Pengenalan
|
NATO ditubuhkan
pada 4 April 1949 beribu pejabat di Paris. Pada peringkat awalnya hanya 12
buah negara sahaja yang menganggotai pertubuhan ini. Negara-negara berkenaan
ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Peranchis, Iceland, Kanada, Itali,
Portugal, Denmark, Norway, Belgium, Belanda dan Luxemberg. - Strategi NATO
untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara
anggoa terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. - Pada
dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oeh
Soviet Union. - Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula
kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara langsung Amerika
Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan
ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan mengatasi
ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB. - Strategi NATO ialah bagi
mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya
terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.
Untuk beberapa tahun pertama,
NATO tidak lebih daripada sebuah persatuan politik. Walau bagaimanapun,
Perang Korea merangsang negara-negara anggota, dan struktur tentera bersepadu
telah dibina di bawah arahan daripada dua komander tertinggi AS. Kursus
Perang Dingin membawa kepada persaingan dengan negara-negara Pakatan Warsaw,
yang ditubuhkan pada tahun 1955. Yang pertama Setiausaha Agung NATO, Tuhan
Ismay, yang dinyatakan pada tahun 1949 bahawa matlamat organisasi adalah
"untuk memastikan tentera Rusia, Amerika dalam, dan Jerman ke
bawah."
|
FAKTA 1
|
PENGLIBATAN UK DAN US DALAM NATO
|
TAAKULAN
|
NATO yang beribu pejabat di Paris
telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan
utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. NATO ditubuhkan untuk menghalang
kebangkitan semula kuasa ketenteraan
Jerman di Eropah, mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat
dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang perluasan ideology
komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah dan seterusnya mengatasi
ketidakyakinan Eropah terhadap ketidak kemampuan PBB sama ada dari sudut
pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik
antarabangsa, khusunya dalam konteks dunia secara berkesan.
Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang
digunakan ialah untuk mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan
semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara
anggota. NATO yang bertujuan untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui
oleh Soviet Union termasuk negara-negara Eropah Timur yang prokomunis juga
telah menambah kekuatan ketenteraan, oleh itu NATO telah mengesahkan
kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di Eropah
terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow
dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah
meletupkan bom atomnya yang pertama.
|
FAKTA 2
|
PERANAN
UNITED KINGDOM DALAM NATO
|
Taakulan
|
Britain adalah negara yang memainkan peranan
penting dalam proses penubuhan NATO. Jika dirujuk kepada koleksi surat-surat
peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951dan dokumen yang dihasilkan
oleh Foreign Office, pihak British sememangnya menyusun strategi dengan
mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO.
Ini bermakna pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka
walaupun British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO. Britain
yang diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi
memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai
oleh Amerika Syarikat.Berdasarkan pengalaman Britain sesuatu pertubuhan itu
kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang
berlaku ke atas Liga Bangsa.
Andrew Priest dalam bukunya Kennady Johnson And
NATO menyatakan Ernest Bevin, Setiausha Luar Britain dipertanggungjawabkan
untuk Educating The Americans bagi menghadapi ancaman Soviet khususnya
selepas tahun 1945. Ritchie Ovendale pula menegaskan bahawa Presien Harry
S.Truman masih belum bersedia menghadapi ancaan Soviet di Eropah dan bagi
pihak United Kingdom pula perlu membuat perancangan jangka panjang
penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah.
|
FAKTA 3
|
HUBUNGAN UK DAN US DALAM NATO
|
TAAKULAN
|
Selepas Perang Dingin telah
menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih
baik dan ianya boleh dilihat melalui tiga bentuk hubungan iaitu perundingan
diplomatic : merunding dan membincang pelbagai peringkat diplomasi, kerjasama
ketenteraan: kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut, perisikan :
kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak khususnya menerusi Federal
Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence (CIA) di pihak Amerika
dan M16 Secret Intelegence Service (SIS) dan M15 Security Service di pihak
Britain.
Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy
Act of 1946 diperkenalkan yang melarang Amerika mengadakan kerjasama nuclear
dengan negara-negara lain kerana bimbang berlaku percambahan aktiviti
pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain. Ianya mengecewakan Britain
yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan ingin meminta bantuan
Amerika. Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuclear setelah
mengadakan beberapa siri rundingan nasihat dari Amerika. Akhirnya pada tahun
1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear di belakang Amerika
Syarikat(128) dan Rusia(16).
NATO
dianggap oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah NATO ianya
menunjukkan pengaruh Amerika sangat besar dan kuat di dalam NATO berbanding
negara-negara lain. Komitmen
berterusan Amerika di dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan,
keutuhan dan kestabilan NATO sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan
keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di
seluruh dunia dunia.
|
KESIMPULAN
|
Menurut
seorang ahli psikologi Jerome Brunner pada tahun 1944 mengatakan orang
Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh
dikuasai oleh mereka. Jika tidak mahu NATO merosot mereka mesti memberi kuasa
yang lebih kepada Amerika. Jelas Amerika menguasai dan mendominasi NATO Sebagai kesimpulannya komitmen
berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci kesaimbangan,
keutuhan dan kestabilan NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika
Syarikat berbanding dengan negara-negara lain. - Walaupun hubungan United
Kingdom dan Amerika Syarikat akrab akibat Perang Dingin namun turut terjejas
kesan pengenalan Atomic Energy Act of 1945.
|
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P1 NEGERI PAHANG 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan