4.4 Perhubungan luar.
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil
pembelajaran-membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antara bangsa
selepas Perang Dunia Kedua.
1.Latar belakang dan struktur
PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D.
Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan
Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah
dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia
dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang
menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara
berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai
Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah
United Nations digunakan.[1]
Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan
keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan
persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial,
ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama
antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia
tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk
di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan
undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama
Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains
dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat
dan Soviet Union.[3]
[1] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2014),313.
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.
[3]“Perhubungan Luar”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan