Selasa, 29 Ogos 2017

Bincangkan perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke-18.[20]

Rangka Jawapan
PENGENALAN
-Maksud pendidikan
-Perubahan sistem pendidikan selepas Bismarck menyatukan Jerman.
ISI
Perkembangan pendidikan di Jerman
1.Abad ke-18 Jerman mewajidkan pendidikan peringkat rendah.
-Volksschule –pendidiakn wajib peringkat rendah selama 8 tahun.
-Penekanan kemahiran asas iaitu membaca,menulis dan mengira serta aspek etika, disiplin dan ketaatan.
-ilmu diintegrasikan dengan bidang matematik, sains, bahasa dan seni.
-sistem abjad diganti dengan pengajaran bunyi.
-1717 Raja Frederick William mengeluarkan Advisory Order yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.
-Ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah dikenakan bayaran denda.
2.Kualiti pendidikan ditingkatkan
-1788 pengenalan sistem peperiksaan akhir tahun di sekolah seluruh Jerman.
-Penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck membawa pemusatan pendidikan di Jerman.
-Penyeragaman pendidikan dan banyak sekolah menengah ditubuhkan termasuk sekolah untuk pelajar perempuan.
-Penekanan kepada pendidikan teknologi untuk melahirkan tegana kerja mahir bidang perindustrian dan perdagangan.
-Sekolah teknik dan perdagangan ditubuhkan.
4.Empat jenis sekolah menengah.
-Gymnasium –pembelajaran bahasa moden, latin dan Yunani
-Realgymnasium –pembelajaran bahasa Latin, Bahasa Moden, Sains dan Matematik
-Realschule- pembelajaran teknikal selama 8 tahun
-Obberealschule- pembelajaran selam 9 tahun bahasa moden, sains dan Matematik.
5.Penubuhan universiti
-Universiti Berlin, Munich, Bonn
-Pengajian yang ditawarkan ialah Teologi, Undang-Undang,Perubatan dan Falsafah.
  Fakulti Falsafah menawarkan pengajian Sejarah, Matematik, Geografi dan Kesusasteraan.
KESIMPULAN
-Sistem pendidikan awam di Jerman memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak belajar dari awal hingga ke peringkat universiti.

Isnin, 28 Ogos 2017

Bincangkan perkembangan pendidikan di Perancis pada abad ke-18.[20]

PENGENALAN
-Definisipendidikan
-Perkembangan pendidikan awam di Perancis bermula  sejak kebangkitan Revolusi 1789. Pendidikan awam penting untuk menentukan kelangsungan pemerintahan Republik.
ISI
1.Pendidikan seragam di Perancis
-Napoleon memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis.
2.Pembinaan sekolah di setiap daerah

3.Penggubalan undang-undang pembukaan sekolah rendah
4.Sekolah menengah
5.1802 penubuhan sekolahtinggi dan teknik
6.1805 Universiti Perancis.
-1806 Napoleon menyatukan pendidikan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
-Tiga cabang utama Universiti Perancis;
Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Tinggi.
KESIMPULAN
-Kerajaan pimpinan Napoleon mengambil alih peranan gereja dalam memperkembangan pendidikan di Perancis.
-Undang-undang digubal untuk melahirkan golongan intelektual di Perancis.

Kemajuan pendidikan di Jerman pada abad ke-19 hingga 20

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI JERMAN
Perbahan sistem pendidikan di Jerman
a)Dasar pendidikan
b)Kod Undang-Undang Pendidikan
c)Pembinaan Sekolah
d)Bantuan Kewangan
e)Institusi Pendidikan
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Pendidikan Teknikal
Universiti.
f)Pentadbiran Sekolah.
g)Kurikulum.
Kurikulum Sekolah Rendah.
Kurikulum Sekolah Menengah
Kurikulum Peringkat Universiti.
h)Tenaga pengajar
i)Latihan Perguruan
j)Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
k)Yuran Pengajian.[1]





[1] “Kemajuan Pendidikan”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),145.

Sumbangan Jean Jacques Rousseau

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Latar belakang
Beliau dilahirkan di Geneva pada tahun 1712, berketurunan Swiss, Protesran dari kelas bawah. Beliau menjadi penulis ketika berusia 40 tahun.Rousseau ialah penulis paling berpengaruh pada zaman berkenaan. Rosseau terkenal dengan risalah politik berjudul Kontrak sosial.[1]
Karya dan sumbangan
1.Karya Disourse on the Arts and Sciences.
Seni sains tidak menyumbang kepada pemurnian moral individu, sosial dan tahap politik.
Menekankan kepada membaiki tingkah-laku dan akhlak
2.Karya Discourse oh the Origin of Inequaliti 1755
Memahami manusia dalam keadaan alam semulajadi tulen.
3.Karya The Sosial Contract 1762
Manusia lahir bebas, tetapi terikat di mana-mana
Mementingkan kepentingan umum berbanding kepentingan individu.
Kontrak sosial satu perkara semula jadi
Pendidikan cukup membataskan tingkah laku manusia supaya berada di landasan yang betul.
Perpaduan negara datang dari persetujuan bersama.
Kerajaan menjalankan kuasa berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia.
Manusia dirosakkan oleh masyarakat
4.Karya Emile
Dalam novel Emile 1762 beliau mengusulkan pendidian baharu.Khusus tentang pendidikan awal kanak-kanak.
Kanak-kanak hidup secara semula jadi dan hindarkan pengaruh masyarakat.
Pendidikan bermula sejak lahir.
Belajar melalui pengalaman sendiri.[2]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),248.    
[2]“Intelektual Sumbangan Tokoh”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)140..  

Ahad, 13 Ogos 2017

Kesan Perang Dunia Kedua

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syaikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam teutama dalam bidang politik,ekonomi dan sosial

a.Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa, PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang pepeangan. Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.    
b.Eropah tebahagi kepada dua blok
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besa bahau iaitu Ameika Syarikat  dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sana semasa Perang Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali.  Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.
c.Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Asia dan Afrika. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan bangsa mereka sendiri.

Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah jajahan. Selepas tamat perang negara-negara Eropah memulakan poses dekolonisasi dengan membei kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
    
d.Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Ameika Syarikat dan Rusia. Pada bulan Disember 1946 , Britain, Perancis  dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan Mei  1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibu kotanya di Berlin.

e. Jepun –Supreme Comander for the Allied Powers
Selepas menyerah kalah Jepun diduduki oleh Pihak Bersekutu.Pentadbian ini dikenali sebagai Supreme Commader fot the Allied Powers (SCAP) yang berlangsung dari bulan September 1945 hingga bulan April 1952. Pentadbiran SCAP dipimpin oleh Jeneral Douglas MacAthur. Pembubaran angkatan tentera Jepun merupakan objektif utama SCAP. Menjelang bulan Disember 1945, angkatan tentera daat, laut dan udara Jepun telah dibubarkan. Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam. Tiga juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam diseberang laut telah dibawa pulang ke Jepun. Kilang-kilang senjata juga dimusnahkan.  Jepun dibangunkan semula melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia.  

f.Kematian dan kemusnahan harta benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera Bitain. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta orang.  

g.Perang Dingin  
Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Ameika Syaikat memperjuangkan penubuhan kerajaan  demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga mencetuskan Perang Dingin. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
   
Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syaikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besa dunia ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.



Isnin, 7 Ogos 2017

Sejauh manakah dasar kerajaan Meiji mendorong perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-17-18.

Pendahuluan
Menjelang abad ke-19 Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidang perindustrian. Kerajaan Meijitelah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi merangsang petumbuhan ekonomi. Dasa kerajaan merupakan faktor utama yang mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun. Namun terdapat faktor-faktor lain yang merangsang pertumbuhan industi di Jepun.
Isi-isi penting
1.Dasar kerajaan Meiji
Kerajaan Meiji memberi bantuan modal, menyediakan latihan industi dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri serta mendapatkan khidmat pakar dari luar negara untuk memodenkan sektor peindustian. Galakan dan bantuan dari kerajaan telah menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat.
2.Kemajuan pengangkutan.
Kerajaan Meiji mengambil langkah membangunkan kemudahan pengankutan di Jepun. Pada tahun 1872, landasan keretapi sepanjang 26 batu menghubungkan Tokyo dan Yokohama dibina. Pada tahun 1878 pula landasan keretaapi dibina bagi menghubungkan Kyoto, Otsu, Tsuruga dan Nagahama. Kemajuan dalam bidang pengangkutan merangsang perkembangan sektor peindustian.
3.Sistem perhubungan
Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan sistem pehubungan seperti telegaf bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi. Menjelang tahun 1893 talian telegaf sepanjang 4000 batu didirikan di seluruh Jepun.Kemajuan telegaf  merangsang perkembangan sektor peindustian Jepun.
4.Perkembangan pertanian.
Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor  perindustrian. Antara langkah yang diambil ialah dengan menghantar pelajar dalam bidang pertanian ke luar negara, mendirikan sekolah dan maktab pertanian serta menggalakkan pengajian serta penyelidikan dalam pertanian di seluruh negara. Pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian menyediakan modal bagi pelaburan dalam sektor perindustian.
5.Dasar kewangan
Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik merangsang pertumbuhan bidang perindustrian. Kerajaan memperkenalkan institusi kewangan seperti bank dan mata wang bagi membangunkan ekonomi negara.Bank ditubuhkan pada tahun 1873 manakala Bank Pusat Jepun didirikan pada tahun 1882. Menjelang akhir abad ke 19, tedapat lebih kurang 200 bank di seluruh negara.Institusi bank menyediakan pinjaman kewangan bagi membantu    perkembangan sektor peindustian Jepun.
6.Kemunculan pengusaha baru.
Perkembangan sektor perindistrian didorong oleh kemunculan pengusaha-pengusaha baru yang kaya-raya. Pada awal abad ke-20 terdapat empat buah keluarga   dikenali sebagai Zaibatsu yang  menguasai sektor perindustrian di Jepun. Zaibatsu menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustian di Jepun.
Kesimpulan
Dasar kerajaan Meiji merupakan faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan perindustrian di Jepun.Bantuan kewangan, latihan perindustrian dan khidmat nasihat yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat di Jepun.

SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),462-463.

Perkembangan ilmu di England abad ke-17-19.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Sejarah perkembangan ilmu di England
Pada abad ke-18, muncul ramai ahli ekonomi terkenaldi England yang mengemukakan idea-idea bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh England selepas negara berkenaan melalui Revolusi Perindustrian. Ahli ekonomi yang terpenting ialah kumpulan akademik  yang mempunyai fikiran yang bersifat falsafah dan sifat ingin tahu. Mereka cuba menyelesaikan segala kejadian dalam hubungan ekonomi dan juga membantu dasar negara. Antara tokoh yang penting ialah Adam Smith, David Ricardo dan Thomas Malthus.[1]  
a.Zaman Renaisans
1.Moanarki baru.
2.Penekanan semangat inkuiri.
3.Pemikiran humanismi.
4.Perubahan dalam bidang seni, seni bina, sains
b.Reformasi protestan
1.Pembahagian gereja Barat iaitu Khatolik dan Protestan.
2.Sebab-sebab berlaku reformasi.
3.Pembaharuan dalam bidang keagamaan.
4.Kesan kepada reformasi keagamaan.

c)Revolusi sains
1.Kepentingan Revolusi sains.
d)Zaman pencerahan
1.Pengasingan agama daripada ilmu pengetahuan.
2.Penekanan kepentingan pencapaian rasional.
3.Keyakinan kepada pemikiran.
4.Optimistik.
5.Pengaruh renaisans.
6.Pengaruh reformasi.
7.Pengaruh ahli falsafah.
8.Kemunculan kelas pertengahan,

b.Perancis
Perkembangan ilmu diPerancis
1.Penyebaran sekularisme.
2.Pengimpotan seni Itali dan artis.
3.Pemimjaman pelukis dan pemuzik dari Renaisans Itali Seni, sains dan muzik di bawa dari Florence oleh Catherina de’ Medivi.[2]


[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),249.    
[2] “Perkembangan Ilmu di England dan Perancis”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)135.

3.2.1 Perkembangan ilmu.

Unit 3.2 Intelektual
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan proses perubahan pemikiran dan Kemajuan ilmu pengetahuan kesan daripada Renaisans, Reformasi Protestan, Revolusi Sains dan Gerakan Pencerahan di England dan Perancis abad ke-17-19.
1.a) Konsep intelektual dan ilmu.
Perkataan intelektual atau intelegensia berasal dari Rusia. Golongan inteletual merupakan golongan yang mengadun ilmu pengetahuan yang diperolehi dan semangat intelektual untuk mencurahkan segala ilmu yang ada untuk membangunkan masyarakat dan negara.
Ilmu-umumnya ialah pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman dan pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam kehidupan.[1]
b.Konsep
Renaisans
Reformasi Protestan
Revolusi Sains
Gerakan Pencerahan.

1.Renaisans-ialah zaman pemulihan budaya yang melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal dan seterusnya melahirkan masyarakat terbuka.
2.Reformasi Protestan-Reformasi protestan ialah pembaharuan agama yang menyebabkan agama Kristian terbahagi kepada Protestan dan Roman Katholik.Antara
3.Revolusi Sains-berlaku selepas penemuan semula teks purba dan penciptaan alat mencetak menyebabkan sains dan seni bercampur semasa Ranaisans awal.Bapa sains moden Leonardo Da Vinci melakukan eksperimen dalam aliran air, diseksi perubatan dan mencipta prinsip dan kaedah penyeldikan. Kaedah saintifik menekankan kepada bukti emprikal dan kepentingan matematik.Kaedah saintifik ini membawa sumbangan besar kepada bidang astronomi, fizik, biologi dan anatomi.[2]  
4.Gerakan Pencerahan-
Pencerahan (Enlightenment) ialah satu zaman yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi pada tahun 1650-1800. Enlightenment bererti Zaman  Pencerahan ialah zaman di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan kaedah-kaedah saintifik.[3]

      Enlightenment merupakan satu zaman yang mendukung gerakan pemikiran dan kepercayaan berkaitan dengan konsep-konsep seperti Tuhan, sebab-musabab, alam dan manusia.Zaman ini mewakili satu gerakan ke arah melahirkan masyarakat terbuka, pengajaran untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan segolongan masyarakat yang hidup berdasarkan undang-undang.Pelopor Zaman Pencerahan dikenali sebagai ahli falsafah. Golongan ini mendedahkan diri mereka kepada perkara kritikal dan semangat ingin tahu. Antara ahli falsafah yang terkenal ialah Voltaire, Montesquieu, Diderot, De Alembert dan Rousseau.Mereka mengasingkan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan kepentingan pencapaian kerasionalan melalui ilmu pengetahuan.[4]  


[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),218.   
[2]ibid),224.  
[3] “Intelektual”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)132. 
[4]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),245.  

Khamis, 3 Ogos 2017

PERINDUSTRIAN DI JERMAN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Sejarah perindustrian di Jerman
Perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke-19-20.
Perkembangan perindustrian kedua di Jerman
Pengenalan penjanaan kuasa hidroelektrik
Kewujudan syarikat gergasi pertama industri
Penciptaan teknologi
Pembukaan lombong arang batu dan bijih  besi
Kemunculan pengusaha terkemuka
Pelaburan dalam penyelidikan
Perkembangan industri kulit
Pembangunan syarikat kimia dan elektrik.[1]
Faktor perkembangan perindustrian di Jerman
a.Penyatuan Jerman menyebabkan Jerman muncul sebagai negara industri yang unggul.
b.Penubuhan kesatuan kredit memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri.
c.Penghapusan sistem guild menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
d.Kemajuan dalam arang batu dan besi yang banyakerangsang peridustrian .
e.Campur tangan kerajaan dalam industri membantu meningkatkan hasil pengeluaran dengan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.
f.Pertambahan pendudukkesan dari perpindahan penduduk luar bandar .
g.Pertumbuhan sektor perindustrian.
h.Perkembangan industri perkapalan telah membawa pembinaan kapal berkuasa wap dan kesannya barangan dapat dihantar dengan cepat.
i.Penubuhan kapal dapat mengawal bekalan barangan dalam industri.
j.Kemunculan bank memberikan modal kepada pengusaha-pengusaha.[2]




[1]“Perindustrian di Jerman ”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),126
[2] Ibid,127