Khamis, 31 Julai 2014

peranan Peter The Great (1682-1725) dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia

2.  Huraikan peranan Peter The Great (1682-1725) dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.
PENDAHULUAN
-Biodata Peter The Great
-Konsep pemerintahan beraja
-Latarbelakang Rusia
-Peranan Peter The Great  dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.
1) Politik
-Menyusun semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan Dinasti Rurik.Badan yang bertanggungjawab membantu pemerintahan dan pentadbiran ialah Duma (Majlis Penasihat Tertinggi-bangsawan kanan),Zemskii Sabor (Majlis Penasihat-bangsawan),Prikazi (Jabatan Kerajaan yang melaksana dasar yang diluluskan Duma)
-Tahun 1971 Duma dan Zemskii Sabor diganti dengan Majlis Senate (dianggotai 9 orang/kemudian Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis Senate yang semakin berat.)
-Tahun 1721 Peter memindahkan pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dari Moscow ke St.Petersburg.Tahun 1914 nama St. Petrsburg ditukar kepada Petrograd yang menjurus kepada identity Rusia.

2)Ekonomi
-Memberi sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata,peralatan teknikal tentera dan pembuatan makanan
-Penekanan kepada sektor pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca dan barangan kulit.
-Menambahkan Perbendaharaan Negara dan membantu membiayai peperangan (memperkenalkan pelbagai cukai ,cth:cukai barang keperluan seperti madu/ikan tepung / cukai kepala cth: petani dan hamba 70-80 kopecks / professional dan aristokrat 1 rouble (20 kopecks)..Cukai mesti dibayar tunai.

-Pengenalan kaedah banci (diperkenalkan tahun 1719 untuk mengetahui jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan melancarkan kutipan cukai),buktinya tahun 1719 (5 570 000 orang awam telah membayar cukai ) dan tahun 1724 (169 000 dari orang awam tinggal di bandar besar.
3) Pembaratan
-Pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Peter menunjukkan usaha Peter melakukan pembaratan cth:
i-Penampilan diri masyarakat Rusia (pegawai tinggi diarah cukur janggut dan berpakaian ala Jerman dan Hungary)
ii-Peraturan ini juga diwajibkan kepada semua masyarakat Rusia kecuali petani dan institusi gereja, jika enggan cukur janggut mesti didenda (cukai)
iii-Mewajibkan menghisap curut
iv-menggalakkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam sebarang temasya atau pesta yang diadakan
4) Tanah-tanah tak alih
-Zaman Moscow tanah tak alih dibahagikan sama rata dalam kalangan anak lelaki selepas pemilik meninggal dunia,menyebabkan peningkatan bilangan gentry dan sukar dikawal oleh Peter
-Tahun 1714 Peter mengeluarkan dikri kepada seorang anak lelaki sahaja,jika tiada anak lelaki diserahkan kepada anak perempuan,jika tiada anak perempuan diserahkan kepada saudara waris
5)Pengubahsuaian Kalendar

-Mengikut kalendar yang digunakan oleh masyarakat Rusia sebelum ini,Tahun Baru disambut pada bulan September
-Peter menggunakan sistem takwin Julius (tahun baru disambut bulan Januari)

6)Pengubahsuaian hidup rakyat
-Rakyat Rusiadigalak menterjemah bahan bacaan dari luar Negara

-Surat Khabar pertama Rusia diperkenalkan

-Wanita diberi kebebasan keluar rumah dan menghadiri majlis keramaian
-Menjaga kebajikan rakyat (memastikan rumah sesuai diduduki dan atap rumah ditutup dengan jubin untuk mengelak kebakaran.

7)Pembangunan Pendidikan

-Pelajar Rusia dihantar untuk menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran ke Negara barat lain agar Rusia boleh bersaing dengan Negara barat lain

-Menambah bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah ( penekanan pembelajaran berkaitan ketenteraan seperti arithmetic,geometri,geografi dan ilmu pelayaran. Cth sekolah : The Navigator School,Naval Academy dan Artillery Academy.
-Mengilhamkan idea penubuhan sebuah Universiti iaitu The Imperial Academy of Science yang meliputi kolej ilmu fizik,matematik dan sejarah
8)Ajaran Kristian Ortodoks
-Berperanan mengukuhkan dan menyuburkan ajaran agama kristian ortodoks bertujuan memastikan kerajaan Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat Islam bukan Russia di bahagian selatan Rusia seperti Kazakh,Karakalpak,Bashkir dan Nogay untuk menumbangkan Rusia.
-Penukaran agama golongan minoriti untuk mengukuhkan kuasa Peter,Dinasti Ramanov dan Empayar Rusia kerana golongan ini menumpahkan kesetiaan politik.
-Peter menggunakan tawaran kemewahan dan kebendaan sebagai umpan dalam usaha menukar pegangan agama golongan minority, antaranya:
i-Tuan tanah beragama Islam di Kazan dan Azov telah diberi pilihan menukar agama dalam masa enam bulan jika tidak, tanah milik mereka akan dirampas
ii-Mereka ditawar ganjaran lumayan (bagsawan lelaki akan diberi 10 rouble untuk diri sendiri,5 rouble untuk isteri dan setiap anak 1.25 rouble.
iii-Kerajaan pusat menaikkan cukai dan mewajibkan individu Islam berkhidmat lama dalam tentera,jika mereka tukar agama mereka dikecualikan cukai dan tempoh perkhidmatan dalam tentera hanya 3 hingga 6 tahun sahaja.
-Usaha pengukuhan agama Kristian Ortodoks diteruskan dengan :
i-Mengarahkan Mubaligh mempelajari bahasa masyarakat tempatan dan menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa tempatan
ii-Menghantar mubaligh menetap dengan keluarga yang ditetapkan Peter.Penganut agama Kristian baru dipindahkan ke kawasan baru.cth ; orang Bashkir yang menukar agama ditempatkan di Nagaibak di ufa.

-Merombak institusi gereja dengan cara:
i-Mengurangkan kuasa gereja dan Peter mengambil alih semuanya.

ii-Mempraktikkan kekuasaanya terhadap institusi gereja (tidak melantik pengganti ketua gereja Kristian Ortodoks iaitu Patriarch,apabila meninggal dunia)

iii-Selepas 21 tahun memerintah,Holy Syod diperkenal bertujuan mengambil alih tugas Patriarch dan melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Holy Syod.Biskop dipilih kerajaan pusat untuk menganggotai Holy Syod.

iv-Peter bertindak menutup Biara kecil dan Biara besar beroperasi dengan membayar cukai tertentu dan perlu memainkan peranan aktif membangunkan masyarakat.
  
9) Pengukuhan Ketenteraan.

-Peter mengukuhkan kekuatan ketenteraan untuk mengelakkan ancaman.
-Menaikkan peruntukan ketenteraan pada abad ke 18 cth: 2.3 juta rouble tahun 1701 dan meningkat kepada 32 juta rouble tahun1710.
-Memastikan peruntukan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan menggunakan sebahagian besar hasil perbendaharaan untuk mengukuhkan tenteranya.
10) Perluasan Empayar

-Pengukuhan ketenteraan membolehkan Peter meluaskan Empayarnya
-Berusaha mencari jalan baru yang boleh menghubungkan Rusia dengan benua Eropah lain.
-Bertindak bijak dengan merancang taktik dan strategi peperangan hingga Berjaya mengalahkan Sweden dibawah pimpinan Raja Charles XII
-Mengupah buruh mahir dari Itali,Greece dan Britain bekerja di Rusia bagi meningkatkan perdagangan dan memulihkan hubungan dengan negara barat lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tsar Peter Agung memberi sumbangan yang besar dalam memajukan Rusia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Beliau juga membuka Rusia kepada ruang yang lebih luas untuk berinteraksi dengan negara Eropah yang lain.

masyarakat industri di Jerman

Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman.20m
Rangka jawapan
Pendahuluan
Konsep masyarakat industri
Kelahiran masyarakat industri di Jerman
Dasar kerajaan yang turut menyokong perkembangan masyarakat industri di Jerman
Isi
Ciri-ciri masyarakat industri di ]erman
Kemajuan dalam sistem pertanian
Perkembangan perindustrian
Pertambahan penduduk
Kemajuan dalam sistem pengangkutan
Perdagangan antarabangsa
Dasar kerajaan
Kesimpulan
Masyarakat industri di Jerman merupakan sebuah masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan lagi ekonomi negara mereka. Hal ini wajar dicontohi oleh masyarakat pada masa kini agar ekonomi negara dapat berkembang dengan lebih maju pada masa akan datang. Muncul kuasa imperalis untuk mendapatkan banyak bahan mentah.

JAWAPAN LENGKAP
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat industri juga merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri di England pada L860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

       Selain itu, masyarakat industri di Jerman mahir dalam bidang pertanian. Mereka mencapa ibanyak kemajuan dalam bidang pertanian. Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda. Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Duty (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula saintis Jermary Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan. Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian carnpuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang. Kesannya, antara tahun 1905 hingga 1912, Jerman telah
mendahului negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian seperti gandum, barli, oat,jagung dan ubi kentang.

Longgokan sumber bahan mentah yang banyak jrga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke-19. Hal ini membawa kepada kewujudan masyarakat industri. Kemajuan dalam industri kulit pula telah melahirkan perubahan dalam gaya hidup. Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik. Perkembangan dalam industri elektrik adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk barangan elektrik dan Jerman telah muncul sebagai negara pertama untuk menghasilkan barangan elektrik pada tahun 1913.

       Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Hal ini telah membawa pertambahan penduduk dalam kawasan bandar dan telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri di bandar. Misalnya di kawasan Ruhr; Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri. Buktinya, bilangan pekerja dalam industri telah meningkat daripada 120 000 orang antara tahun 1863 hingga tahun 1865 kepada 570 000 orang ada tahun 1906.

       Perkembangan sistem pengangkutan turut berlaku di Jerman. Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan. Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api. Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman. seterusnya industri perkapalan pula dimajukan di Bremery Hamburg, dan Elby.

Rabu, 30 Julai 2014

2.Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China.

Rangka ]awapan
Pendahuluan
Konsep masyarakat agraria
Negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 596 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Masyarakat agraria China mengamalkan aktiviti ekonomi pertanian sebagai kegiatan utama di samping kegiatan ekonomi yang lain.
Isi
china masih mampu untuk menampung makanan penduduknya dan mampu mengeksport makanan ke luar negara.
Masyarakat agraria di China mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan tanah.
Mereka juga menjalankan aktiviti pertanian secara bersama dan tidak mengutamakan hak indvidu.
Masyarakat petani hidup dalam kemiskinan walaupun China subur dan masyarakat agrarianya cekap menguruskan hasil pertanian.
Masyarakat petani dikenakan cukai.
Pertambahan penduduk berlaku ketika zamanDinasti Ming dan Dinasti Ching.
Tanaman makanan dari Asia Barat turut diperkenalkan sebagai tanaman baru. Antaranya, kekacang, ubi, kentang manis, barli dan jagung.
Mengusahakan pertanian komesial.
Pusat-pusat bandar seperti Nanjing dan Beijing turut menyumbang kepada pertumbuhan
industri swasta.
Pentadbiran kerajaan mengambil peranan utama dalam urusan ekonomi masyarakat
agraria.
Masyarakat China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut
kawasan atau daerah.
Kesimpulan
Masyarakat agraria di China mengamalkan ekonomi berasaskan pertaniary industri swasta,
perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan.
Ekonomi agraria China lebih tertutup.


LATIHAN 1.2 MASYARAKAT AGRARIA

1.Bandingkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan di China.[20]

       Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.

       Persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

       Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda , pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan  terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan.
       Perbezaan lain ialah masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu. Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.

       Manakala di China masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.


       Kesimpulannya,persamaan antara masyarakat   agraria Belanda dan China  ialah dari segi ekonomi pertanian dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan perikanan di Belanda serta  perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi  pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Selasa, 15 Julai 2014

2.3 NEGARA BANGSA

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelang akhir ZamanPertengahan, Eropah sudah melalui penubuhan negara bangsa. Kemerosotan sistem feudalisme telah membolehkan raja-raja mengumpul lebih banyak kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka. Perkembangan bahasa kebangsaan dan bahan bercetak membolehkan masyarakat Eropah berfikir berdasarkan cara dan negara yang didiami.

      Negara bangsa ialah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja mutlak. Tiap-tiap negara mengandungi penduduk yang berteraskan satu bangsa, satu bahasa,satu kesusasteraan, dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir, dan menguatkuasakan undang- undang.
Kemunculan negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan keluarga diraja, dan konsep empayar.Ini diperlihatkan di England dan Perancis.[1]
2.2.1 Raja mutlak dan raja berperlembagaan.
Kemunculan negara bangsa pada abad ke-l5, meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di Eropah pada abad ke-16 dan 17. Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem pemerintahan ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa melalui aktiviti perdagangan.Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancls dan England pada abad ke-l6 dan 17.[2]

      Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat.Dalam pada itu, menjadi tanggungiawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka.Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa.[3]

Raja berperlembagaan ialah raja yang memerintah berdasarkan undang-undang yang ditetapkan atau piagam politik Misalnya, di England, kuasa raja terbatas dengan Magna Carta.Namun, kebijaksanaan raja-raja Tudor telah dapat mengawal dua dewan, iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat di England. Namun, pada penghujung abad ke-17, England menuju pemerintahan raja berperlembagaan setelah Revolusi Cemerlang pada tahun 1688 berjaya menumbangkan pemerintahan beraja mutlak.[4]

RAJA MUTLAK DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND ABAD KE-16-18.
Sejak penghujung abad ke-15, England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir dua abad lamanya. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII pada tahun 1485. Baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor yang memerintah England sehingga tahun 1603.

Pemerintahan Raia-raja England pada zaman Dinasti Tudor  1485-1603
Setelah berakhirnya Perang Bunga Ros (Wars of the Roses), majoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.

      Pada era pemerintahan Dinasti Tirdor (1485 1603), menyaksikan England memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan ramai. Meskipun raja-raja Dinasti Tudor mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak, namun mereka masih berpegang kepada tradisi politik England yang wujud sejak Zaman Pertengahan misalnya menghormati prinsip perbatasan pemerintah seperti yang terkandung dalam Magna Carta, sebuah piagam politik yang digubal untuk mengawal kuasa raja.

      Parlimen England dianggotai oleh golongan kaya dan paling berpengaruh di England. Kumpulan pertama menyertai House of Lords ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan bishop, dan kerabat diraja. Satu lagi dewan dikenali sebagai House of Commons terdiri daripada golongan knight, orang kaya, dan peguam. House of Lords lebih berpengaruh daripada House of Commons dari segi politik kerana raja mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-ahli House of Lords .

      Bagaimanapun raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua dewan tersebut dengan baik. Raja-raja Tudor seperti Raja Henry VII, Raja Henry VIII, dan Ratu Elizabeth I tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan rnereka.[5]

      Pada awal abad ke-17, masyarakat England mengalami proses perubahan yang pesat. Ketika ini muncul golongan gentry di kawasan luar bandar.
Golongan tersebut memiliki tanah dan ada dalam kalangan mereka yang menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan. Melalui kegiatan ini, mereka menjadi kaya dan membeli lebih banyak tanah. Lama-kelamaan mereka menjadi lebih kaya daripada golongan bangsawan .

Golongan Bourjois
Di kawasan bandat muncul golongan bourjois yang semakin kukuh kedudukan ekonominya. Perkembangan ekonomi dan perdagangan yang berlaku ketika itu membolehkan kumpulan ini muncul sebagai saudagar yang kaya, pengusaha ladang pertanian, pemilik bank, dan golongan profesional. Kekayaan yang mereka miliki semakin bertambah menyebabkan pengaruh mereka dalam bidang ekonomi semakin kuat. Golongan ini juga berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Perubahan struktur masyarakat England
Dengan perkembangan yang berlaku kepada kedua-dua kumpulan ini, struktur masyarakat di England mula berubah. Walaupun golongan gentry dan bourjois tidak boleh menjadi anggota House of Lords namun dengan kekayaan yang ada, mereka cuba meningkatkan status sosial dan
pengaruh politik mereka.

      Pada abad ke-17, kebanyakan ahli House of Commons datangnya dari kedua-dua golongan ini. Mereka mula berani mempertikaikan pengaruh politik yang didominasi oleh golongan aristokrat dalam House of Lords. Bagaimanapun isu yang dibangkitkan oleh golongan bourjois masih belum mencetuskan pergolakan politik di peringkat kebangsaan.

      Pada abad ke-17, wujud pergeseran antara mazhab Kristian di England. Terdapat sebilangan kecil penganut mazhab Protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican, gereja kebangsaan di England. Mereka tidak berpuas hati kerana gereja Anglican masih 'mengamalkan sifat gereja tradisonal Kristian (Katolik), walaupun kebanyakan ahli gereja Anglican penganut fahaman Calvin.

Golangan Puritan
Golongan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican ini dikenali sebagai golongan puritan. Matlamat perjuangan mereka ialah membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom. Kumpulan ini juga mahukan gereja di England bebas daripada kawalan politik.Kedudukan golongan puritan lama-kelamaan menjadi kukuh. Perkembangan ini disebabkan ajaran golongan puritan mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Ajaran tersebut menarik minat pelbagai golongan masyarakat terhadap kumpulan ini. Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth I, iaitu raja Dinasti Tudor terakhir pada tahun 1603, sepupu baginda, Raja |ames dari Scotland ditabalkan
sebagai Raja England. Hal ini kerana tiada waris terdekat yang boleh mewarisi takhta England. Raja James memakai gelaran Raja James I. Pelantikan baginda menandakan bermulanya eraPemerintahan Dinasti Stuart di England.[6]




[1] Ibid,123
[2] Sivachandran Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,  “Sejarah Dunia 1500-1955” ,Oxford Fajar Sdn.Bhd. Shah Alam 2013),119.
[3] Ibid.
[4] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”,124.
[5] Ibid.
[6] Ibid., 125.

Ahad, 13 Julai 2014

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA


Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan sistem pembesar di China. Di Rusia, pentadbiran raja pada era Moscow dan Dinasti Ramanov dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
DUMA
Duma ialah majlis penasihat tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan sistem kehakiman. Namun begitu, kata pemutus masih lagi di tangan raja.
ZEMSKII SABOR
Zemskii Sabor merupakan majlis penasihat yang dianggotai antara 140 - 50 orang bangsawan, tetapi kuasanya lebih rendah daripada I Duma.
PRIKAZI
Prikazi merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.

      Pada zaman pemerintahan Peter, beliau telah melakukan penyusunan semula sistem pentadbiran bertujuan sistem pentadbiran berpusat, seragam, cekap, dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu. Oleh itu, pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor digantikan dengan Majlis Senate.

      Majlis Senate mempunyai anggota seramai 9 orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yang semakin berat. Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif telah ditekankan oleh Peter. Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu untuk membuat keputusan.[1]

      Golongan bangsawan membantu urusan pemerintahan dan pentadbiran Peter. Pada zarnan pemerintahan Peter, banyak bangsawan baru lahirterutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.Dianggarkan pada tahun 1700 sebelum perubahan dilakukan oleh Peter, bangsawan Rusia adalah seramai 2985 orang. Pada tahun 1737,keluarga bangsawan telah meningkat kepada 100 000 orang dan daripada jumlah tersebut, 500 000 adalah bangsawan lelaki dan 200 000 terdiri daripada pegawai kerajaan.

      Situasi tersebut menunjukkan berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat di Rusia. Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.[2]

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Dasar Peter dan Catherine ini berbeza dengan dasar maharaja China yang mengutamakan ajaran Confucius dalam sistem pentadbiran pembesar di China Pembesar di China berlatar belakang pendidikan Confucius.

      Dasar pemerintahan Alexander I pula mengambil pendekatan lebih bersifat liberat dalam segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander I telah melantik jawatankuasa khas atau lebih dikenali sebagai Mshtosa Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara. lawatankuasa Tidak Rasmi ini bukan sahaja memberi nasihat kepada Alexander I, malahan mereka menyokong dasar liberal yang dipegang oleh Alexander I dalam pemerintahannya.

      Pendekatan liberal diteruskan pada tahun1809 apabila Alexander I telah memperkenalkan perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen.[3]
1.Alexander I mencadangkan agar diadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma.
2.Cadangan ini diutarakan oleh Alexander I dengan cara mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat Rusia.
3.Amalan dasar liberal amat ketara apabila Alexander I memberi hak kepada golongan petani dan hamba untuk menyatakan pandangan mereka. Namun dasar tersebut ditentang oleh golongan bangsawan yang merasakan dasar liberal Alexander I hanya merugikan mereka.
4.Pada masa yang sama, Alexander I menghadapi permasalahan dengan Napoleon dan beliau bimbang perubahan dasarnya ini akan menyebabkan kurangnya sokongan daripada golongan bangsawan.
5.Oleh yang demikian, dasar Alexander I yang mahu membawa perubahan dalam golongan atasan tidak dapat diterima oleh masyarakat Rusia.
Pengisytiharan manifesto Oktober oleh Nicholas II membolehkan Duma berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak masyarakat bukan dilantik oleh Tsar.
1.Duma pertama dibentuk selepas pengisytiharan manifesto Oktober dan sidang pertama diadakan pada bulan Mei tahun 1906.[4]

Ahlinya seramai 497 orang terdiri daripada 45 wakil yang prokerajaan pusat, 32 wakil masyarakat bukan Rusia seperti Poland dan orang Islam, 184 Cadet, 124 mewakili sayap kiri dan 112 wakil bebas.

Keahlian yang pelbagai dalam Duma menyukarkan kerajaan Rusia untuk mentadbir empayarnya. Pada masa yang sama, Tsar masih mendapat sokongan daripada wakil prokerajaan dan beranggapan Duma masih di bawah pengaruh Tsar.

     Oleh sebab itu, sering terdapat perbalahan keputusan kerajaan. Misalnya, apabila membincangkan isu tanah, Duma mahukan pemberian tanah dilakukan secara adil kepada petani, keluarga yang ramai, dan institusi gereja. Sedangkan, wakil prokerajaan mahukan tanah simpanan dikawal sepenuhnya oleh tuan tanah yang dilantik oleh kerajaan pusat.Kesannya, persidangan menemui jalan buntu dan selepas 40 kali perjumpaan, Nicholas II membubarkan Duma pertama. Pada bulan Mac 1907, Duma kedua ditubuhkan.[5]

PENTADBIRAN WILAYAH
Pentadbiran Alexander II dibantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungiawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran negara.Keanggotaannya terdiri daripada golongan bangsawan.Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah, Alexander II telah meluluskan satu undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis Perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

     Penduduk bandar dan kaum petani diberi peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstvo.Ahli Zemstvo Daerah pula akan memilih anggota Zemstvo Wilayah.Majlis ini akan bertanggungiawab memelihara jambatan, jalan raya,pendidikan, kesihatan awam, dan pemilihan pegawai undang- undang.

      Walaupun Zemstvo memiliki kuasa politik yang terhad, namun penubuhannya merupakan satu-satunya institusi separa politik yang bebas daripada kawalan birokrasi Tzar.Pentadbiran daerah turut membantu Tsardalam pemerintahan- Misalnya semasa pentadbiran Rusia di bawah Catherine, beliau telah menlrusun semula sistem pentadbiran di peringkat daerah. Setiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat. Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan pentadbirannya di Rusia.

      Alexander II memastikan pentadbiran hakim dan majistret terasing daripada jabatan kerajaan yang lain Rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.Kes-kes mahkamah dibicarakan secara terbuka dan sistem perbicaraan menggunakan juri diperkenalkan.Alexander II memerintahkan agar perbicaraan mengenai perkara awam dan jenayah dipindahkan daripada tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa mahkamah yang dibentuk mengikut Barat.Terdapat jaksa pendamai, hakim-hakim daerah, dan sebuah Senat
yang menjalankan tugas sebagai Mahkamah Rayuan.[6]

PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG
Pentadbiran kampung diserahkan kepada Komun atau mir atau majlis kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.Memastikan setiap isi rumah petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Bayaran ini akan dikutip setiap tahun.

      Tugas comun juga menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.Comun melatih generasi muda daripada kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh Tsar.Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat.

      Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan tanah dan petani melalui komun dan komun menjadi mata dan telinga kerajaan pusat.Pentadbiran Tsar-tsar di Rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerintahan secara autokratik membawa kepada penubuhan Polis Rahsia Khas.

POLIS RAHSIA KHAS
Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal  jalan keluar masuk ke empayar Rusia, dan serta menjadi mata dan telinga Tsar.

Polis Rahsia pada era pemerintahan Nicholas I (1825 1855), mengenakan tapisan keluar masuk Rusia secara ketat dan masyarakat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang kewibawaan sebagai pemerintah. Pada era Alexander II, Polis Rahsia menangkap mereka yang mengkhianati Tsar. Mereka yang ditangkap kerana memberontak akan dibuang ke Siberia tanpa menjalani apa-apa perbicaraan mahkamah.

      Nicholas. II juga menggunakan polis rahsia atau okhrana dalam pemerintahannya. Okhrana ini mempunyai jaringan wakil yang luas dan menjadi pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia. Penubuhan okhrana telah memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II.[7]





[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2014), 117.
[2] Ibid.
[3]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2012), 117.
[4] Ibid.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2014), 119.
[6]Ibid ,120.
[7] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2012), 117.