Golongan pembesar ialah
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau
diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang
yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah
yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan
oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam
melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai
pembesar.
Kedua-dua buah negara China dan Rusia
menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir
negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China dan Rusia rnenggunakan kaedah
lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Namury pembesar di
China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam. Hal ini berbeza
dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat
dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi
perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
Pembesar Rusia dilantik untuk
menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti China.
Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat
pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang
peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan
diserap menjadi pembesar di China.
Peranan pembesar di China dan Rusia
mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah
pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China
memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat
Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).
Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang
membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam
pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian tersebut.
Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis
Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli
majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan
terbahagi kepada enam badan kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan
hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan
Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.
Sistem pembesar di Rusia berbeza
daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan
Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah
Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula
merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan
dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan
menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan
beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan
dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat
Agung yang membantu menyelia dan menyelaras kementerian-kementerian di China.
Selain itu, pemerintahan daerah dan
wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur
organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang
dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah.
Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai
pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu
oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke
atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti
pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti
Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair daerah semasa era Catherine yang
menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran.
Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.
Namun begitu, pemerintahan peringkat
wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang
dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan
tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao. Rusia juga mempunyai pentadbiran
peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung
yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah
ditetapkan.
Di samping itu penggubalan dasar di
negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat
ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial
Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar
wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan
mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat
istiadat dan keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan
dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis
penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
Selain itu, raja atau maharaja di
kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar
mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam
menjalankan tugas. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau
Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak
pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan
korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia pula mempunyai Polis
Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.
Kesimpulannya, sistem pembesar di dua
buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era
pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga
turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem
pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik.
Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di
China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak
republik dan kemudiannya komunis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan