Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Portugal.
Pada abad ke-15 dan ke-16,
Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di Eropah kerana
berjaya membina empaya besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
Kejayaan pelayar-pelayar Portugal membangunkan empaya perdagangan disebabkan
oleh pencapian mereka dalam ekspedisi maritim. Portugal adalah kuasa Barat yang
paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16[1]
Portugal merupakan penjelajah
dan pelayar ulung yang merintis jalan ke Timur.
Faktor perkembangan
penjelajahan orang Portugal pada abad ke-16
1.Peranan Putera Henry
Menubuhkan Akademik Laut
Memberi galakan kepada pelayar
Portugal.
Putera Henry telah menghantar
kapten-kapten untuk melaksanakan misi
perdagangan hamba dan perdagangan ini telah mendatangkan keuntungan. Hasilnya
menjelang tahun 1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari
Madeira ke Cape Verde.[2]
2.Peranan pemerintah Portugal.
Memberi peluang kepada rakyat
Portugal menerokai bidang perkapalan dan pelayaran.
Kekuasaan raja-raja Portugal
turut membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16
berbanding negara-negara Eropah yang lain. Sejarah membuktikan bahawa raja-raja
Portugal dari Dinasti Avis (1383-1577)
telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada
rakyat Portugal untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan
pemimpin Portugal inimenyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam
penjelajahan dan penerokaan.[3]
3.Kesan Perang Salib
Perang Salib turut membantu
perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal.Ekoran Perang Salib, Paus
merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia. Keadaan ini
melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka , mempunyai cara pemikiran
yang baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar. Penaklukan wilayah
Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan
membantu mereka menjelajah dunia luar.[4]
4.Penemuan baharu/teknologi baharu.
Penemuan baharu dan teknologi
baru membawa kepada kegiatan pelayaran seperti peta dan kompas. reka bentuk
kapal dan sebagainya mendorong kepada penerokaan dan penjelajahan. Dalam
pembinaan kapal orang Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel
seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini kuat dan mempunyai keupayaan mengharungi
lautan luas.
5.Kemunculan tokoh pelayar Portugal.
Kemunculan tokoh pelayaran
Portugal yang terulung iaitu Diego Cam dan Batholomew Diaz. Diago Cam berjaya
belayar sejauh 1400 batu sepanjang Pantai Barat Afrika antara tahun 1482 hingga
tahun 1484. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah memulakan pelayaran dengan
tiga buah kapal dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco Da Gama pula
melancarkan ekspedisi ke imur dengan empat buah kapal seberat 12o tan dan 180
orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung
Pengharapan dan belayar ke Timur
sepanjang Pantai Timur Afrika
hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama menyebabkan banyak kapal
Portugis belayar ke Timur untuk memperolehi lada hitam, sutera, batu permata
dan rempah-ratus.[5]
Pada tahun 1505, Alfonso de Albuquerque
dilantik sebagai Wizurai. Beliau telah menjadikan Goa sebagai pusat
pentadbiran. Dari Goa,Portugal meneruskan gerakan ke Asia Tenggara yang
terkenal sebagai pusat pengeluaran rempah-ratus. Misi perdagangan ini diketuai
oleh Lopez de Sequeira yang tiba di Melaka pada tahun 1509.Pada bad ke-16
perdagangan rempah dari Timur yamg menguntungkan telah berjaya dikuasai oleh
Portugal. Portugal mula mengusai jalan laut apabila menubuhkan laluan pusingan
di Tanjung Pengharapan. Laluan baharu ini diperkukuhkan lagi oleh aktiviti Alfonso de Albuquerque
yang mengambil tugas sebagai wizurai Portugal di India pada tahun 1511.[6]
Kesan perkembangan penjelajahan
Portugal;
Perluasan pengaruh dan empayar
Perluasan hubungan antarabangsa.
Kepesatan perdagangan
Wujudnya rantaian pelabuhan di
Goa dan Melaka.
Berjaya memonopoli perdagangan
rempah di Kepulauan Rempah.[2]
[2]“Kemajuan dan Pembangunan”, dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia,2013) 115 .
[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,
Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),227.
[2] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra
U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn
Bhd,2012),191.
[3]Ibid,191.
[4]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra
U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn
Bhd,2014),192.
[5] Ibid,192.
[6] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra
U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn
Bhd,2012),193.