Pendahuluan
. Penubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada
4 April 1949 bertujuan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang
melibatkan semua negara anggotanya.
. Pertubuhan ini juga berperanan untuk memelihara
kedaulatan negara-negara anggota dan membendung pengaruh komunis yang
disebarkan oleh Soviet Union.
Isi-isi Penting
(a) Menyekat komunisme
. Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk
membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.
. Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh
komunis di negara-negara Eropah Timur.
Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat
dan Britain.
(b) Menyekat dasar ketenteraan Rusia
. Selain menyekat perluasan ideologi komunis, NATO
ditubuhkan bagi menyekat dasar ketenteraan Rusia di Eropah.
. Rancangan Rusia memperbesar kekuatan tentera
bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya menimbulkan kebimbangan Amerika
Syarikat.
(c) Menghalang kebangkitan Jerman
. Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua
merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.
. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam
kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri
mencetuskan pergolakan dunia.
(d) Penglibatan Amerika Syarikat
. Penubuhan NATO bertujuan melibatkan secara
langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di benua Eropah.
. Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan
untuk memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan
berkesan.
. Umpamanya, tentera Amerika Syarikat ditempatkan
di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme dapat disekat.
(e) Mengambil alih peranan PBB
. Penubuhan NATO bertujuan untuk mengatasi
ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia.
. PBB tidak berupaya memainkan peranan sebagai
pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik dengan berkesan kerana tidak
memiliki pasukan tentera sendiri.
Kesimpulan
. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin
tidak dibubarkan meskipun Perang Dingin sudah berakhir.
. Sebaliknya era pasca Perang Dingin menyaksikan
NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini
terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh
masing-masing.
SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan
Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2015),478.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan