oleh-AHMAD BIN YAAKOB
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
KEDUDUKAN RAJA
KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
KEDUDUKAN KNIGHT
PEMILIKAN TANAH
KEWAJIPAN PERIBADI
MOBILITI SOSIAL
KEDUDUKAN RAJA
Menjelang abad ke-16 dan 17,
muncul sisitem pemarintahan monarki mutlak di England.Mengikut susunan ini,
raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan
kehakiman. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya seseorang raja mengambil pelbagai
langkah untuk mengukuhkan keudukannya seperti dilakukan oleh Raja Henry VII.[1]
Dalam bidang politik beliau mengurangkan
kuasa parlimen. Parlimen menurut perintah Raja Henry VII. Baginda juga menyekat
pengaruh dan kuasa golongan bangsawan. Memansuhkan amalan memakai pakaian khas
oleh golongan bangsawan.
Dalam bidang ekonomi, baginda
meningkatkan perbendaharaan negara, memperkenalkan tarif bagi melindungi
industri tekstil dan kain kapas. Baginda turut mengenakan cukai import dan
eksport. Kedudukan kewangan yang kukuh berjaya mengukuhkan kedudukannya. Dalam
bidang perundangan, baginda menubuhkan Majlis Diraja yang berperanan sebagai mahkamah. Majlis ini
berperanan dalam mengawal keamanan dan keadilan.[2]
Menjelang pemerintahah Dinasti Stuart,
berlaku perselisihan antara raja dengan parlimen dalam mengukuhkan kedudukan
masing-masing. Dalam hal ini Raja James I dan Raja Charles I telah mengambil
tindakan bagi mempertahankan kedudukan mereka. Kemuncak kepada pertentangan ini
menyebabkan parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani Pengistiharan hak.
Tujuan pengisytiharan ini diperkenalkan
ialah untuk menyekat kuasa dan pengaruh raja. Menjelang pemerintahan Raja
CharlesII, pemerintahan Raja Berperlembagaan diamalkan di England. Perkembangan
ini menyebabkan raja tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang digubal
oleh Parlimen.[3]
KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
Menjelang abad ke-16 dan 17, pengaruh dan
kekuasaan golongan bangsawan merosot. Kedudukan raja pula semakin kukuh ekoran
perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam
kegiatan ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan
ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan.[4]
Ekoran daripada penguasaan penguasaan
terhadap golongan bangsawan, raja menjalankan pemerintahan secara mutlak.
Kemerosotan pengaruh bangsawan menyebabkan muncul pegawai-pegawai pentadbiran.
Pegawai-pegawai ini menerima gaji daripada raja bagi membantu mengendalikan
mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. Pegawai-pegawai ini terdiri daripada
rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalam pentadbiran.[5]
KEDUDUKAN KNIGHT
Dalam masyarakat feudal golongan knight
memainkan peranan penting dalam bidang ketenteraan, tanggungjawab golongan ini
ialah untuk mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh.
Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan
golongan bangsawan.[6]
Menjelang abad ke-16 dan 17, peranan dan
kedudukan golongan Knight mula berubah kerana pemerintah England tidak
bergantung kepada golongan ini untuk mempertahankan negara dari musuh. Raja
menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaannya.
Perkembangan ini menyebabkan pasukan
tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja. Golongan petani dan
rakyat biasa juga direkrut untuk berkhidmat dengan pasukan tentera.[7]
PEMILIKAN TANAH
Menjelang Zaman Pertegahan,
kegiatan ekonomi masyarakat feudal amat bergantung kepada tanah. Raja
mengurniakan tanah kepada bangsawan. Manakala golongan bangsawan pula akan
membekalkan perkhidmatan tentera kepada baginda. Tanah yang berada di bawah
penguasaan golongan bangsawan dikenali sebagai manor.
Tanah yang dikurniakan oleh raja boleh
diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan. Menjelang abad ke 16 dan 17,
perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan masyarakat tidak bergantung kepada tanah.
Mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial dan perindustrian.
Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan raja mengukuhkan kedudukan menerusi
penguasaan terhadap kapitalisme.[8]
KEWAJIPAN PERIBADI
Dalam masyarakat feudal, wujud
hubungan peribadi antara lord tuan tanah dengan vassal penyewa tanah. Hubungan
antara kedua-dua pihak tersebut adalah berdasarkan perjanjian (kontrak).
Berdasarkan perjanjian tersebuat kedua-dua pihak saling bertanggungjawab
terhadap kepentingan bersama.[9]
Dalam konteks ini, satu pihak memberi
perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan tentera. Sebagai
contoh, raja memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada golongan
bangsawan. Sebagai balasan golongan bangsawan akan memberikan perkhidmatan
ketenteraan kepada raja..
Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku
perubahan dalam hubungan raja dengan golongan bangsawan. Kedudukan raja yang
semakin kukuh meyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan
bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan. Raja mempunyai pasukan tentera
sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada golongan pahlawan dan bangsawan.
MOBILITI SOSIAL
Masyarakat feudal pada zaman pertengahan merupakan
masyarakat bersusun lapis yang menpunyai kedudukan ekonomi, politik dan sosial
yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang
berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang
telah ditetapkan. [10]
Namun demikian perubahan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17 menyebabkan
wujud mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur
susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam
kerajaan yang yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh
rakyat biasa. Hal ini membawa kepada kemunculan golongan pertengahan dan kelas
menengah dalam masyarakat.[11]
[1]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd,2015),2
[2] Ibid,3.
[3]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga, (Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016),3.
[4]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 3.
[5] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga,,3.
[6] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 3.
[7] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 4.
[8] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga,,4.
[9]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 4.
[10] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga,,5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan