4.3
Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan
Dekolonisasi di China
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran ;menerangkan
langkah-langkah mendapatkan dan Dekolonisasi oleh orang China pada abad ke-20
Dekolonisasi bermaksud
proses membebaskan tanah jajahan dengan
memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Di China, srbahagian besar
rakyat menganggap kerajaan Ching adalah kerajaan asing kerana pemerintah
kerajaan ini merupakan orang Manchu yang berasal dariManchuria. Oleh itu rakyat
China mahu menyingkirkan kerajaan Ching.[1]
Kedatangan kuasa Barat pada
abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima pengaruh Barat. Selain kuasa
Barat, Jepun juga turut menduduki China dan telah membahagi-bahagikan wilayah
China mengikut kehendak mereka. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin China
berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.
Langkah-langkah mendapatkan kedaulatan di China.
1.Reformasi 100 Hari.
2.Gerakan 4 Mei.
3.Revolusi 1911.[2]
Langkah-langkah mendapatkan
kedaulatan di China.
1.Reformasi 100 Hari
Gerakan Reformasi 100 Hari
dilancarkan oleh negara China selama 103 hari, iaitu mulai 11 Jun hingga 20
September 1898.Gerakan ini dianjurkan oleh golongan reformasi radikal pimpinan
Kang Yu Wei seorang sarjana berpendidikan China tetapi inginkan pemodenan China
mengikut teknik-teknik Barat. Kang Yu Wei ingin menerapkan idea-idea dan ilmu
pengetahuan Barat ke dalam institusi politik dan sosial China yang
membolehkannya wujud sebagai sebuah negara yang kuat dan moden. Kang Yu Wei
telah mendapat persetujuan Maharaja Kuang-shu untuk melacarkan Gerakan
Pembaharuanpada 11 Jun 1898.[3]
Kang Yu-wei merupakan tokoh
terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin Reformasi Seratus
Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di China.Dalam
aspek pentadbiran Kang Yu Wei menyarankan agar maharaja berkongsi kuasa Dewan
Perwakilan bagi mewujudkan monarki berperlembagaan di China. Beliau mahu
menyesuaikan pentadbiran Barat dengan pentadbiran tradisional China. Bagaimana
pun, usahanya digagalkan oleh golongan konsevatif yang tidak mahu melaksanakan
sistem pentadbiran ala-Barat. Mahani Dowager hanya berminat mengekalkan
kekuasaan tradisi orang Manchu di China.[4]
Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan
konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah
tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada
tradisi orang Manchu. Tambahan pula, peperangan antara Rusia dengan Jepun
1904-1905 membangkitkan kesedaran bahawa sistem raja berperlembagaan yang
dilaksanakan di Jepun berjaya menumpaskan sistem monarki Rusia.
Gologan cerdik pandai menyarankan agar
kerajaan mengadakan kajian di negara-negara Barat dan Jepun sebelum
melaksanakan sistem raja berperlembagaan. Namun pihak kerajaan nampaknya tidak
bersungguh-sungguh mahu melaksanakan cadangan tersebut.[5]
Gerakan ini gagal kerana kekurangan
pengalaman dan kelemahan penganjur reformasi iaitu Kang Yu Wei dan Liang
Chi-Chao yang tidak berpengalaman yang luas fdan tidak mempunyai ketajaman
fikiran politik, tentangan reformis konsevatif dan Maharani Dowager, tentangan
pegawai Manchu dan ketiadaan sokongan rakyat.
[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar
Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),301.
[2] “Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)167.
[3] K.Ratnam STPM Teks Pra U Sejarah Malaysia,
Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur,(Subang Jaya: Pustaka Sarjana, 2011),428.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,301.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan