Sabtu, 28 Jun 2014

SOALAN STPM SEJARAH P1 2013


SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1
1 Huraikan struktur masyarakat feudal di Jepun dalam erapemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868.                                                                          [20]
2  Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.                                                      [20]
3  Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropak Barat dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.                                                                                                     [20]
4  Sejauh manakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan landskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah?                                                                                      [20]
5  “Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.                                                                              [20]

6  Terangkan  faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.   [20]

Selasa, 24 Jun 2014

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

Pengenalan
Penyatuan Jerman

      Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan Jerman telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan, dan perundangan. Di samping itu, sistem pengangkutan dan komunikasi seperti jaringan kereta api, jalan raya, telegraf dan pos dapat dimajukan. Perpaduan politik yang muncul selepas penyatuan juga turut merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Penyatuan Jerman membolehkan ralqat digerakkan kepada satu hala tuju atau ideal yang sama.Kerajaanpusat menjalankan dasar kebangsaan yang komprehensif bagi membangunkan sektor perindustrian.Selepas tahun 1878, kerajaan mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1.KEMAJUAN PERTANIAN
      Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Selepas penyatuan Jermano sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan berkembang dengan pesat.Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya mengenai teknologi pertanian.Albrecht Thaer telah menerbitkan karya berjudul Introductionto the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789. Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

      Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.Kerajaan menubuhkan sekolah pertanian dan universiti bagi menjalankan kajian dalam bidang pertanian. Terdapat beberapa buah universiti yang menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian.

      Sebelum Perang Dunia Pertama, terdapat lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Sekolah pertanian dan universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.Antara tahun 1905 hingga l9l2,lerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.

2.KEMAJUAN DALAM PENYELIDIKAN
      Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman.Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal tersebut.Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu.Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik
baharu dengan.menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

3.PENUBUHAN KOPERASI
      Institusi koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Institusi ini memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian.Selain itu, kesatuan kredit ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian. Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch ditubuhkan bagi memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar.Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

4.PENGHAPUSAN SISTEM GUILD
      Salah satu faktor yang me-rdorong perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan sistem guild.Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun.Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri dalam perindustrian. Sistem ini menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman.Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan
keistimewaan guild melal:ui Peraturan 1811.Perkembangan ini meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

5.PENGHIJRAHAN PENDUDUK KE BANDAR
      Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman tinggal merietap di luar bandar.Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 000 orang.Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang dengan pesat dan muncul bandar baharu di seluruh negara.Perkembangan ini menyebabkan terdapat 48 buah bandar di seluruh Jerman pada tahun 1910.Bandar perusahaan muncul di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di Jerman.

6.KEKAYAAN BAHAN MENTAH
      Perkembangan sektor perindustrian di Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentah.  Antara sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi, dan bijih timah. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah Ruhr, Lorainne, dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan pengeluaran bahan galian ini meningkat kepada 287 juta tan pada tahun 1913.

      Dalam pada itu, bilangan pekerja yang terlibat dalam industri ini turut mengalami peningkatan yang amat ketara.Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah.Menjelang tahun 1910, berlaku peningkatan dalam pengeluaran bijih besi sehingga mencecah 14.7 juta tan.Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di Jerman. Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375 000 tan garam kalian dan meningkat kepada 3 535 000 tan pada tahun 1901. Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120 000 orang bekerja dalam industri perlombongan di Jerman.Bilangan pekerja dalam sektor ini meningkat kepada 570 000 orang pada tahun 1906.

7.KEMAJUAN INDUSTRI PERKAPALAN
      Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan.Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby.Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman.Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barangan yang diangkut turut meningkat.

8.KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN
      Perkembangan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam bidang komunikasi dan pengangkutan.Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api untuk menggalakkan pertumbuhan industri.Selain itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kadar bayaran dan tarif perkhidmatan kereta api.Landasan kereta api dibangunkanbagi memudahkan pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara.Selepas tahun 1879, kerajaan membeli landasan kereta api yang dimiliki oleh pihak swasta.

9.GALAKAN KERAJAAN
Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian disebabkan oleh galakan yang diberikan oleh kerajaan.Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879. Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat kilang perindustrian antara tahun 1872 hingga 1910 sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di Jerman meningkat. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi merangsang pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil pengeluaran industri dieksport ke negara-negara lain di Eropah.

10.PENUBUHAN KARTEL
      Persatuan yang dikenali sebagai kartel ditubuhkan bagi menyelaraskan pengurusan industri di Jerman.Antara matlamat utama kartel ialah mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin keuntungan.Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga barangan yang dipasarkan.Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan industri Jerman.

11.KEMUNCULAN BANK.
      Kemunculan institusi perbankan memainkan peranan dalan perkembangan sektor perindustrian.Kerajaan menubuhkan bank dan menyediakan pinjaman jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Menjelang pertengahan kedua abad ke-19, Joint Stock Bank, ditubuhkan di Jerman.Bank membantu perkembangan industri dengan memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang terdiri daripada:
(a) Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851);
(b) Deutsche Bank (l 870);
(c) Darmstadter Bank (1870);
(d) Dresdener Bank (1872).

Antara peranan bank ini adalah seperti berikut:
(a) menggalakkan penggabungan perniagaan;
(b)memberikan bantuan modal kepada pengusaha industri;
(c) menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan;

(d)membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.

Ahad, 22 Jun 2014

Masyarakat Industri

Masyarakat Industri
oleh -Ahmad Yaakob
1.4  Masyarakat Industri (England dan Jerman).
Definisi masyarakat industri
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat  dalam bidang perindustrian.Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.

      Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-l8.Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri.Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Istilah 'masyarakat industri' mula-mula diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis Perancis, iaitu Saint-Simon.Namun begitu, idea berhubung dengan konsep masyarakat industri telah muncul lebih awal lagi. Dalam konteks ini, seorang tokoh berbangsa Scott mengemukakan konsep'masyarakat komersial' dalam penulisan beliau.Menjelang abad ke-19, tokoh sosiologi terkenal seperti Herbert Spencer, Auguste Comte, Max Weber, dan Karl Marx menggunakan istilah ini secara meluas.

Ciri-ciri Masyarakat lndustri
Masyarakat industri mempunyai ciri-ciri tersendiri yang temyata berbeza dengan masyarakat agraria.
Antara ciri-ciri masyarakat industri ialah:

(a) kegiatan ekonomi
      Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.
Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan.Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih ke sektor industri
perkhidmatan.

(b)pengkhususan kerja
      Penggunan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlaku pengkhususan kerja.Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan.Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.

c.Mobiliti sosial
      Salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat  industri ialah berlaku mobiliti sosial. Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.Tambahan pula peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan  mereka menerima pendapatan yang tinggi.Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur.
Ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.

(d)kemunculan kelas
      Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan Pengusaha lombong. Dalam pada itu, golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada peringtat awal, proses perindustrian membawakesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagaiburuh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan Profesional.Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan Pekerja meningkat.
(e) urbanisasi
      Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan bekerja di kilang-kilang. Selepas tercetus Revolusi Perindustrian, ramai penduduk luar bandar berhijrah ke bandar.Kebanyakan daripada penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja di kilang.Fenomena ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di bandar perindustrian.Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan bandar.Penghijrahan pekerja secara beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian.Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England ialah Manchester, Leeds, Liverpool dan Lyons.

(f) masyarakat literasi
      Masyarakat industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan. Oleh yang demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan seharian mereka.Masyarakat ini menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial yang lain.

(g) semangat keusahawanan
      Masyarakat industri juga merupakan pengusaha industri yang terlibat dalam pertumbuhan sektor perindustrian.Antara pengusaha industri yang terkenal ialah James Watt (1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).Mereka mempunyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi dalam bidang perindustrian.Mereka memiliki modal yang mencukupi bagi membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian.

(h) perkembangan sains dan teknologi.

      Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu dalam pertumbuhan sektor perindustrian.Perkembangan ini menyebabkan lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.Pada peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh Thomas Newcomen dan James Watt.

ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEJARAH DUNIA P1 DAN ULANGAN 2013


TEMA
2013
2013U
Tema 1 Masyarakat


1.1.Masyarakat feudal
/

1.2 Masyarakat Agraria


1.3 Masyarakat Maritim di Portuugal

/
1.4 Masyarakat Industri- pelaksanaan Merkantilisme di England pada
      abad ke-19 Masihi.

/
Tema 2 Pemerintahan dan pentadbiran


2.1 Institusi pemerintahan


2.1 Pemerintahan beraja di China abad 16-20


      Pemerintahan beraja di Rusia abad ke-16-20


2.1.2 Pembesar China dan Rusia    


2.2 Negara Bangsa


1.Raja mutlak dan raja berperlembagaan di England dan Perancis


2.Negara kesatuan dan persekutuan Perancis dan Amerika abad 18-19


3.Penyatuan negara bangsa Itali

/
4. Penyatuan negara bangsa  
/

Tema 3 Kemajuan dan Pembangunan


1.Sistem ekonomi Feudalisme dan Kapitalisme
/

2.Perkembangan ekonomi


3.Perkembangan intelektual
/

4.Kemajuan pendidikan

/
Tema 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa


1.Reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat
/

2.Perang Dunia Pertama 1914-1918
/

3.Perang Dunia Kedua 1939-1945

/
4.Perang Dingin 1945-1955

/
5.Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan


6.Perhubungan luar


   PBB


   Komanwel


   NATO




Sabtu, 21 Jun 2014

SOALAN STPM P1 2014.

SEJARAH DUNIA 1500-1955

1.Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi. [20m]
2.Galurkan proses penyatuan negara bangsa Itali pada abad ke-19 Masihi. [20m]
3.Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-19 Masihi. [20m]
4.Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme di Eropah pada abad ke-16 dan abad abad ke-17 Masihi . [20]
5.Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. [20]

6.Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa. [20]