PENGENALAN
Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat. Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu. Persekutuan Amerika dibentuk paa 4 Julai 1776. Apabila Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan di Philadelphia. Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi Berperwakilan. Di bawah perlembagaan ini sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan, Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang, Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.
ISI
PILIHANRAYA
1. PERLEMBAGAAN NEGARA
Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya dan bermulalah proses kewujudan Amerika sebagai sebuah negara Persekutuan
Amerika merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan pemerintahan bercorak Presiden-Kongres. Sistem pemerintahan Amerika turut mengamalkan pengasingan kuasa dengan tujuan untuk mengawal dan menyeimbang tiga cabang kuasa iaitu legislative, eksekutif dan kehakiman supaya kuasa sebenar pemerintah negara tidak tertumpu pada satu badan atau individu tertentu sahaja. Tugas setiap badan digalurkan secara terperinci di dalam perlembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Konsep pengasingan kuasa ini bertujuan menjamin hak dan kebebasan, keadilan dan untuk mempertahankan system demokrasi. Oleh kerana Amerika pernah berada di bawah Britain yang mengamalkan pemerintahan beraja dan kuasa mutlak, maka Bapa-bapa Kemerdekaan Amerika seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander hailton, James Madison dan George Mason yang menggubal perlembagaan ini iaitu Undang-Undang Hak (Bill of Rights) memastikan tidak ada peluang yang wujud bagi memungkinkan pemerintahan dictator dalam politik dan pemerintahan negara. Antaranya ialah memberi kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan kebebasan berakhbar. Menurut perlembagaan kerajaan pusat menguasai perkara-perkara yang penting seperti dasar-dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang. Manakala hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan kerajaan negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan undang-undang tempatan.
STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN
Struktur kerajaan persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga badan utama iaitu Eksekutif, Perudangan dan Kehakiman. Menurut perlembangan Persekutuan Amerika, Badan Eksekutif diterajui oleh Presiden.
PRESIDEN
Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh perkhidmatan presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua juga selepas empat tahun. Segala urusan pentadbiran negara Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam hal ini Presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul. Demokrasi perwakilan yang diamalkan oleh Amerika menyaksikan penyerahan kuasa yang banyak ke tangan Presiden. Tempat presiden akan diambilalih oleh Naib Presiden jika beliau meninggal dunia atau meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang Presiden cukup besar termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuk hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan, mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di peringkat persekutuan dan akhir sekali mentadbir kongres dan negara.
Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa Kongres apabila berupaya mengistiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres. Presiden walau bagaimanapun boleh dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau jenayah besar maka Dewan berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti mendapat sokongan 2/3 dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan Senat dan perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi Kabinet-Eksekutif, Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden boleh dikatakan sebagai pusat pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang meliputi kuasa seperti Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.
BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)
Badan Perundangan(Legislatif) Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama Kongres adalah menggubal undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat(Perwakilan) dan Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat. Tiap-tiap negeri juga memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Kongres pada dasarnya mempunyai kuasa yang kuat dalam politik Amerika. Dewan Perwakilan (House of Representative) mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut saiz dan kapasiti penduduk sesebuah negeri Amerika. Setiap ahlinya dipilih untuk mewakili 30 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua tahun. Bagi mereka yang berjaya akan mendapat keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di mahkamah serta tidak boleh menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan Perwakilan empat kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk membawa sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa, meminda perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang mahu menyertai persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika timbul kekurangan majoriti undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu Jawatankuasa Peraturan Dewan atau House Rules Committee.
Ahli Dewan Senat dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira dua orang bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang dipilih akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan Senat diketuai oleh Timbalan Presiden Amerika. Dewan Senat mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau pun menerima rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan perwakilan. Dewan ini turut berperanan dalam pemilihan Presiden yang mana pengesahan Dewan Senat diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekalipun kedua-kedua Dewan mempunyai perbezaan namun kedua-duanya memainkan peranan yang begitu bermakna dalam pentadbiran Amerika
BADAN KEHAKIMAN
Badan Kehakiman Amerika terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presien sekiranya beliau melanggar perlembagaan. Di Amerika sistemm kehakiman terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan persekutuan. Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika mempunyai kuasa untuk mengistiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perudangan negeri sebagai melanggar Perlembagaan.
KESIMPULAN
Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah koloni tanah jajahan pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam Persekutuan. Dalam usaha menjalankan dasar perluasan kuasa Amerika telah berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri.
SUMBER-SKEMA PP P1 PAHANG