Pengenalan
|
Persekutuan merupakan gabungan
beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat. Sistem persekutuan adalah satu
sistem pemerintahan yang mengandungi
dua kerajaan iaitu kerajaan
pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara
tertentu. Persekutuan Amerika dibentuk paa 4 Julai 1776. Apabila Kongres meluluskan Pengisytiharan
Kemerdekaan di Philadelphia. Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi
Berperwakilan. Di bawah
perlembagaan ini sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan, Kerajaan pusat menguasai
perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata
wang, Hal-hal tempatan
terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan Pentadbiran kerajaan akan dibahagi
kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.
|
FAKTA 1
|
Badan Eksekutif diterajui
oleh Presiden
|
TAAKULAN
|
Presiden Amerika
Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh perkhidmatan
presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua juga selepas empat tahun.
Segala urusan pentadbiran negara Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam
hal ini Presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul. Demokrasi
perwakilan yang diamalkan oleh Amerika menyaksikan penyerahan kuasa yang
banyak ke tangan Presiden. Tempat presiden akan diambilalih oleh Naib
Presiden jika beliau meninggal dunia atau meletak jawatan sehingga cukup
tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang Presiden cukup besar
termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian, menerima
duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuk hakim persekutuan,
mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan,
mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di peringkat persekutuan dan
akhir sekali mentadbir kongres dan negara.
Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi
kuasa Kongres apabila berupaya mengisytiharkan peperangan terhadap negara
luar, sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres. Presiden walau
bagaimanapun boleh dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau jenayah
besar maka Dewan berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti
mendapat sokongan 2/3 dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan
Senat dan perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya
Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi
Kabinet-Eksekutif, Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden
boleh dikatakan sebagai pusat pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang
meliputi kuasa seperti Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.
|
FAKTA 2
|
Badan Perundangan(Legislatif)
|
Taakulan
|
Badan
Perundangan(Legislatif) Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama Kongres
adalah menggubal undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan
Rakyat(Perwakilan) dan Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih
oleh rakyat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat.
Tiap-tiap negeri juga memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya.
Kongres pada dasarnya mempunyai kuasa yang kuat dalam politik Amerika. Dewan
Perwakilan (House of Representative) mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut
saiz dan kapasiti penduduk sesebuah negeri Amerika. Setiap ahlinya
dipilih untuk mewakili 30 000 orang
rakyat bagi tiap-tiap dua tahun. Bagi mereka yang berjaya akan mendapat
keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di mahkamah serta tidak boleh
menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan Perwakilan empat
kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk membawa
sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa, meminda
perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang mahu
menyertai persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika
timbul kekurangan majoriti undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan
Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu Jawatankuasa Peraturan Dewan
atau House Rules Committee.
Ahli Dewan Senat
dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira dua orang
bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang
dipilih akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta
bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara
sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan Senat diketuai oleh Timbalan
Presiden Amerika. Dewan Senat
mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk
menolak atau pun menerima rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
perwakilan. Dewan ini turut berperanan dalam pemilihan Presiden yang mana
pengesahan Dewan Senat diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekalipun
kedua-kedua Dewan mempunyai perbezaan namun kedua-duanya memainkan peranan
yang begitu bermakna dalam pentadbiran Amerika
|
FAKTA 3
|
Badan Kehakiman
|
TAAKULAN
|
Badan Kehakiman
Amerika terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia
merupakan sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap
Presien sekiranya beliau melanggar perlembagaan. Di Amerika sistemm kehakiman terbahagi kepada
dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah Negeri mempunyai
kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang negeri kecuali
terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan persekutuan.
Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan
penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika
mempunyai kuasa untuk mengistiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan
presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen
undang-undang di sesetengah perudangan negeri sebagai melanggar
Perlembagaan.
|
KESIMPULAN
|
Selepas mencapai
kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah koloni tanah
jajahan pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan sebuah
kerajaan persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George
Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah
mengambil langkah untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam
Persekutuan. Dalam usaha menjalankan dasar perluasan kuasa Amerika telah
berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian, perjanjian dan peperangan.
Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri
daripada 50 buah negeri.
|
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P1 NEGERI PAHANG 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan