Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar ialah
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau
diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang
berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang
melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh
raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam
melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai
pembesar.[1]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja
dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate
menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan
ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja
Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa
tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi
ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana
untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.[2]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam
Majlis Tertinggi.
Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar
sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia
rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan
cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi
perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
Pembesar Rusia dilantik untuk
menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di
peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah
penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang
kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan
yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis
Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan
Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges
pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi.
Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik
Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.
3.Memberi perkhidmatan
ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru
lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan.
Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau
maharaja Rusia.
4.Menganggotai institusi gereja
Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat
dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks memainkan peranan penting dalam hal ehwal
keagamaan, ekonomi, dan politik.
Namun,
peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di
bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan
institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di
Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan
selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil
alih peranan Patriarch.
Semasa
pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja
dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini
membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan
diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja
Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa
tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai
Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi
ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana
untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia mempunyai organisasi yang menyiasat tentang
pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar
dalam menjalankan tugas. Rusia mempunyai
Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas
ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar ,
demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan
telinga Tzar.[3]
8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia,
Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa
perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei
Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun
1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan
Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang
menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.[4]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
WILAYAH
Pemerintahan peringkat wilayah di Rusia ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang dipilih
oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan
(Majlis Daerah) atau Zemstvo.
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
KAMPUNG
Rusia juga mempunyai
pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis
Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang
telah ditetapkan.
penggubalan dan meluluskan
dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis
penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar
mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam
menjalankan tugas. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan
telinga Tsar.
[1]Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan
Sejarah STPM Penggal 1, 940/1, (Kuala Lumpur: Global Mediastreet, 2016),57.
[2] “Pembesar”
dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,
“Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi
2015),120.
[4]
Ibid,121.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan