Pengenalan
|
Menurut
Kamus Dewan pembesar bermakna orang yang berpangkat. Pada abad ke 16 hingga
abad ke 20, negara-negara Asia termasuk China masih mengamalkan sistem feudal
iaitu sistem pemerintahan di tangan maharaja dan dibantu oleh
pembesar-pembesar. Berdasarkan sistem
ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja
atau maharaja. Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap
pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap
raja. Di China, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat
pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini
merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam kurikulum
Confucius yang merupakan falsafah moral bagi masyarakat China klasik. Terdapat juga pembesar daripada kalangan
golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja. Raja
juga mempunyai badan yang memantau tindakan pembesar bagi memastikan
ketaatsetiaan pembesar.
|
FAKTA 1
|
KEDUDUKAN PEMBESAR
|
Taakulan
|
Maharaja menduduki lapisan
teratas diikuti golongan bangsawan, golongan terpelajar/sarjana, golongan
petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan golongan askar. Golongan
bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja.
Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di
China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini
mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan jajahan,
peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan
maharaja sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan
di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar
kerajaan.
Pembesar China dilantik oleh
maharaja atas nasihat pegawai dari Kemeterian Adat. Sistem peperiksaan awam
menjadikan Confucius sebagai eleman utama dan orang Cina yang ingin menjadi
sarjana(mandarin) perlu bermula daripada peperiksaan tempatan, jika lulus
akan memasuki peringkat daerah dan wilayah dan seterusnya ke negeri. Mereka
yang lulus akan diserap menjadi pembesar China. Golongan ini jugalah yang
menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory. Kesemua dasar yang
digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah.
Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan
Hal Ehwal Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti
Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai,
Jabatan Upacara serta Adat Istiadat dan Jabatan Penapis.
Golongan sarjana atau
gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-pembesar peringkat
wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar tetapi berkhidmat secara
sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh maharaja. Golongan Gentri
ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat
jelata di kawasan mereka sendiri. Terdapat juga pembesar yang bukan golongan
bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki
angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas
wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada
kerajaan pusat pada bila-bila masa.
Raja atau maharaja
China membahagikan tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran
ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas bagi melancarkan
pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara
|
FAKTA 2
|
PERANAN
DAN SISTEM PEMBESAR DI PERINGKAT PUSAT
PENTADBIRAN
|
Taakulan
|
Maharaja China membahagikan pentadbiran kepada 3
fasa iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentabiran tempatan
yang diletakkan di bawah pemantauan badan pengawas bagi melancarkan
pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara. Di
peringkat pusat maharaja memecahkan pentadbiran
kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis
Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).
Kementerian
Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai,
pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang
demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam
kerajaan.
Kementerian
Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap
provinsi. Pembesar berperanan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah
kecuali hukuman bunuh.
Akhir
sekali ialah Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan
berfungsi mengawal beberapa gudang dan kilang. Kementerian ini
bertanggungjawab dalam kerja pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk
perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan
darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu
dari kawasan pergunungan dan tasik di China.
|
FAKTA 3
|
Perundangan
|
TAAKULAN
|
Pembesar turut
memainkan peranan dalam bidang perundangan
dan membantu raja menggubal undang-undang, menetapkan dasar negara,
menguatkan kuasakan arahan dan titah perintah mahaharaja, menyediakan draf
undang-undang dan edit warkah diraja. Tugas-tugas ini dijalankan oleh
pembesar-pembesar yang menganggotai intitusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3-6 orang setiausaha agung
yang dipilih oleh maharaja China.
|
FAKTA 4
|
Majlis Tertinggi
|
Taakulan
|
Maharaja juga dibantu
oleh. Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau
maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah dibahagikan kepada enam
kementerian dan setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan
atau Shangschu. Sangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah
dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. 6 kementerian tersebut ialah
Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada Lembaga
Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga Hukuman,
dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab
terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian
prestasi.
|
FAKTA 6
|
Ekonomi
|
Taakulan
|
Dari
segi ekonomi pembesar menguasai segala sumber ekonomi termasuk hasil bumi dan
kegiatan perdagangan. Pembesar turut memberi nasihat kepada maharaja dalam
aspek kewangan dan percukaian. Di peringkat pusat didirikan Kementerian
Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan
mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus,
dan akaun pertanian atau tanaman. Kementerian
ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta
menguruskan perbelanjaan negara dengan baik. Selain itu, merekan dilantik
mengangotai lembaga hasil dalam negara.
|
FAKTA 7
|
Sosial
|
Taakulan
|
Pembesar-pembesar
China turut memainkan peranan penting dalam bidang sosial dan pendidikan.
Pembesar-pembesar China terdiri daripada golongan cerdik pandai yang membantu
maharaja dalam melaksanakan dalam pendidikan dan pembelajaran serta membantu
maharaja mengendalikan peperiksaan perkhidmatan awam. Pembesar-pembesar pusat
diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Hanlin yang berperanan
menyelenggara kitab-kitab serta ensiklopedia. Mereka juga turut mengumpul
maklumat tentang pemerintah dan menerbit biografi.
Kementerian Adat dibahagikan
kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat istiadat, pengorbanan,
penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian
ini juga menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya
terdiri daripada golongan cendekiawan. Kementerian ini turut
mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja sama
ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.
|
FAKTA 8
|
Lembaga Penapis atau
Censorate
|
Taakulan
|
Maharaja
China telah menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk memastikan
pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri
Lembaga Penapis yang terdiri daripada 2
orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang
bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan
pentadbiran. Kuasa utama Censorate
terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan
korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan. Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan
24 orang Censorate di Peking atau ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di
wilayah. Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat
pembesar wilayah yang menderhaka terhadap maharaja. Secara langsung ini
merupakan satu langkah maharaja untuk mengekalkan kawalannya ke atas pembesar
wilayah tersebut dan memudahkan maharaja untuk mengambil tindakan sekiranya
kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar berkenaan. Seorang Censerote
sangat tekun menjalankan tugasnya contohnya pada akhir abad ke-19 seorang
Censorate telah menghantar sepucuk surat kepada Maharani Dowager yang menegur
baginda yang tidak membuat persediaan yang sepatutnya bagi melantik seorang bakal raja untuk
menjalankan upacara sembahyang terhadap mendiang maharaja. Pegawai tersebut
telah membunuh diri sebagai memperkukuhkan kritikannya terhadap balu maharaja
dan mengelakkan kemurkaan baginda. Justeru jelas menunjukkan bahawa pembesar
pusat amat berperanan untuk mengukuhkan kedudukan maharaja.
|
FAKTA 9
|
PERANAN
PEMBESAR DI PERINGKAT WILAYAH
|
Taakulan
|
Dalam
pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera
dilantik sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut
berada dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada
kerajaan pusat. Selain golongan tentera, terdapat juga golongan sarjana atau
official gentri/ Shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran di
wilayah. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan
nama Gabenor.
Semasa pemerintahan Maharaja Ming, beliau
telah membagikan empayernya kepada 15 wilayah. Wilayah dibahagikan pula
kepada prefektur (fu), subprefektur (chou atau jabatan) serta hsien iaitu
daerah. Organisasi pentadbiran diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu
oleh dua orang pegawai iaitu hakim an komander tentera wilayah. Maharaja Ming
juga menyerahkan pemerintahan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai
pengawas kerajaan. Peranan atau ciri pegawai awam di daerah-daerah diuruskan
oleh 6 orang menteri, iaitu Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat,
Menteri Perang, Menteri Keadilan, Menteri Kerja-Kerja Awam. Menteri akan
membantu gabenor di setiap daerah yang dikenali sebagai Grand Cordinators,
penyelia wilayah pula dikenali sebagai Supreme Commanders dan pegawai-pegawai
tempatan.
Pentadbiran ketenteraan pula berada di bawah
5 ketua suruhanjaya tentera dan setiap orang mempunyai kuasa kawalan ke atas
wilayah tertentu. Pegawai pengawas kerajaan pula mengawasi aktiviti pembesar
alam semua peringkat pentadbiran bagi memperkukuhkan kuasa maharaja
Pegawai pengawas kerajaan turut menguruskan pentadbiran
dengan mengawasi aktiviti semua peringkat pentabiran, mendakwa
pegawai-pegawai yang men- yeleweng, menjalankan tugas-tugas khas seperti mengesan
penyelewengan dalam pentadbiran, menyingkir pegawai kerajaan yang kurang
cekap serta mengekalkan kerajaan yang
sesuai dengan idealism China
Semasa pemerintahan Dinasti Ching Gebenor dilantik
sebagai pentadbir wilayah. Tugas utama gabenor menjaga urusan pentadbiran
wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraan, serta mengutip cukai untuk
dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat
istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri raja. Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah
yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas
sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang
jenayah dn bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi
Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala Tao-tai ialah seorang pegawai
yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula
dikawal oleh ketua jajahan
|
KESIMPULAN
|
Dasar pemerintahan
maharaja dapat mengekalkan keamanan
dan ketenteraman ialah melalui keseimbangan dalam pemilihan jawatan pembesar antara orang
Manchu dan orang China. Keseimbangan pemilihan ini membolehkan hamper tiada
persaingan dalam jawatan kerajaan. Hanya pada era akhir pemerintahan Manchu
menyaksikan pembesar-pembesar yang dilantik tidak melalui saringan yang ketat
iaitu tidak dilantik berdasarkan system peperiksaan awam. Akhirnya Revolusi
1911 telah menamatkan system pemerintahan beraja di China terutamanya sistem
feudal yang telah berlangsung selama 267 tahun dan penamatan sistem ini turut
menghapuskan sistem pembesar dan diganti dengan sistem bercorak republik dan
kemudiannya diambilalih oleh pemerintahan komunis.
|
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P1 NEGERI PAHANG 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan