Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Perang Dunia Kedua di Asia
berlaku antaa tahun 1941 hingga 1945.Dalam Perang Dunia Kedua Jerman, Itali dan
Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi.
Faktor-faktor penglibatan Jepun
a.Nasionalisme melampau
Kita Ikki dianggap sebagai
penyumbang utama kepada aliran baharu nasionalisme Jepun. Beliau mencadangkan
pembentukan semula negara Jepun oleh
tentera dan dilakukan atas nama Maharaja. Kemunculan nasionalisme melampau dalam
kalangan tentera ini bepunca dai kemerosotan politik berparti dan masalah
kemelesetan ekonomi.
Angkatan bersenjata Jepun kurang
senang dengan demokasi Barat kerana gejala rasuah dalam kalangan ahli parlimen
Jepun. Kemelesetan ekonomi dunia 1929
telah membei kesan ketaa kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani.
Pemintaan sutera mentah yang menjadi ekspot terbesar ke Amerika Syarikat jatuh
mendadak. Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima
kesan yang amat besar.
Keenganan kerajaan menuunkan cukai
ditambah pula dengan pendapatan petani yang jatuh 50%, berserta hutang yang
semakin banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun. Teras anggota
tentera berasal dai keluarga petani dan ramai pegawai tentera berasal dari
keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil. Mereka teharu dengan
pendeitaan petani. Bagi pegawai-pegawai pula merasai politik berpalimen sedang
merosakkan Jepun. Hanya dengan mengambil alih pemerintahan oleh golongan
tentera sahaja negara Jepun dapat diselamatkan.
Tentera bertindak merampas kuasa,
golongan tentera mendominasi keajaan selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26
Febuari 1936. Seramai 1400 tentera yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah
memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal
Perang dan Bangunan Diet.
Pada tahun 1940 parti-parti politik telah
dimansuhkan . Sehubungan itu kerajaan mula menyediakan Jepun ke arah
peperangan. Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50% daipada
belanjawan negara setiap tahun.
c.Desakan ekonomi
Kesan Pemodenan Meiji yang memberi
keutamaan kepada industi merupakan salah satu faktor Jepun melakukan
impeialisme dan terlibat dalam Perang
Dunia Kedua. Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang perlu diperolehi
dari luar negara kepada pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang
terhad.
Manchuria dan China merupakan kawasan
yang penting kepada ekonomi Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas
Britain. Selain menguasai pelaburan tempatan orang Jepun juga menguasai
perdagangan dalam negeri. Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan penghijrah
Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Bitain. Antara tahun 1932
hingga 1937 Jepun mendapatkan arang batu
dan besi untuk industri kereta dan kapal terbang. Manchuria juga berpotensi
menjadi pusat penghasilan makanan.
Sejak dulu lagi, Manchuria menjadi
kawasan rebutan antara Jepun dengan China. Jepun dan China beselisih faham
tentang isu pekhidmatan Kereta Api Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak
Jepun. Kerajaan China menentang monopoli kereta api tesebut dengan membina
landasan kereta api baru yang selari dengan landasan kereta api tersebut.
Keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak Jepun.
Pada tahun 1937 meletus
Perang China-Jepun Kedua yang berakhir dengan kemenangan pihak Jepun. Amerika
berazam untuk menghentikan pendudukan Jepun di China dengan mengenakan beberapa
sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua ekspot ke Jepun serta
membekukan harta Jepun di Amerika Syarikat.
Langkah yang sama diambil oleh Britain
dan Belanda. Dengan itu Jepun kehilangan sumber minyak yang amat penting bagi
tujuan menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa Barat ini bimbang
kepentingan mereka di Indo-China dan Asia Tenggara akan terjejas jika Jepun meluaskan
kuasanya di Asia Tenggara. Jepun ingin menakluki Asia Tenggara untuk
mendapatkan logam dan minyak serta tidak lagi begantung kepada bekalan dari
Amerika Syarikat.
d.Keselamatan negara
Soal keselamatan negara turut menjadi
punca Perang Dunia Kedua di Asia.Isu keselamatan negaa bukan muncul secara
mendadak, tetapi telah diutaakan sejak pertengahan abad ke-18. Ketika Jepun
menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat seorang intelek Jepun Yoshida Shoin
mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan memajukan Pulau
Hokkaido, menakluki kepulauan Ryuku (Okinawa), menguasai Manchuria, Formosa dan
menjadikan Korea sebagai negei naungan.
Seorang lagi tokoh Jepun yang
membicarakan soal keselanatan ialah Yamata Aritomo. Beliau ialah pemimpin
kerajaan Meiji dan pengasas Jepun moden. Oleh kerana pada tahun 1880-an dan
1890-an Jepun masih diancam oleh Rusia dan Britain,
Yamata berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara.
Yamata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan
berhampiran Jepun yangbdianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.
Penaklukan Manchuria pada tahun 1932
bertujuan untuk mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia. Garis
kepentingan negara Jepun berubah selepas berlakukannya Perang China-Jepun pada
tahun 1937.
Kesimpulannya keghairahan Jepun menjadi kuasa dominan di Asia membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa-kuasa Barat mempunyai kepentingan ekonomi di Asia. Ancaman Jepun terhadap keselamatan dan ekonomi Barat menyebabkan kuasa-kuasa Barat beruasaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan