ISI
1. Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang
baik khususnya di Peranchis. Idea beliau ini dapat di lihat dalam karyanya yang
bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa
bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza mengikut iklim dan keadaan.
Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam
iklimyang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota
yang kecil. Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami
kejatuhan sistem Raja Mutlak pada 1715.
2. Konsep pengasingan kuasa (
pembahagian dan imbangan kuasa ). Idea ini ditujukan dalam menentang
pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut beliau, kuasa harus dibahagikan
antara raja dan badan badan perantaraan seperti parlimen, estet estet provinsi,
golongan bangsawan, bandar dan gereja. Ini bermakna mesti terdapat pemisahan
antara Badan Perundangan , Badan Eksekutif dan badan Kehakiman untuk memastikan
rakyat mendapat kebebasan. Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak
berlakunya pertindihan dan penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam
pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan
Amerika Syarikat ( 1787 ).
3. Pandangan baru dalam soal amalan
adat masyarakat Peranchis. Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang
masih lagi mengamalkan adat lama yang menyekat kemajuan khususnya konkongan
lelaki terhadap wanita. Ia dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya
hidup mewah golongan atasan dan kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di
akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga
mengkritik sikap masyarakat Peranchis yang memberi taat setia yang keterlaluan
kepada raja. Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat
Peranchis terhadap raja berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip
pemerintahan mengikut mandat tuhan. Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran
masyarakat Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka di sisi raja. Dengan ini sekitar tahun 1789
-1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan rakyat Peranchis yang
menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan Revolusi
Peranchis.
4. Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang
sainstifik dan relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan
tersirat. Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan
penulisan sejarah. Sebab itulah beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang
pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran
terhadap tingkah laku manusia. Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “ The
Consideration of the Grandeur and Decadence of the Roman ( 1734 ) “yang
membincangkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang menariknya
dalam kajian ini, beliau telah mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom
iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat nasioalisme di kalangan
rakyat di empayar yang luas dan sebagainya. Kajian beliau ini telah
memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di Eropah secara
keseluruhannya.
KESIMPULANNYA Secara kesimpulannya,
Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan
perkembangan intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil penulisan beliau
telah mempengaruhi masyarakat Eropah di
zaman Penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa. Di
Peranchis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta
pembesar telah menyebabkan berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem
pemerintahan beraja Mutlak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan