OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
PEMBERONTAKAN BOXER 1899
PEMBERONTAKAN BOXER 1899
FAKTOR-FAKTOR PEMBERONTAKAN
BOXER
Menjelang tahun 1899 tercetus
pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China. Pemberontakan
ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang
beragama Kristian.Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap
kerajaan China. Malah anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggung
jawan terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.[1]
Faktor Pemberontakan Boxer.
1.Sentmen anti asing
2.Faktor agama
3.Kedatangan Barat dan barangan
asing.
4.Masalah kewangan yang
kritikal.
5.Bencana alam.
6.Sokongan istana.
1.Sentmen anti asing
Sentimen anti orang asing dalam
kalangan rakyat dan istana merupakan faktor pencetus Pemberontakan Boxer.
Sentimen antiorang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat
berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi
di China. Tindakan orang-orang Barat merebut konsesi telah menjatuhkan
maruah orang Cina dan mencemarkan kedaulatan China.
Semangat anti orang asing juga menebal di
kalangan sarjana dan pembesar Cina.
Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager , Putera Chuang dan Kang-I mengamalkan sikap anti orang asing
terhadap kuasa-kuasa Barat dan orang Jepun di China. Maharani Dowager bertindak
menamatkan Hak Wilayah Asingan yang diberikan kepada kuasa-kuasa asing di
China. Semangat anti orang asing menyebabkan rakyat China dan pihak istana
berganding tenaga untuk mengusir orang asing di China.[2]
2.Faktor agama/sentimen
antiKristian
Tindakan golongan mubaligh
menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat Cina juga merupakan faktor
tercetus pemberontakan Boxer. Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking
membenarkan golongan mubaligh Kristian menjalankan aktiviti keagamaan di
pelabuhan-pelabuhan pedalaman. Penyebaran agama Kristian mencemaskan golongan
konsevatif yang menganggap ajaran Kristian amat bertentangan dengan ajaran
Conficius, Bddhisme atau Taoisme yang diamalkan sejak turun-temurun.Mubalikh
Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan orang Cina
bukan beragama Kristian. Campur tangan dalam hal-ehwal tempatan ini telah
menimbulkan kemarahan orang Cina.[3]
Sikap keterlaluan Orang Cina beragama
Kristian telah menimbulkan permusuhan dengan orang Cina yang bukan Kristian.
Hubungan orang Cina yang memeluk agama Kristian renggang kerana mereka tidak
menghormati adat resam yang diwarisi sejak turun-temurun, meninggalkan
kepercayaan agama dan kepercayaan asal mereka, enggan menyertai upacara keagamaan dan enggan membiayai perayaan keagamaan.Orang
Cina Kristian dibenci kerana bersikap sombong dan menanggap diri mereka lebih
tinggi daripada masyarakat Cina yang lain. Mereka dianggap sebagai pengkhianat
bangsa kerana mereka diperalat oleh orang asing.
3.Kedatangan Barat dan barangan
asing.
Penguasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa asing
juga merupakan faktor tercetusnya Pemberontakan Boxer. Kemasukan barang asing
telah menyebabkan perusahaan tempatan tekstil dan pertukangan tangan mula
merosot. Pasaran tempatan mula dikuasai oleh orang asing kerana barang-barang
buatan Barat lebih murah dan bermutu tinggi berbanding dengan barangan
tempatan.
Kemasukan pelabur-pelabur asing telah
menyebabkan pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan. Tambahan pula bilangan
penduduk tempatan yangmenganggur turut meningkat. Peguasaan ekonomi oleh
kuasa-kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap
orang asing.[4]
4.Masalah kewangan yang
kritikal.
Kerajaan China juga menghadapi nasalah
kewangan dan ekonomi yang serius. Masalah kewangan timbul kerana kerajaan
terpaksa membelanjakan wang bagi membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa
Barat. Bagi menghadapi masalah ini, kerajaan China terpaksa memperkenalkan
cukai-cukai baru. Di samping itu kerajaan juga bertindak menambah cukai yang
telah membebankan rakyat. Perkembangan ini menyebabkan golongan petani dan
penganggur menyertai pemberontakan bagi menghalau orang asing dari megara
China.
5.Masalah sosial.
Kejadian bencana alam seperti banjir dan
kemarau yang melanda China menyebabkan
rakyat terpaksa menanggung pelbagai jenis penderitaan. Pada tahun 1898 berlaku
banjir di sekitar Sungai Yangtze dan
Sungai Hwang Ho. Pada tahun 1900 kemarau melanda bahagian Utara China termasuk Peking. Bencana alam ini telah
menyebabkan berlaku kebuluran dan kemusnahan harta-benda. Masyarakat China
menyalahkan orang asing sebagai punca kepada bencana alam yang melanda negara
mereka. Mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti pembinaan landasan
keratapi, pemasangan kabel telegraf dan kilang telah menggangu keharmonian alam
serta menyinggung perasaan dewa-dewi mereka.
Selain dari itu penyebaran agama Kristian
telah menganggu roh nenek-moyang dan roh pendeta. Masyarakat China berpendapat
bencana alam yang melanda negara mereka merupakan daripada dewa-dewi. Oleh yang
demikian, orang asing yang menjadi punca kepada segala penederitaan harus
diusir keluar dari China.
6.Sokongan istana
Sokongan kerajaan Manchu merupakan faktor
yang mencetusan pemberontakan ini.Pada 20 Jun 1900, kerajaan Manchu secara
rasmi telah memberikan sokongan kepada pemberontak untuk mengusir keluar orang
Barat dari China. Maharani Dowager Tzu Hsi telah mengarahkan pemimpin tentera
dan pegawaipegawai istana untuk memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.
Sokongan daripada pihak istana menggalakkan ahli-ahli Boxer menyerang orang asing dan orang Cina yang
beragama Kristian.[5]
Kesimpulannya Pemberontakan
Boxer yang bermula dengan pembunuhan dua orang mubaligh Kristian Jerman di
wilayah Shantung pada tahun 1897 berakhir pada tahun 1901. Pemberontakan Boxer
tamat apabila pada 14 Julai 1900 Pasukan Tentera Bersekutu di bawah pimpinan
Seymour menguasai Peking setelah
bertempur selama 100 hari. Pemberontakan Boxer diselesaikan secara rasmi menerusi
perjanjian yang dikenali sebagai Protokol Boxer pada 7 September 1901.
[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),291.
[2]
Ibid,292
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),289.
[4]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),293.
[5] Ibid,295.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan