Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada
Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali,
Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian
damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang
Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan
Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.
Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (North
AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11
buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan
anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan
Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam
pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah
Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway,
Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki. Jerman
menyertai NATO pada tahun 1955.[1]
Matlamat utama NATO ditubuhkan adalah;
1.Meyujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota.
Strategi
NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan
semua negara anggota terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara
anggota. Pada dasarnya NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang
diterajuai oleh Soviet Union. Tambahan pula, negara-negara Eropah Timur
yang prokomunis sudah menambah kekuatan tentera bagi menandingi negara
jiran mereka di Eropah Barat. Jadi, rancangan pihak Rusia dan sekutunya
perlu dikawal di peringkat awal lagi.[2]
2.Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
Matlamat penubuhan NATO juga ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
3.Membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Faktor
utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis
yang diterajui oleh Rusia.Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan
pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.Perkembangan ini
membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.[3]
4.Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
Kebangkitan
Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang
mendorong penubuhan NATO.Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam
kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri
mencetuskan pergolakan dunia.
5.Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
NATO
ditubuhkan bagi Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB
samada dari sudut ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi
bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa,
khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.[4]
[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),437.
[2] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),327.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),326.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan