4.
Pengenalan
|
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi
dan ahli falsafah dari Scotland. Beliau terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nation dan dianggap
sebagai Bapa Ekonomi moden. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Beliau
mendapat pendidikan di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya di Universiti Glasgow dan mempelajari
bidang falsafah moral seterusnya pada
tahun 1740 memasuki Kolej Balliol, Universersiti of Glasgow. Beliau memegang
jawatan sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787 hingga 1789.
Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790. Adam Smith merupakan seorang tokoh
terkenal dalam zaman pencerahan terutamanya dalam bidang ekonomi moden
apabila beliau mengasaskan displin ekonomi moden, polisi merkantalisme,
monopoli negara, memperkenakan kerajaan berasaskan pasaran bebas dan
menekankan kepentingan buruh/pengkhususan pekerjaan.
|
FAKTA 1
|
Amalan
perdagangan
|
TAAKULAN
|
Beliau berpendapat tiada siapa yang
menjalankan perdagangan jika mereka menjangkakan akan mengalami kerugian.
Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Kekayaan sesebuah
negara bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik kebal, tetapi
bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangan. Adam Smith mempunyai
pemahaman dan pandangan yang radikal tentang bagaimana masyarakat manusia
bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula
jadi apabila manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja
bersama.
|
FAKTA 2
|
The Theory of Moral
Sentiments
atau Teori Sentimen Moral.
|
Taakulan
|
Adam Smith menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau
Teori Sentimen Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang
kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori
Simpati yang menerangkan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain yang
menyebabkan seseorang menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri.
|
FAKTA 3
|
Wealth of Nations(konsep ekonomi
laissez faire
|
TAAKULAN
|
Adam Smith menulis buku Wealth
of Nations yang mempengaruhi ahli-ahli politik pada zamannya dan
menjadi asas intelektual pada zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga
telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi moden. Memperkenalkan teori ekonomi yang sistematik yang menentang teori lama ekonomi
perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas. Beliau
juga menolak pandangan golongan physiokrat
yang menyatakan tanah adalah sumber utama. Beliau juga berpendapat bahawa pasaran bebas bergerak menurut
mekanisme secara automatik, di mana pengeluar akan mengeluarkan barangan yang
diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Beliau juga
menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan ekonomi
dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali dengan
istilah laissez faire. Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam Smith di
England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy.
|
FAKTA 4
|
Meritokrasi
|
Taakulan
|
Adam Smith menekankan pentingnya
meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat agar selalu memperbaiki dirinya
sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan dalam ekonomi. Beliau
percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhan
ekonomi. Dengan adanya pembahagian
kerja, maka berlaku peningkatan
produktiviti tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja,
menjimatkan waktu dalam pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan
tenaga kerja.
|
FAKTA 5
|
Pengumpulan
Modal
|
Taakulan
|
Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih
dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi. Modal
diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Para pengusaha atau kapitalis
akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau bangsawan. Modal akan
digunakan untuk perdagangan.
|
FAKTA 6
|
Teori
ekonomi yang sistematik
|
Taakulan
|
Menentang teori lama ekonomi perdagangan
yang menekankan perlunya memiliki jomgkong emas dalam jumlah besar. Beliau
menolak pandangan golongan physiokrat yang mengatakan bahawa tanah merupakan
sumber utama.
Beliau turut menenkankan perkara penting
ialah tenaga buruh. Seterusnya menentang campurtangan pemerintaj yang
menghalang perkembangan dan peluasan industri.
Adam Smith menyatakan proses pertumbuhan
ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna apabila wujud kemakmuran kesan dari
kemajuan dalam bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan
teknologi, meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja
dan peningkatan keuntungan secara berterusan. Idea beliau menjadi realiti
apabila lebihan barangan kapas di Manchester
dipasarkan ke India menjelang awal abad ke 19.
|
Fakta 7
|
Teori
percukaian
|
Taakulan
|
Dalam teori percukaian beliau
berpendapat kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak menggugat
kesejahteraan ekonomi dan rakyat
sesebuah negara. Rakyat patut
menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.
Negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan
cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport, dan
melindungi industri domestic
|
KESIMPULAN
|
Adam Smith percaya bahawa kerajaan
cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi rakyat daripada penaklukan
tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan dan menyediakan
kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh
individu. Jelas Adam Smith telah
memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan sistem ekonomi moden
hingga ke hari ini apabila idea-iea ekonomi baru yang diperkenalkan telah
memberi kesan besar terhadap perkembangan ekonomi moden.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan