Rabu, 19 September 2018

Sebab-sebab Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua 1941-1945
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Sebab-sebab Perang Dunia Kedua di Eropah
a.Petembungan ideologi
Selepas Perang Dunia Pertama ideologi-ideologi baharu seperti Fasisme dan Nazisme mula bertapak di Eropah. Ideologi-ideologi baharu ini merupakan cabaran kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan ideologi Nazisme di Jerman merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.

Benito Mussolini telah menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis percaya kepada nasionalisme yang melampau temasuk menjalankan peperangan bagi mengharumkan nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil alih kuasa dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan diktator. Beliau menjalankan dasa perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau menjalin hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus beliau menyertai Pakatan Paksi yang terdii daripada Jerman, Jepun dan Itali.

Pada tahun 1933 Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman setelah Pati Sosialis akyat pimpinan Hitler menang dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasat untuk mewujudkan satu bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935Hitle melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesakan angkatan tentera Jeman. Pada tahun 1936 Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Czechoslovakia. Tindakan Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. Kemunculan fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara di Eropah.      
b.Kelemahan Pejanjian Vesailles
Perjanjian Versailles ditandatangani untuk menamatkan Perang Dunia Petama. Pemimpin dan rakyat Jeman tidak bepuashati dengan syarat-syaat pejanjian ini. Pemimpin Jerman tidak dibei peluang untuk menyuarakan pandangan behubung dengan syarat yang ditetapkan. Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jeman diserah kepada pihak yang menang.

      Selain itu Jerman juga dikehendaki membayar pampasan  bejumlah US$33 bilion kepada pihak Berikat. Perjanjian ini juga menghadkan jumlah dan kuasa angkatan tentera laut dan daatJerman. Pasukan tentera Jeman dihadkan kepada 100 000 orang tentera. Mereka juga dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilaang menempatkan pasukan tentera di Rhineland. Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan Jerman.

      Itali yang menyertai Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua juga tidak berpuashati terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan Bitish.      
  
c.Desakan ekonomi
Perang Dunia I telah menyebabkan belaku kemelesetan ekonomi yang teruk di negara Jerman dan Itali. Bayaan pampasan dan kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan berlaku insflasi di negara Jerman dan Itali. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali betambah buruk ekoran kemelesan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini telah menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut. Tambahan pula berlaku masalah insflasi ekoran haga makanan dan barangan melambung tinggi. Akibatnya pemimpin berfahaman melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan dari rakyat.Pemimpin di Jeman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. Melalui dasar perluasan kuasa mereka mendapat pasaran, bahan mentah dan makanan bagi kepeluan penduduk tempatan.   
d.Kepentingan imperialisma
Imperialisma juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus. Negara-negara seperti Jerman , Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai tanah-tanah jajahan. Negara-negara tesebut ingin bersaing dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan untuk menguasai tanah-tanah jajahan.


Pada tahun 1936 Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland. Pada tahun 1938 Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia ditawan pada tahun 1919. Pada bulan Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai Albania pada tahun 1939.   Pada tahun 1931, Jepun menyerang Manchuria dan berjaya menawannya 1932.Pada tahun 1937 Jepun menyerang China untukmenguasai seluruh negara tersebut.  Tindakan Jerman, Itali dan Jepun melancarkan dasar imperialime telah menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus.  

Isnin, 17 September 2018

SOALAN 5.PEMBAHARUAN ADAT SOSIAL YANG DIPERKENALKAN KERAJAAN BRITISH TELAH MENDAPAT RESPONS NEGATIF MASYARAKAT TEMPATAN SEHINGGA MENCETUSKAN DAHAGI INDIA PADA TAHUN 1857. SETUJUKAH ANDA.

Pengenalan
·         Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap  pemerintahan British yang di kenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang di lancarkan oleh golongan sepoi yang menentang pemerintahan British di India. Masyarakat tempatan di India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada pemerintahan British.
·         Hakikatnya, pembaharuan adat sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan British telah mendapat respons yang sangat negatif daripada masyarakat tempatan, sekaligus telah menjadi antara sebab terpenting meletusnya Dahagi India pada tahun 1857.
·         Di samping pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan British, Dahagi India juga meletus kerana pelbagai faktor lain. Oleh yang demikian tidak hairanlah, Dahagi India yang meletus telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat antaranya golongan  sepoi, golongan putera, nawab, dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa.
  
Pembaharuan Adat Sosial Kerajaan British
Penghapusan amalan Suttee
·         Faktor yang menyebabkan muncul rasa tidak puas hati dlam kalangan penduduk di India terhadap pemerintahan British ialah penghapusan amalan suttee. Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk  beragama hindu sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.
·         Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British di India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini. Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk  yang beragama hindu terhadap pemerintahan British.
Penghapusan amalan Thuggee
·         Faktor seterusnya yang mencetusnya peristiwa Dahagi India ialah tindakan bitish menghapuskan amalan Thuggee. Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan –kumpulan agama yang ersenjata terhadap saudagar dan pengembara.
·         Kumplan ini menjalankan kegiatan mereka,iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini menmbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk ,tetapi amalan ini mendapat sokongan dari pada golongan agama. Lord William Bentick bertindak mengharamkan amaan ini, menimbulkan kemarahan golongan agama yang menyokongnya,
Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan
·         Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka menganggap bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin) yang tinggi kepada bakal suami mereka.
·         Lord William Bentick  mengharamkan amalan ini kerana di aggap tidak berperikemanusiaan.
Pengenalan Akta Kahwin semula
·         Lord Dalhousie telah meluluskan akta kawin semula bagi balu-balu hindu. Mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana dalam perkhawinan semula adalah tidak di benarkan sama sekali dalam masyarakst hindu.
·         Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan mengaggap British menghina amalan trdisi mereka.
Faktor-faktor lain meletus Dahagi India
Pengenalan Sistem pendidikan Barat
·         Menimbulkan rasa tidakpuas hati dalamkalangan masyarakat terhadap penjajah. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi sekolah dan kolej. Bahasa Inggeris jiga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran dan kehakiman.
·         Jawatan-jawatan pengting di berikan kepada yang berpendidikan Inggeris. Perubahan ini tidak di senangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi tidak di berikan kepada penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris. Pendidikan yang disebarkan oleh orang Inggeris dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama kristian.

Pengenalan Teknologi Barat
·         Pemerintahan British memperkenalkan  sistem perhubungan dan pengankutan moden seperti pembinaan landasan keretapi dan sistem telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat India. Pengenalan sistem pengangkutan barat turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak turun-temurun oleh masyarakat India.
·         Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ke-3  manakala kelas 1 dan 2 pula untuk pegaai-pegawai Inggeris. Perkembngan ini menjejskan pendidikan masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga terpaksa menaiki gerabak kelas ke3 bersama dengan penduduk kasta rendah. Pengenalan  teknolog ibarat di anggap sebagai satu langkah British untuk mencemarkan adat resam dan agama hindu.
Dasar Pengilhakan
·         Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord  Dalhousie merancakkan penentangan penduduk India terhadap penjajahan British. Menurut dasar ini, Lord Dalhousie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu undang-undang lesap waris, hak menakluk kuasa agung dan salah tadbir tempatan. Menerusi dasar ini , Lord Dalhousie mengilhakan bebrapa buah wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan Sambalpur.
·         Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putra-putra raja tempatan seperti nana sahed, nawab dari karnatik dan raja tanjor menyertai penentangan terhadap penjajah British. Nana sahed merupakan anak angkat Baji Rao (pemerintah wilayah Peshawar) tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya serta merampas tanah milik ayahnya.  Manakala Nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah Oudh dibawah pentadbiran mereka atas alasan keadaan huru hara di Oudh dan amalan rasuah yang berleluasa dalam kalangan pemerintah Oudh.

Perasaan dendam Sepoi India.
·         Dahagi India juga tercetus akibat perasaan tidak puas hati dalam kalangan sepoi-sepoi India. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan Rajput yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di wilayah Oudh. Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
·         Malah terdapat kepercayaan dalam kalangan penganut agama Hindu bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India daripada Rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa dibubarkan.
Pengenalan Peraturan Baharu
·         Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan peraturan baharu oleh British. Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan British ialah Akta Penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
·         Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa menanggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari negara luar.
Akta pengambilan khidmat awam
·         Semasa pentadbiran Lord Canning Akta Pengambilan Khidmat Awam memberikan kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat dalam dan luar negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak mendapat elaun tambahan.
·         Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran Britsh dalam soal kenaikan pangkat dan jawatan . Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.
Kes senapang Riffle Royal Enfield
·         Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang Riffle Royal Enfield telah disapu dengan minyak yang mengandungi lemak babi dan lemak lembu. Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu menggigit hujung peluru terlebih dulu yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
·         Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam merasakan bahawa pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama tersebut.
Kesimpulan
·         Pendek kata, selain daripada pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh British, terdapat pelbagi faktor yang telah menyumbang kepada ketidakpuasan hati masyarakat di India sehingga meletusnya Dahagi pada tahun 1857.
·         Pemberontakan Dahagi akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British. British melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran, membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India di bawah Tanah Jajahan Mahkota British.
·         Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar serta semakin mengukuhkan pemerintahan British di India. 



SUMBER- JPN PAHANG    SKEMA PERCUBAAN STPM P1   940/1

faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857

Dahagi India merupakan pemberotakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi untuk menentang pemerintahan Britis. Orang India menganggap Dahagi India sebagai perjuangan membebaskan negara daripada pemerintahan British. Selain Sepoi, golongan putera raja, nawab serta pembesar yang kehilangan gelaran, tamah dan kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada tahun 1857..

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI 1857
1.Penhapusan amalan sutee
2.Penghapusan amalan Thugee
3.Penghapusan amalan membunuh bayi perempuan.
4.Pengenalan akta kahwin semula
5.Pengenalan sistem pendidikan Barat.
6.Pengenalan teknologi Barat.
7.Dasar pengilhakan.
8.Perasaan dendam sepoi India.
9.Pengenalan peraturan baru.
10Akta pengambilan khidmat awam.
11.Kes senapang riffle royal enfield.   


Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857. Faktor pencetus peritiwa Dahagi ialah kes senapang Riffle Royal Enfield. Walaupun pada peringkat awal golongan sepoi mencapai kejayaan, namun menjelang tahun 1958, British berjaya mengawar Dahagi India daripada tersbar ke seluruh India. Selepas berjaya menumpaskan Dahagi, kerajaan British telah melakukan rombakan besar-besaran dalam sistem pentadbiran di India.

Khamis, 6 September 2018

1.A)Reaksi masyarakat tempatan di China dan India.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Perluasan kuasa
Menjelang abad ke-19, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di Asia. Perkembangan Revolusi Perusahaan dan kemunculan negara-negara bangsa di Eropah merancakkan persaingan dalam kalangan negara-negara Barat untuk mendapat bahan-bahan mentah dan pasaran bagi barangan mereka.Ini menyebabkan kuasa Barat meluaskan pengaruh mereka di Benua kecil India dan Tanah Besar China.Perluasan kuasa British  di India dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris; manakala pedagang-pedagang Barat yang terdiri daripada British, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat mula bersaing untuk menguasai perdagangan di China. Perluasan kuasa Barat telah menyebabkan berlaku perubahan sistem politik,pentadbiran,sosial, ekonomi dan kebudayaan masyarakat tempatan, Perubahan-perubahan yang berlaku di India dan China telah menyebabkan masyarakat tempatan bertindak untuk mempertahankan identiti budaya,bangsa dan peradaban mereka daripada pengaruh luar.[1]   
Reaksi masyarakat tempatan.
China
1.Perang Candu I dan II.
2.Perjanjian-perjanjian.
3.Pemberontakan Boxer.
India
1.Kebangkitan Islam dan Sikh.
2.Kebangkitan petani.
3.Dahagi.

Transfomasi di China
Transfomasi Sosial,ekonomi dan intelektual
Gerakan pembaharuan 1901-1911
1.Pendidikan klasik dirombak
2.Pembaharuan adat.
3.Pembaharuan ketenteraan.
4.Pembaharuan ekonomi.

Transfomasi di  India
Adat/kasta
a.Penghapusan adat.
Ekonomi
a.Sistem cukai baru.
b.Ryotwari.
Keagamaan
1.Gerakan Brahmo Samaj.
2.Gerakan Arya Samaj
3.Reformasi India Muslim.
Pendidikan moden
1.Penterjemahan.
2.Sains dan teknologi.
3.Pusat Pengajian Tinggi.
4.Kurikulum Barat dan Pengajian Tinggi.[2]