Sejarah kemunculan Sistem Feudal di Jepun
Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman Kamakura (1192 - 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536 -1998).Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Keshogunan Tokugawa (1603 - 1867).[1]
Kemerosotan kuasa Maharaja Jepun membuka peluang kepada kemunculan tuan tanah di Jepun yang dikenali sebagai Daimyo. Golongan Daimyo memiliki ladang persendirian yang dikenali sebagai Syo atau Syoen. Bentuk muka bumi Jepun yang bergunung-ganang menyukarkan lagi Maharaja untuk menguatkuasakan kawalan terhadap Daimyo.
Faktor ini menyebabkan Daimyo menjadi golongan yang berkuasa hingga dapat mencabar pengaruh dan kekuasaan Maharaja. Oleh itu, Maharaja melantik golongan bangsawan di istana sebagai Gabenor Wilayah untuk mengawal Daimyo. Malangnya Gabenor yang menetap di ibu kota menikmati pelbagai kemewahan dan tidak mengendahkan hal ehwal pentadbiran wilayah. Ini menyebabkan kuasa di wilayah beralih daripada Gabenor kepada ketua suku.Petani turut mengubah taat setia kepada Ddaimyo tempatan.[2]
Perebutan politik antara Ketua Ssuku mencapai kemuncak apabila ketua keluarga Miramoto Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan yang pertama. Kerajaan bercorak ketenteraan yang dikenali sebagai bakufu ditubuhkan di Kamakura. Kemunculan pemerintahan Kamakura menandakan permulaan Sistem Feudal di Jepun.[3]
[1]“Masyarakat Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),7.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2013),9.
[3] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga, ,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016),9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan