Rabu, 27 September 2017

NATO

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.

      Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik  Utara (North AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki. Jerman menyertai NATO pada tahun 1955.[1]

Matlamat utama NATO ditubuhkan adalah;
1.Meyujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajuai oleh Soviet Union. Tambahan pula, negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah menambah kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Jadi, rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal lagi.[2]  
2.Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
Matlamat penubuhan NATO juga ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
3.Membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.[3]
4.Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
5.Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
NATO ditubuhkan bagi Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB samada dari sudut ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.[4]



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),437.    
[2] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),327.   
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  ,437.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),326.   

Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Perang Dunia Kedua di Asia berlaku antaa tahun 1941 hingga 1945.Dalam Perang Dunia Kedua Jerman, Itali dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi.
Faktor-faktor penglibatan Jepun
a.Nasionalisme melampau
Kita Ikki dianggap sebagai penyumbang utama kepada aliran baharu nasionalisme Jepun. Beliau mencadangkan pembentukan semula negara Jepun  oleh tentera dan dilakukan atas nama Maharaja. Kemunculan nasionalisme melampau dalam kalangan tentera ini bepunca dai kemerosotan politik berparti dan masalah kemelesetan ekonomi.

Angkatan bersenjata Jepun kurang senang dengan demokasi Barat kerana gejala rasuah dalam kalangan ahli parlimen Jepun.  Kemelesetan ekonomi dunia 1929 telah membei kesan ketaa kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani. Pemintaan sutera mentah yang menjadi ekspot terbesar ke Amerika Syarikat jatuh mendadak. Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima kesan yang amat besar.

      Keenganan kerajaan menuunkan cukai ditambah pula dengan pendapatan petani yang jatuh 50%, berserta hutang yang semakin banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun. Teras anggota tentera berasal dai keluarga petani dan ramai pegawai tentera berasal dari keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil. Mereka teharu dengan pendeitaan petani. Bagi pegawai-pegawai pula merasai politik berpalimen sedang merosakkan Jepun. Hanya dengan mengambil alih pemerintahan oleh golongan tentera sahaja negara Jepun dapat diselamatkan.  

      Tentera bertindak merampas kuasa, golongan tentera mendominasi keajaan selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26 Febuari 1936. Seramai 1400 tentera yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal Perang dan Bangunan Diet.

      Pada tahun 1940 parti-parti politik telah dimansuhkan . Sehubungan itu kerajaan mula menyediakan Jepun ke arah peperangan. Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50% daipada belanjawan negara setiap tahun.     
c.Desakan ekonomi
Kesan Pemodenan Meiji yang memberi keutamaan kepada industi merupakan salah satu faktor Jepun melakukan impeialisme  dan terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang perlu diperolehi dari luar negara kepada pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad.

      Manchuria dan China merupakan kawasan yang penting kepada ekonomi Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Britain. Selain menguasai pelaburan tempatan orang Jepun juga menguasai perdagangan dalam negeri. Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan penghijrah Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Bitain. Antara tahun 1932 hingga 1937  Jepun mendapatkan arang batu dan besi untuk industri kereta dan kapal terbang. Manchuria juga berpotensi menjadi pusat penghasilan makanan.

      Sejak dulu lagi, Manchuria menjadi kawasan rebutan antara Jepun dengan China. Jepun dan China beselisih faham tentang isu pekhidmatan Kereta Api Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun. Kerajaan China menentang monopoli kereta api tesebut dengan membina landasan kereta api baru yang selari dengan landasan kereta api tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak Jepun.

       Pada tahun 1937   meletus Perang China-Jepun Kedua yang berakhir dengan kemenangan pihak Jepun. Amerika berazam untuk menghentikan pendudukan Jepun di China dengan mengenakan beberapa sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua ekspot ke Jepun serta membekukan harta Jepun  di Amerika Syarikat.

      Langkah yang sama diambil oleh Britain dan Belanda. Dengan itu Jepun kehilangan sumber minyak yang amat penting bagi tujuan menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa Barat ini bimbang kepentingan mereka di Indo-China dan Asia Tenggara akan terjejas jika Jepun meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Jepun ingin menakluki Asia Tenggara untuk mendapatkan logam dan minyak serta tidak lagi begantung kepada bekalan dari Amerika Syarikat.    
   
d.Keselamatan negara
      Soal keselamatan negara turut menjadi punca Perang Dunia Kedua di Asia.Isu keselamatan negaa bukan muncul secara mendadak, tetapi telah diutaakan sejak pertengahan abad ke-18. Ketika Jepun menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat seorang intelek Jepun Yoshida Shoin mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan memajukan Pulau Hokkaido, menakluki kepulauan Ryuku (Okinawa), menguasai Manchuria, Formosa dan menjadikan Korea sebagai negei naungan.

      Seorang lagi tokoh Jepun yang membicarakan soal keselanatan ialah Yamata Aritomo. Beliau ialah pemimpin kerajaan Meiji dan pengasas Jepun moden. Oleh kerana pada tahun 1880-an dan 1890-an   Jepun masih diancam oleh Rusia dan Britain, Yamata berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara. Yamata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan berhampiran Jepun yangbdianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.

      Penaklukan Manchuria pada tahun 1932 bertujuan untuk mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia. Garis kepentingan negara Jepun berubah selepas berlakukannya Perang China-Jepun pada tahun 1937.


      Kesimpulannya keghairahan   Jepun menjadi kuasa dominan di Asia membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa-kuasa Barat mempunyai kepentingan ekonomi di Asia. Ancaman Jepun terhadap keselamatan dan ekonomi Barat menyebabkan kuasa-kuasa Barat beruasaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan Jepun.  

Bincangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).20m

Pendahuluan
. Penubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 4 April 1949 bertujuan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya.
. Pertubuhan ini juga berperanan untuk memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union.
Isi-isi Penting
(a) Menyekat komunisme
. Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.
. Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.
Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.
(b) Menyekat dasar ketenteraan Rusia
. Selain menyekat perluasan ideologi komunis, NATO ditubuhkan bagi menyekat dasar ketenteraan Rusia di Eropah.
. Rancangan Rusia memperbesar kekuatan tentera bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat.
(c) Menghalang kebangkitan Jerman
. Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.
. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
(d) Penglibatan Amerika Syarikat
. Penubuhan NATO bertujuan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di benua Eropah.
. Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan untuk memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan berkesan.
. Umpamanya, tentera Amerika Syarikat ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme dapat disekat.
(e) Mengambil alih peranan PBB
. Penubuhan NATO bertujuan untuk mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia.
. PBB tidak berupaya memainkan peranan sebagai pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik dengan berkesan kerana tidak memiliki pasukan tentera sendiri.
Kesimpulan
. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun Perang Dingin sudah berakhir.
. Sebaliknya era pasca Perang Dingin menyaksikan NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-masing.
SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),478.

Selasa, 19 September 2017

Sebab-sebab Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua 1941-1945
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Sebab-sebab Perang Dunia Kedua di Eropah
a.Petembungan ideologi
Selepas Perang Dunia Pertama ideologi-ideologi baharu seperti Fasisme dan Nazisme mula bertapak di Eropah. Ideologi-ideologi baharu ini merupakan cabaran kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan ideologi Nazisme di Jerman merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.

Benito Mussolini telah menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis percaya kepada nasionalisme yang melampau temasuk menjalankan peperangan bagi mengharumkan nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil alih kuasa dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan diktator. Beliau menjalankan dasa perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau menjalin hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus beliau menyertai Pakatan Paksi yang terdii daripada Jerman, Jepun dan Itali.

Pada tahun 1933 Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman setelah Pati Sosialis akyat pimpinan Hitler menang dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasat untuk mewujudkan satu bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935Hitle melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesakan angkatan tentera Jeman. Pada tahun 1936 Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Czechoslovakia. Tindakan Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. Kemunculan fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara di Eropah.      
b.Kelemahan Pejanjian Vesailles
Perjanjian Versailles ditandatangani untuk menamatkan Perang Dunia Petama. Pemimpin dan rakyat Jeman tidak bepuashati dengan syarat-syaat pejanjian ini. Pemimpin Jerman tidak dibei peluang untuk menyuarakan pandangan behubung dengan syarat yang ditetapkan. Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jeman diserah kepada pihak yang menang.

      Selain itu Jerman juga dikehendaki membayar pampasan  bejumlah US$33 bilion kepada pihak Berikat. Perjanjian ini juga menghadkan jumlah dan kuasa angkatan tentera laut dan daatJerman. Pasukan tentera Jeman dihadkan kepada 100 000 orang tentera. Mereka juga dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilaang menempatkan pasukan tentera di Rhineland. Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan Jerman.

      Itali yang menyertai Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua juga tidak berpuashati terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan Bitish.      
  
c.Desakan ekonomi
Perang Dunia I telah menyebabkan belaku kemelesetan ekonomi yang teruk di negara Jerman dan Itali. Bayaan pampasan dan kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan berlaku insflasi di negara Jerman dan Itali. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali betambah buruk ekoran kemelesan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini telah menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut. Tambahan pula berlaku masalah insflasi ekoran haga makanan dan barangan melambung tinggi. Akibatnya pemimpin berfahaman melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan dari rakyat.Pemimpin di Jeman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. Melalui dasar perluasan kuasa mereka mendapat pasaran, bahan mentah dan makanan bagi kepeluan penduduk tempatan.   
d.Kepentingan imperialisma
Imperialisma juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus. Negara-negara seperti Jerman , Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai tanah-tanah jajahan. Negara-negara tesebut ingin bersaing dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan untuk menguasai tanah-tanah jajahan.


Pada tahun 1936 Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland. Pada tahun 1938 Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia ditawan pada tahun 1919. Pada bulan Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai Albania pada tahun 1939.   Pada tahun 1931, Jepun menyerang Manchuria dan berjaya menawannya 1932.Pada tahun 1937 Jepun menyerang China untukmenguasai seluruh negara tersebut.  Tindakan Jerman, Itali dan Jepun melancarkan dasar imperialime telah menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus.  

Sejauh manakah dasar kerajaan Meiji mendorong perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-17-18.

Pendahuluan
Menjelang abad ke-19 Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidang perindustrian. Kerajaan Meijitelah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi merangsang petumbuhan ekonomi. Dasa kerajaan merupakan faktor utama yang mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun. Namun terdapat faktor-faktor lain yang merangsang pertumbuhan industi di Jepun.
Isi-isi penting
1.Dasar kerajaan Meiji
Kerajaan Meiji memberi bantuan modal, menyediakan latihan industi dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri serta mendapatkan khidmat pakar dari luar negara untuk memodenkan sektor peindustian. Galakan dan bantuan dari kerajaan telah menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat.
2.Kemajuan pengangkutan.
Kerajaan Meiji mengambil langkah membangunkan kemudahan pengankutan di Jepun. Pada tahun 1872, landasan keretapi sepanjang 26 batu menghubungkan Tokyo dan Yokohama dibina. Pada tahun 1878 pula landasan keretaapi dibina bagi menghubungkan Kyoto, Otsu, Tsuruga dan Nagahama. Kemajuan dalam bidang pengangkutan merangsang perkembangan sektor peindustian.
3.Sistem perhubungan
Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan sistem pehubungan seperti telegaf bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi. Menjelang tahun 1893 talian telegaf sepanjang 4000 batu didirikan di seluruh Jepun.Kemajuan telegaf  merangsang perkembangan sektor peindustian Jepun.
4.Perkembangan pertanian.
Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor  perindustrian. Antara langkah yang diambil ialah dengan menghantar pelajar dalam bidang pertanian ke luar negara, mendirikan sekolah dan maktab pertanian serta menggalakkan pengajian serta penyelidikan dalam pertanian di seluruh negara. Pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian menyediakan modal bagi pelaburan dalam sektor perindustian.
5.Dasar kewangan
Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik merangsang pertumbuhan bidang perindustrian. Kerajaan memperkenalkan institusi kewangan seperti bank dan mata wang bagi membangunkan ekonomi negara.Bank ditubuhkan pada tahun 1873 manakala Bank Pusat Jepun didirikan pada tahun 1882. Menjelang akhir abad ke 19, tedapat lebih kurang 200 bank di seluruh negara.Institusi bank menyediakan pinjaman kewangan bagi membantu    perkembangan sektor peindustian Jepun.
6.Kemunculan pengusaha baru.
Perkembangan sektor perindistrian didorong oleh kemunculan pengusaha-pengusaha baru yang kaya-raya. Pada awal abad ke-20 terdapat empat buah keluarga   dikenali sebagai Zaibatsu yang  menguasai sektor perindustrian di Jepun. Zaibatsu menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustian di Jepun.
Kesimpulan
Dasar kerajaan Meiji merupakan faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan perindustrian di Jepun.Bantuan kewangan, latihan perindustrian dan khidmat nasihat yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat di Jepun.

SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),462-463.

Rabu, 13 September 2017

faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857

Dahagi India merupakan pemberotakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi untuk menentang pemerintahan Britis. Orang India menganggap Dahagi India sebagai perjuangan membebaskan negara daripada pemerintahan British. Selain Sepoi, golongan putera raja, nawab serta pembesar yang kehilangan gelaran, tamah dan kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada tahun 1857..

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI 1857
1.Penhapusan amalan sutee
2.Penghapusan amalan Thugee
3.Penghapusan amalan membunuh bayi perempuan.
4.Pengenalan akta kahwin semula
5.Pengenalan sistem pendidikan Barat.
6.Pengenalan teknologi Barat.
7.Dasar pengilhakan.
8.Perasaan dendam sepoi India.
9.Pengenalan peraturan baru.
10Akta pengambilan khidmat awam.
11.Kes senapang riffle royal enfield.   


Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857. Faktor pencetus peritiwa Dahagi ialah kes senapang Riffle Royal Enfield. Walaupun pada peringkat awal golongan sepoi mencapai kejayaan, namun menjelang tahun 1958, British berjaya mengawar Dahagi India daripada tersbar ke seluruh India. Selepas berjaya menumpaskan Dahagi, kerajaan British telah melakukan rombakan besar-besaran dalam sistem pentadbiran di India.

Isnin, 4 September 2017

3.2.2 Sumbangan tokoh di England dan Perancis abad ke-18-19.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Latar belakang
Beliau dilahirkan di Geneva pada tahun 1712, berketurunan Swiss, Protesran dari kelas bawah. Beliau menjadi penulis ketika berusia 40 tahun.Rousseau ialah penulis paling berpengaruh pada zaman berkenaan. Rosseau terkenal dengan risalah politik berjudul Kontrak sosial.[1]
Karya dan sumbangan
1.Karya Disourse on the Arts and Sciences.
Seni sains tidak menyumbang kepada pemurnian moral individu, sosial dan tahap politik.
Menekankan kepada membaiki tingkah-laku dan akhlak
2.Karya Discourse oh the Origin of Inequaliti 1755
Memahami manusia dalam keadaan alam semulajadi tulen.
3.Karya The Sosial Contract 1762
Manusia lahir bebas, tetapi terikat di mana-mana
Mementingkan kepentingan umum berbanding kepentingan individu.
Kontrak sosial satu perkara semula jadi
Pendidikan cukup membataskan tingkah laku manusia supaya berada di landasan yang betul.
Perpaduan negara datang dari persetujuan bersama.
Kerajaan menjalankan kuasa berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia.
Manusia dirosakkan oleh masyarakat
4.Karya Emile
Dalam novel Emile 1762 beliau mengusulkan pendidian baharu.Khusus tentang pendidikan awal kanak-kanak.
Kanak-kanak hidup secara semula jadi dan hindarkan pengaruh masyarakat.
Pendidikan bermula sejak lahir.
Belajar melalui pengalaman sendiri.[2]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),248.    
[2]“Intelektual Sumbangan Tokoh”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)140..  

Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquieu (1689–1775) dalam membantu perkembangan intelektual pada Zaman Pencerahan di Eropah.

Pada abad ke 17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan  (Enlightenment) dan berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan rasional. Ia dipolopori oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur teologi dan fahaman kolot yang menular dalam masyarakat Eropah pada masa itu. Antara tokoh intelek pada zaman ini ialah Charles Louis Montesque dari Peranchis. Beliau merupakan pemikir politikPeranchis yang terkenal dan idea idea beliau banyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan intelektual di Eropah.
ISI
1. Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang baik khususnya di Peranchis. Idea beliau ini dapat di lihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza mengikut iklim dan keadaan. Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam iklimyang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil. Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami kejatuhan sistem  Raja Mutlak pada 1715.
2.  Konsep pengasingan kuasa ( pembahagian dan imbangan kuasa ). Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut beliau, kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan badan perantaraan seperti parlimen, estet estet provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja. Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan Perundangan , Badan Eksekutif dan badan Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan. Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat ( 1787 ).
3.  Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat Peranchis. Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang masih lagi mengamalkan adat lama yang menyekat kemajuan khususnya konkongan lelaki terhadap wanita. Ia dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Peranchis yang memberi taat setia yang keterlaluan kepada raja. Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Peranchis terhadap raja berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip pemerintahan mengikut mandat tuhan. Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran masyarakat Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka di  sisi raja. Dengan ini sekitar tahun 1789 -1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan rakyat Peranchis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan Revolusi Peranchis.
4. Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang sainstifik dan relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat. Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan sejarah. Sebab itulah beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia. Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “ The Consideration of the Grandeur and Decadence of the Roman ( 1734 ) “yang membincangkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang menariknya dalam kajian ini, beliau telah mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat nasioalisme di kalangan rakyat di empayar yang luas dan sebagainya. Kajian beliau ini telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di Eropah secara keseluruhannya.
 KESIMPULANNYA Secara kesimpulannya, Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan perkembangan intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil penulisan beliau telah mempengaruhi  masyarakat Eropah di zaman Penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa. Di Peranchis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah menyebabkan berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja Mutlak.