ataupun negara lain.

       Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat. Walaupun perdebatan hangat telah terjadi, namun satu persetujuan telah dicapai dalam kalangan 13 buah negeri iaitu pembentukan Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat.

       Perlembagaan ini turut memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan mereka serta memberi kerajaan persekutuan kuasa yang lebih besar. Manakala,perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang 1788, sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun begitu, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut.

       Walaubagaimanapun hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamiltory John Jay, dan James Madison dengan menerbitkan buku The Federalist, akhirnya New York mengesahkan menyokong Perlembagaan Amerika.Walaupun golongan federalis berjaya mendapatkan sokongan awam, namun timbul beberapa masalah yang perlu ditangani kerajaan persekutuan seperti had kuasa dan pemeliharaan hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri.

       Bagi mengatasi masalah ini, beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat. Pindaan ini membolehkan kerajaan persekutuan membuat keputusan berkenaan mata wang, pengisytiharan perang, mengenakan cukai kepada rakyat, menggubal undang-undang kehakiman dan menguasai perdagangan. Perlembagaan Amerika juga menggariskan badan-badan yang memerintah negara bagi melindungi negara dari sebarang unsur-unsur authoritarian dan radikal.

       Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian iaitu Eksekutif,Perundangan dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diterajui oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Badan perundangan pula adalah Kongres yang terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kongres berfungsi untuk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawal kongres.

       Namun begitu, melalui dua pertiga undi kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Badan Kehakiman pula adalah Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang bebas. Seterusnya, pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan selepas pilihan raya tersebut George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.


Kesimpulannya pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British. Kerajaan persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Keadaan ini sekali gus, dapat membantu Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa ekonomi dan politik dunia.

Rabu, 20 Julai 2016

3 HURAIKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI NEGARA JEPUN PADA ABAD KE-16

PENGENALAN
Sistem ekonomi bercorak feudal masih diamalkan secara meluas di  Jepun pada abad ke 16. Sistem ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan pemerintah di negara tersebut.Feudalisme lahir kerana keperluan golongan lemah mendapatkan perlindungan daripaada golongan kuat.Kedudukan geografi Jepun yg mempunyai banyak kepulauan menyukarkan maharaja Cina mengawal tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai Daimyo.Oleh itu Jepun menjalankan dasar tutup pintu.Seterusnya mengawal ekonomi Jepun.Ekonomi Feudalisme yang diamalkan ialah pertanian, perindustrian, atau perusahaan tempatan,perikanan, perlombongan dan perdagangan.

SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN ABAD KE 16
PERTANIAN
           Sepanjang  abad ke-16 Jepun di perintah oleh tiga orang shogun iaitu  Kesyogunan Ashikaga(1490-1573) Kesyogunan Nobunaga (1573-1582), dan Kesyogunan Hideyoshi(1582-1598).  Semasa pemerintahan Ashikaga kegiatan pertanian mengalami perkembangan yang sangat pesat. Dalam bidang pertanian penanaman dua tanaman setiap tahun mula dilaksanakan.  Selepas penanaman padi petani-petani menanam tanaman seperti gandum dan barli. Penanaman padi dan memelihara ulat sutera ialah    pekerjaan di kawasan luar bandar. Sungguhpun barli dan gandum ada ditanam di kws tanah tinggi dan biasanya menjadi tanaman yang kedua selepas padi.  Sistem pengairan secara semulajadi digunakan dalam kaedah penanaman padi iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai.

Semasa era pemerintahan Tokugawa, Jepun dikatakan Jepun dikatakan sebagai ekonomi beras. Hasil pendapatan daimyo dan samurai diukur mengikut banyak beras yang dimiliki dan bukannya mata wang. G.B Samson menyatakan bahawa kekayaan diukur mengikut banyak beras yang  dimiliki dan bukannya mata wang. Petani dianggap sebagai jentera untuk menghasilkan beras bagi mengisi perut golongan samurai.Tanaman teh juga penting dalam ekonomi Jepun.  Ladang-ladang di negara Jepun kecil dan kegiatan pertanian   secara padat dijalankan berbanding negara China. Mereka menggunakan hampas dan bahan buangan tanaman untuk menyuburkan tanah.

PERIKANAN
Kegiatan perikanan juga penting. Ikan menjadi  sumber protin utama masyarakat Jepun.  Persimpangan Arus Hitam yang panas dengan  Arus Kamachatka yang sejuk berhampiran pantai Jepun menyediakan tempat perikanan yang baik. Oleh itu, perusahaan menangkap ikan menjadi salah satu pekerjaan utama kepada penduduk Jepun. Aktiviti ini telah lama menjadi sumber pendapatan dan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat




PERLOMBONGAN
Kegiatan perlombongan turut berkembang pesat dengan pertambahan pengeluaran emas, perak dan tembaga. Semasa pemerintahan Oda Nobuga pengeluaran emas, perak dan tembaga bertambah untuk perdagangan. Perkembangan perindustrian telah membawa kepada perkembangan bandar di hujung timur laut Inland yang dikenali sebagai Osaka. Sehingga penghujung abad ke-16, Osaka menjadi bandar bebas di luar domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oelh pedagang tempatan dan istana kuil.

PERUSAHAAN TEMPATAN
Selepas petani, terdapat golongan tukang-tukang termasuk ahli seni (lukisan dan sbgnya) yang sememangnya tukang yang terbaik. Perusahaan ditubuhkan mengikut kesatuan peniaga Jepun sebagaimana juga di negara-negara lain. Namun, kesatuan peniaga di Jepun tidak mengembangkan kuasa seperti yang dijalankan oleh kesatuan peniaga China.  Orang-orang perseorangan mempunyai kualiti pertukangan yang tinggi dan terbaik dalam bidang seni. Biasanya golongan veteran yang memiliki  kemahiran tinggi.

PERDAGANGAN
Saudagar(Chonin) mengembara secara bebas di seluruh Jepun untuk menjalankan kegiatan perniagaan mereka. Perdagangan berkembang pesat apabila penggunaan syiling tembaga dengan meluas di seluruh negara. Nobunaga memainkan peranan penting dalam perkembangan perdagangan. Beliau telah memecahkan pemerintahan Hideyoshi yang menggantikan Oda Nobunaga telah menggalakkan lagi aktiviti     perdagangan. Beliau telah menambahkan pengeluran emas, perak, tembaga untuk memudahkan percetakan syiling-syiling ini (emas, perak, dan tembaga) bagi  meningkatkan perdagangan. Beliau telah memperkenalkan pendaftaran tanah  baru untuk memudahkan pemungutan cukai. Beliau juga memperkenalkan sistem cukai tanah yang teratur berasaskan pendaftaran tanah. Namun Jepun berjaya memberi sumbangan ke arah pertumbuhan ekonomi pada zaman pemerintahan Sengoku Jidai. Orang Jepun mengimport barang tropika dari China termasuk sutera, porcelin, buku, manuskrip, lukisan dan barangan tembaga. Jepun juga mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antara barangan utama termasuklah pedang, kipas berlipat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan tinggi di China.  Tambahan pula pedang buatan Jepun yang melengkung dan di perbuat dari besi keluli yang bersadur dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang  damaskus atau toledo dan mendapat permintaan tinggi serta dieksport dalam jumlah yang besar. Pada abad ke 16, pedagang Eropah mendapati bahawa laut telah dikuasai oelh pedagang Jepun berbanding China. Pada masa yang sama, Jepun telah mengistiharkan diri mereka sebagai pedagang dan penjelajah di bandar-bandar seluruh Asia Tenggara.

Hubungan perdagangan juga dijalankan dengan Portugal pada abad ke-16. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal telah memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Pada masa yang sama Jepun mula menerima teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan seperti senapang dan meriam, kesenian dan penyebaran agama Islam. Pemerintahan Hideyoshi turut memberi keistemewaan kepada William Adams, seorang rakyat British yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkapalan. Hideyoshi turut mengutamakan pembinaan senjata seperti senapang dan meriam dalam persaingan politiknya dan sedang berlangsung di kalangan daimyo.


Kesimpulan
            Sistem ekonomi feudal di Jepun, didominasi oleh bidang pertanian kerana beras merupakan sumber utama jepun.namun keadaan ini berubah pada tahun 1868 apabila pemerintahan Shogun tokogawa berakhir dan digantikan dengan maharaja Meiji. Meiji telah menjalankan dasar permodenan yang membawa satu era baru dalam perkembangan ekonomi jepun seterusnya beralih kepada negara industri.
SUMBER-SKEMA PP P1 PAHANG







Selasa, 19 Julai 2016

BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE 18 HINGGA 19

PENGENALAN
 Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat.  Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi  dua   kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu. Persekutuan Amerika dibentuk paa 4 Julai 1776.  Apabila Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan di Philadelphia. Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi Berperwakilan.  Di bawah perlembagaan ini sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan,   Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang,  Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan   Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.                   

ISI

PILIHANRAYA

1.      PERLEMBAGAAN NEGARA

Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya dan bermulalah proses kewujudan Amerika sebagai sebuah negara Persekutuan

Amerika merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan pemerintahan bercorak Presiden-Kongres. Sistem pemerintahan Amerika turut mengamalkan pengasingan kuasa dengan tujuan untuk mengawal dan menyeimbang tiga cabang kuasa iaitu  legislative, eksekutif dan kehakiman supaya kuasa sebenar pemerintah negara tidak tertumpu pada satu badan atau individu tertentu sahaja. Tugas setiap badan digalurkan secara terperinci di dalam perlembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.  Konsep pengasingan kuasa ini bertujuan menjamin hak dan kebebasan, keadilan dan untuk mempertahankan system demokrasi. Oleh kerana Amerika pernah berada di bawah Britain  yang mengamalkan pemerintahan beraja dan kuasa mutlak, maka Bapa-bapa Kemerdekaan Amerika seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander hailton, James Madison dan George Mason yang menggubal perlembagaan ini iaitu Undang-Undang Hak (Bill of Rights) memastikan tidak ada peluang yang wujud bagi memungkinkan pemerintahan dictator dalam politik dan pemerintahan negara. Antaranya ialah memberi kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan kebebasan berakhbar. Menurut perlembagaan kerajaan pusat menguasai perkara-perkara yang penting seperti dasar-dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang. Manakala hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. 

Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan kerajaan negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan undang-undang tempatan.

STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN

                     Struktur kerajaan persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga badan utama iaitu Eksekutif, Perudangan dan Kehakiman. Menurut perlembangan Persekutuan Amerika, Badan Eksekutif diterajui oleh Presiden.

         PRESIDEN

 Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh perkhidmatan presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua juga selepas empat tahun. Segala urusan pentadbiran negara Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam hal ini Presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul. Demokrasi perwakilan yang diamalkan oleh Amerika menyaksikan penyerahan kuasa yang banyak ke tangan Presiden. Tempat presiden akan diambilalih oleh Naib Presiden jika beliau meninggal dunia atau meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang Presiden cukup besar termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuk hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan, mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di peringkat persekutuan dan akhir sekali mentadbir kongres dan negara.

                     Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa Kongres apabila berupaya mengistiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres. Presiden walau bagaimanapun boleh dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau jenayah besar maka Dewan berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti mendapat sokongan 2/3 dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan Senat dan perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi Kabinet-Eksekutif, Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden boleh dikatakan sebagai pusat pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang meliputi kuasa seperti Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.
        

BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)

Badan Perundangan(Legislatif) Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama Kongres adalah menggubal undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat(Perwakilan) dan Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat. Tiap-tiap negeri juga memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Kongres pada dasarnya mempunyai kuasa yang kuat dalam politik Amerika. Dewan Perwakilan (House of Representative) mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut saiz dan kapasiti penduduk sesebuah negeri Amerika. Setiap ahlinya dipilih  untuk mewakili 30 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua tahun. Bagi mereka yang berjaya akan mendapat keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di mahkamah serta tidak boleh menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan Perwakilan empat kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk membawa sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa, meminda perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang mahu menyertai persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika timbul kekurangan majoriti undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu Jawatankuasa Peraturan Dewan atau House Rules Committee.
        
Ahli Dewan Senat dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira dua orang bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang dipilih akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan Senat diketuai oleh Timbalan Presiden Amerika. Dewan Senat         mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau pun menerima rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan perwakilan. Dewan ini turut berperanan dalam pemilihan Presiden yang mana pengesahan Dewan Senat diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekalipun kedua-kedua Dewan mempunyai perbezaan namun kedua-duanya memainkan peranan yang begitu bermakna dalam pentadbiran Amerika

        
 BADAN KEHAKIMAN

Badan Kehakiman Amerika terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presien sekiranya beliau melanggar perlembagaan.  Di Amerika sistemm kehakiman terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan persekutuan. Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika mempunyai kuasa untuk mengistiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perudangan negeri sebagai melanggar Perlembagaan. 
                    

KESIMPULAN
Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah koloni tanah jajahan pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam Persekutuan. Dalam usaha menjalankan dasar perluasan kuasa Amerika telah berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri. 
SUMBER-SKEMA PP P1 PAHANG

TAJUK 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
UNIT 3.1 SISTEM EKONOMI
3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme.
HP- Menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16
Feudalisme di Jepun.
Definisi Feudalisme
Sistem ekonomi Feudalisme di Jepun.
1.Ekonomi Pertanian.
2.Perusahaan Tempatan.
3.Perikanan.
4.Perlombongan.
5.Perdagangan.

Sistem ekonomi Feudalisme di China pada abad ke-16.
1.Ekonomi pertanian.
2.Ekonomi industri kecil.
3.Perdagangan
4.Hubungan luar dan perdagangan.


1.Bandingkan sisem pemerintahan beraja di England dan Perancis pada abad ke-16-18.20m

Rangka jawapan
Pengenalan
Maksud sistem beraja mutlak
England dan Perancis mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak.Terdapat persamaan dan perbezaan sistem beraja di England dan Perancis.
PERSAMAAN
1.Raja berkuasa mutlak.
2.Parlimen membantu raja.
3.Bangsawan berpengaruh.
4.Ahli gereja dan paderi mewah dan mempunyai kedudukan kukuh.
5.Golongan bourjois semakin menonjol.
6.Penentangan parlimen dan rakya mencetuskan Revolusi.
PERBEZAAN
1.England dua Dinasti –Tudor dan Dinasti Suart.Perancis tiada dinasti.
2.Raja England berpegang kepada prinsip politik-Raja Perancis tiada prinsip politik.
3.Pembubaran parlimen pernah berlaku di England tetapi tidak di Perancis.
4.Raja England memonopoli ekonomi, Raja Perancis boros.
5.Kedudukan bangsawan Perancis i kukuh dan mewah,bangsawan England tidak terlalu mewah.
6.Paderi Perancis kuasai instiusi agama dan mewah. Paderi England tidak mewah.
7.Selepas Revolusi Raja Charles II memerintah berdasarkan perlembagaan. Selepas setahun Revolusi ,Raja Perancis memerintah sebagai raja berperlembagaan ,raja Perancis dijatuhkan hukuman mati. England kekalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan, Perancis menjadi negara republik.
Kesimpulan.
Terdapat persamaan dan perbezaan pemerintahan beraja di England dan Perancis. Revolusi Cemerlang menjatuhkan pemerintahan beraja di England. Revolusi Perancis menjatuhkan pemerintahan beraja di Perancis dan Perancis menjadi negara Republik

Isnin, 18 Julai 2016

Raja berperlembagaan Perancis

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
- Semasa pemerintahan Raja Louis XVI :
a) Rakyat tidak puas hati terhadap struktur parlimen Perancis yang terbahagi kepada tiga estet iaitu Estet Pertama  terdiri daripada golongan paderi, Estet Kedua adalah bangsawan dan Estet Ketiga pula ialah golongan borjouis dan petani.
b.Parlimen  masih bersidang mengikut kaedah lama yang memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan Kedua.
c)Estet ketiga menginkari perintah raja Louis XVI dan berunding dengan Estet Pertama  dan Kedua. Namun gagal menggabungkan suara. Kesannya pada  12 Jun 1789,Estet Ketiga  mengistiharkan diri  mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan dan bermula revolusi.
Perhimpunan Kebangsaan telah
a)berhimpun di gelanggang tenis – Sumpah Padang Tenis.
b.Konsep persamaan dan keadilan.
c)Hak individu golongan berkemampuan dan berbakat diberi perhartian.
d)Berjaya menjatuhkan Bangunan Bastille pada 14 Julai1789.
e)Menghapuskan sistem feudal, perhambaan dan golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan. Pengesahan pada  ‘Hari Ogos’.
Pada 26 Ogos 1789, parlimen meluluskan Perisytiharan Hak Manusia  dan Warganegara iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai hak yang sama.
Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja diluluskan. Golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberi gaji. Mereka perli mengangkat  sumpah taat setia kepada Perlembagaan Awam.[1]

Pada 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI. Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung setahun dan kemudian Perancis bertukar kepada republik.[2]




[1] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .,70.
[2] Ibid,71.