Masyarakat Feudal
Kemunculan masyarakat feudal di Eropah dapat
dikesan sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19, masyarakat feudal
muncul di bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula
semasa pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda meletakkan asas
bagi kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di negara tersebut.
Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan
masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan
pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.Perkembangan masyarakat
feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai.
Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa
(1603-1867). Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat
Feudal
Pengertian masyarakat feudal.
Istilah masyarakat feudal digunakan oleh
sejarahwan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat pada Zaman Pertengahan
di Eropah. Selain benua Eropah,
masyarakat feudal muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15. Menurut Marc Bloch
dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan
masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri.
Kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan meleluai penguasaan
tanah.[2]
Dalam masyarakat feudal wujud hubungan peribadi antara lor (pemilik
tana) dan vassal (pemegang tanah) berasaskan ikatan perjanjian (kontrak). Berdasarkan perjanjian tersebut,
lord dan vassal saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama. Dalam
konteks ini ,satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi
menawarkan perkhidmatan tentera.
.Secara umum tetdapat dua maksud feudalisme yang
merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama feudalisme ialah satu
bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu
iaitu mengikut Susun lapis hierarki.Takrifan kedua Membawa maksud satu sistem hubungan
timbal-balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[3]
Sistem feudal pula ditakrifkan sebagai sebuah
kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu tertentu dan
bukan wakil dari kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang
individu adalah mengikut sistem kelas dan bersusun lapis mengikut
hierarki.[4]
[1]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd,2013),1
[2]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal
1,Edisi Ketiga,2.
[3]“Masyarakat
Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,
(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),1.
[4]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U gereja terdiri daripada
golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama
dan dunia (tanah).Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2014),2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan