Negara kesatuan merupakan sebuah negara yang memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada kerajaan tempatan. Negara seperti perancis, Britain Itali dan Jepun memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan. Negara kesatuan di Perancis terbentuk sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan iaitu setelah Raia Louis XVI dan isterinya, Marie Antoinnette dipancung dengan gilotin.
Antara ciri-ciri kesatuan ialah kesemua urusan negara dipusatkan, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir beitujuan untuk memudahkan pentadbiran. Kuasa autonomi tidak mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan boleh dipinda atau.ditarik balik. Sekiranya sistem ini diamalkan dalam pemerintahan masalah pertindihan tidak akan berlaku kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar dengan pelaksana dasar dapat dielakkan kerana keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat.
Kebiasaannya sistem kesatuan amat sesuai dijalankan di negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya. Ini bertujuan memudahkan komunikasi dua hala serta sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa amalan red tape.Perancis telah dibahagikan kepada 83 department dan setiap department dibahagikan kepada cantons (daerah) dan commune. Departmentberperanan menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan dan diketuai oleh Prefet Sebuah majlis telah diwujudkan untuk setiap dgpartment yang dikenali sebagai General Council manakala ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.
Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan peringkat pusat. Commune pula dibentuk untuk mentadbir kawasan bandar dan diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Malah, Majlis Bandaran (Municipal Council) turut diwujudkan. Tugas commune ialah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar. Antaranya ialah meluluskan permit bangunan, keselamatan penduduk dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Antara peranan beliau ialah menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam dan menguruskan penduduk di kawasanya.
Walau bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda
atau dibatalkan oleh kerajaan pusat. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran mahkamah rendah, jabatan kerja raya dan polis tempatan.
Kesimpulannya, pihak yang terlibat berhak memilh untuk mengamalkan pemerintahan sama ada secara kesatuan atau persekufuan kerana ini akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di negara masing-masing.