Pengenalan
·
Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap pemerintahan British
yang di kenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang
di lancarkan oleh golongan sepoi yang menentang pemerintahan British di India.
Masyarakat tempatan di India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk
membebaskan negara daripada pemerintahan British.
·
Hakikatnya, pembaharuan adat sosial yang
diperkenalkan oleh kerajaan British telah mendapat respons yang sangat negatif
daripada masyarakat tempatan, sekaligus telah menjadi antara sebab terpenting
meletusnya Dahagi India pada tahun 1857.
·
Di samping pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan British,
Dahagi India juga meletus kerana pelbagai faktor lain. Oleh yang demikian tidak
hairanlah, Dahagi India yang meletus telah disertai oleh pelbagai lapisan
masyarakat antaranya golongan sepoi,
golongan putera, nawab, dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa.
Pembaharuan Adat Sosial Kerajaan British
Penghapusan
amalan Suttee
·
Faktor yang menyebabkan muncul rasa tidak puas hati dlam kalangan
penduduk di India terhadap pemerintahan British ialah penghapusan amalan suttee.
Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk beragama hindu
sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan
dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.
·
Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British
di India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini. Tindakan
British menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama hindu terhadap
pemerintahan British.
Penghapusan
amalan Thuggee
·
Faktor seterusnya yang mencetusnya peristiwa Dahagi India ialah tindakan
bitish menghapuskan amalan Thuggee. Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak
dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan –kumpulan agama yang ersenjata
terhadap saudagar dan pengembara.
·
Kumplan ini menjalankan kegiatan mereka,iaitu menyamar dan melakukan
pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini menmbulkan ketakutan dan kebimbangan
dalam kalangan penduduk ,tetapi amalan ini mendapat sokongan dari pada golongan
agama. Lord William Bentick bertindak mengharamkan amaan ini, menimbulkan
kemarahan golongan agama yang menyokongnya,
Penghapusan
amalan bunuh bayi perempuan
·
Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka menganggap
bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini
disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin) yang
tinggi kepada bakal suami mereka.
·
Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana di aggap tidak
berperikemanusiaan.
Pengenalan
Akta Kahwin semula
·
Lord Dalhousie telah meluluskan akta kawin semula bagi balu-balu hindu.
Mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana dalam perkhawinan semula
adalah tidak di benarkan sama sekali dalam masyarakst hindu.
·
Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan mengaggap
British menghina amalan trdisi mereka.
Faktor-faktor
lain meletus Dahagi India
Pengenalan
Sistem pendidikan Barat
·
Menimbulkan rasa tidakpuas hati dalamkalangan masyarakat terhadap
penjajah. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi
sekolah dan kolej. Bahasa Inggeris jiga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang
pentadbiran dan kehakiman.
·
Jawatan-jawatan pengting di berikan kepada yang berpendidikan Inggeris.
Perubahan ini tidak di senangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi
tidak di berikan kepada penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris.
Pendidikan yang disebarkan oleh orang Inggeris dianggap sebagai percubaan
menyebarkan agama kristian.
Pengenalan
Teknologi Barat
·
Pemerintahan British memperkenalkan sistem perhubungan dan
pengankutan moden seperti pembinaan landasan keretapi dan sistem telegraf telah
mengancam amalan tradisi masyarakat India. Pengenalan sistem pengangkutan barat
turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak turun-temurun oleh masyarakat
India.
·
Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ke-3
manakala kelas 1 dan 2 pula untuk pegaai-pegawai Inggeris. Perkembngan ini
menjejskan pendidikan masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga
terpaksa menaiki gerabak kelas ke3 bersama dengan penduduk kasta rendah.
Pengenalan teknolog ibarat di anggap sebagai satu langkah British untuk
mencemarkan adat resam dan agama hindu.
Dasar
Pengilhakan
·
Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie
merancakkan penentangan penduduk India terhadap penjajahan British. Menurut
dasar ini, Lord Dalhousie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan
dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka. Dasar pengilhakan
ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu undang-undang lesap waris,
hak menakluk kuasa agung dan salah tadbir tempatan. Menerusi dasar ini , Lord
Dalhousie mengilhakan bebrapa buah wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor,
Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan Sambalpur.
·
Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan
putra-putra raja tempatan seperti nana sahed, nawab dari karnatik dan raja
tanjor menyertai penentangan terhadap penjajah British. Nana sahed merupakan
anak angkat Baji Rao (pemerintah wilayah Peshawar) tidak berpuas hati dengan
tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya
serta merampas tanah milik ayahnya. Manakala Nawab menentang tindakan
British meletakkan wilayah Oudh dibawah pentadbiran mereka atas alasan keadaan huru
hara di Oudh dan amalan rasuah yang berleluasa dalam kalangan pemerintah Oudh.
Perasaan
dendam Sepoi India.
·
Dahagi India juga tercetus akibat perasaan tidak puas hati dalam
kalangan sepoi-sepoi India. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan
kaum Brahmin dan Rajput yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di wilayah
Oudh. Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan
kemarahan kerana tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang
berkasta tinggi.
·
Malah terdapat kepercayaan dalam kalangan penganut agama Hindu bahawa
kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan. Perkembangan
ini menyebabkan sepoi-sepoi India daripada Rejimen 47 yang diarahkan untuk
berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen
tersebut terpaksa dibubarkan.
Pengenalan
Peraturan Baharu
·
Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh
pengenalan dasar dan peraturan baharu oleh British. Salah satu peraturan yang
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan British ialah Akta
Penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak
meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
·
Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa
menanggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak
pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari negara
luar.
Akta
pengambilan khidmat awam
·
Semasa pentadbiran Lord Canning Akta Pengambilan Khidmat Awam memberikan
kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat dalam dan luar negara.
Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak mendapat elaun
tambahan.
·
Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh
pentadbiran Britsh dalam soal kenaikan pangkat dan jawatan . Tentera India
diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.
Kes senapang
Riffle Royal Enfield
·
Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi
India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang Riffle
Royal Enfield telah disapu dengan minyak yang mengandungi lemak babi dan lemak
lembu. Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan
senapang tersebut perlu menggigit hujung peluru terlebih dulu yang telah disapu
dengan lemak babi dan lemak lembu.
·
Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam
merasakan bahawa pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian
untuk menghina kedua-dua agama tersebut.
Kesimpulan
·
Pendek kata, selain daripada pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh
British, terdapat pelbagi faktor yang telah menyumbang kepada ketidakpuasan
hati masyarakat di India sehingga meletusnya Dahagi pada tahun 1857.
·
Pemberontakan Dahagi akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British.
British melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran, membubarkan SHTI dan
meletakkan pentadbiran India di bawah Tanah Jajahan Mahkota British.
·
Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir
apabila Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar serta
semakin mengukuhkan pemerintahan British di India.
SUMBER- JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P1 940/1