Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedudukan Maharaja
Pada zaman Keshogunan Tokugawa, Maharaja
tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan.Meskipun Maharaja merupakan ketua
negara, tetapi kuasa sebenar pemerintahan terletak ditangan Shogun. Tokugawa
Ieayasu telah mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya.
Beliau memperkenalkan undang-undang dan dan peraturan bagi mengurangkan
pengaruh Maharaja dan putera raja.[1]
Kedudukan Shogun
Menjelang Zaman Keshogunan
Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak ditangan Shugon. Shogun Ieyasu mengukuhkan
kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat. Selain itu, Tokugawa
Ieyasu menyerahkan pentadbiran wilayah
kepada vassal yang setia kepadanya.
Beliau turut mengambil langkah
meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial
dan perlombongan. Di samping itu beliau juga mengawal golongan Daimyo yang
menguasai daerah.[2]
Kepentingan golongan Samurai
Golongan Ssamurai mempunyai
kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun. Mereka terdiri daripada
panglima perang yang bertanggungjawab memelihara keamanan negara.
Golongan samurai berkhidmat kepada
golongan bangsawan dan mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Mereka
digunakan oleh golongan bangsawan untuk mempertahankan hak dan keselamatan
mereka.
Golongan ini tidak dibenarkan memiliki
tanah, sebaliknya mereka bergantung kepada bekalan beras yang diberikan oleh
Daimyo. Golongan Samurai mempunyai minat dalam bidang kesenian dan kesarjaan.
Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.[3]
Pemilikan Tanah
Pada Zaman Keshogunan Tokugawa,
wilayah diserahkan kepada vassal yang setia kepada Shogun. Sshogun memberikan
tanah kepada tuan tanah Daimyo yang setia kepadanya. Tuan tanah yang setia akan mengawasi
gerak-geri Daimyo yang diragui kesetiaanmya.
Tokugawa Ieyasu mengambil langkah
merampas tanah daripada Daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang
dirampas diserah kepada tentera dan tuan tanah yang setia kepadanya. Shogun
melantik gundai dan daikin untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.[4]
Kewajipan peribadi
Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan
peribadi antara Shogun dan Daimyo atau tuan tanah. Shogun menyerahkan tanah
kepada Daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, Daimyo akan membantu
Shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan.
Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling
bertanggungjawab terhadap kepentingan berdama iaitu satu pihak memberi
perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran
dan ketenteraan.[5]
Mobilti Sosial
Masyarakat feudal di Jepun pada abad
ke-16 dan 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat
feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.
Kedudukan dan status masyarakat ditentukan
berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini perubahan status dan
mobiliti sosial dalam masyarakat feudal di Jepun jarang berlaku. Umpamanya
golongan pedagang meruapakan golongan yang dipandang rendah.[6]
[1] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Kedua ,16.
[2]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga ,11.
[3]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Kemaskini,13.
[4] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga ,12.
[5] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Kedua ,13.
[6] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan