Isnin, 16 Julai 2018

1.Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia. 20m

Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.
       Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China dan Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Namury pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam. Hal ini berbeza dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti China. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.
       Peranan pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis). Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian tersebut.
       Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.
       Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma. Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan menyelaras kementerian-kementerian di China.
       Selain itu, pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
       Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.
       Namun begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao. Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah
ditetapkan.Di samping itu penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
       Selain itu, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.
       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.

INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1999)

TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan  kedudukan dan peranan Maharaja China dalam pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching (1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang terdahulu.[1]Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yang cukup besar.Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]
b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil darisyurga atau anak syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja  atau maharaja satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3] Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]
c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.
b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi undang-undang.
2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha, Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta memastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]





[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.63.
[2]“InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,50.
[5]Ibid,51.

Rabu, 11 Julai 2018

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-16 HINGGA 17

1. Masyarakat maritim di negara Jepun.
Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim boleh dikesan sejak abad ke - 3M apabila menjalinkan hubungan dengan China dan Korea pada dinasti Qin (221 - 206M). Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan pedagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara. 

      Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang/ maritim dapat diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M.Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut. Kehadiran kuasa Barat menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia.[1]

Definisi masyarakat maritim.
Masyarakat Maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatankelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagaibagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal,tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.

      Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan,membuat kapal, menangkap itan aa, mengutip hasil laut.Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.[2]




[1]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),49.
[2] “Masyarakat Maritim”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.

Selasa, 19 Jun 2018

Ciri-ciri masyarakat agraria di China.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Ciri-ciri masyarakat agraria di China.
SISTEM EKONOMI FEUDAL
Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam.Kebanyakkan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya.

      Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah ialah di lembah sungai Yangtze dan Sungai Kuning.

PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
Tanah adalah milik kerabat Diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki kerabat Diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga Diraja telah meningkat kepada 20 jota mu pada tahun 1522.

      Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal ehwal  Kerabat Diraja.Pada masa pemerintahan Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu.[1]

PENGKHUSUSAN PENGELUARAN PERTANIAN
Masyarakat agraria China mengamlkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan   seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechan. Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kingsu. Kapas di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.

Petempatan
Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani mendirikan petempatan di lembah sungai tersebut.

       Petani yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat dalam penanaman padi secara meluas.Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian Selatan China. Di samping itu masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di Utara China. Antara kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di bahagian Utara China ialah wilayah Anhui, Hupeh, Shansi dan Shensi.[2]

SISTEM CUKAI
Petani yang tidak memiliki tanah dengan tuan-tuan iaitu golongan bangsawan dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani  membayar sewa tanah dengan dalam bentuk hasil pertanian.

      Petani dikehendaki menyerahkan antara 50%-60% daripada hasil pertanian yang diperolehi sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

SSTEM PENGAIRAN
Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan juga dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelak banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut  hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.[3]

      Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan kolam takungan air. Pam yang menggunakan tenaga binatang ataupun manusia digunakan untuk mengepam air ke kawasan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian.

      Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelak banjir memusnahkan kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan di Sichuanmengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.[4]   

PENGKHUSUSAN PEGELUARAN BARANGAN
Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung. . Fukien dan Szechwan. Teh dan mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kiangsu. Kapas ditanam di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian dusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.[5]

PENINGKATAN TEKNOLOGI
Masyrakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.  Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk menigkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus.

      Selain tenggala kayu, mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir anah, penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Mereka memperkenalkan kaedah baharu dalam pertanian seperti sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Pengenalan kaedah baru telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.[6]  Pengenalan kaedah baharu ini telah meningkatkan pengeluaran hasil peertanian. Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di China sejak zaman Han lagi.




[1]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)16.
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Keriga,36
[3] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,17.
[4] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Keriga (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),.22.
[5]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,  ,18.
[6]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Ketiga,37

Isnin, 11 Jun 2018

1.Bandingkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan di China.20m

Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.

       Persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

       Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda , pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan  terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan.
       Perbezaan lain ialah masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu. Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.

       Manakala di China masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.


       Kesimpulannya,persamaan antara masyarakat   agraria Belanda dan China  ialah dari segi ekonomi pertanian dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan perikanan di Belanda serta  perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi  pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Selasa, 5 Jun 2018

Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]

1. Konsep /definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]

2. Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman hortikultur.
Pertanian
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel.Menurut K.H.D Halley,masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.  

      Hasil bijirin pula seperti barli, gandum,kekacang dan oat.Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum Gandum menjadi tanaman penting di Belanda menjelang abad ke-17. Menjelang abad ke-16, sebanyak 1150 kg hingga 1900 kilogram gandum dihasilkan bagi setiap hektar. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.

      Petani-petani Belanda juga terlibat dalam tanaman dagangan. Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.Menurut B.H Slicher van Bath biji cole ditanam secara meluas di Utara Belanda. Tanaman ini menguntungkan kerana biji cole diproses untuk menghasilkan minyak.Madder merupakan tanaman ang ditanam secara meluas di bahagian Barat Daa Belanda.Akar tanaman ini diproses untuk  dijadikan serbuk pewarna ang digunakan dalam industri tekstil. Tanaman semanggi ditanam di Wilayah Waes yang terletak di Bahagian Utara Belanda sekiar tahun 1644. Menjelang abad ke-16 kegiatan penaman Hemp dilakukan secara meluas di Holland dan Utech. Hemp digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.[3]

Penternakan
      Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Permintaan tinggi untuk produk tenusu menyebabkan petani melibatkan dii dalam penternakan lembu. Perkembangan ini menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.Kegiatan penternakan lembu tenusu dijalankan secara ekstensif di Belanda. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.[4]

      Selain lembu, penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau Grind. Kambing diternak untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar. Perangkaan pada tahun 1561 menunjukkan bahawa terdapat 12000 ekor kambing di wilayah Texel.

Hortikultur
Pertambahan penduduk dan penigkatan taraf hidup menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur di sekitar bandar-bandar. Pembangunan dalam  sektor ini disebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat hortikultur muncul di sekitar bandar-bandar seperti Leiden dan Delft. Perkembangan pesat dalam proses pembandaran menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur baharu di daerah-daerah seperti De Langeddijk dan Enkhuizen.

      Pekembangan bidang hortikutur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.Sayur-sayuran ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Antara tanaman yang diusahakan termasuklah bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi.Penanaman kobis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Sreek yang terletak di daerah Enkuizen.

      Penanaman buah-buahan dijalankan di kawasan Aalsmeer dan Boskoop.Aasmeer menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan teruama  strawberi. Leiden merupakan pusat hortikulur trebesar di Belanda.Menjelang abad ke-17, penanaman bunga tulip dan hop ditanam secara meluas di sepanjang Sungai Maas. Bunga hop digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras. Tadis menghasilkan minumna keras beer daripada hop dapat dikesan sejak abad ke 14 lagi.[5] 

Petempatan
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur.Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agtana di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect

Pembinaan Sistem Pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif.

Masyarakat agraia Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.

      Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.

      Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.

Penambakan laut untuk kawasan pertanian
      Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. Kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanianUntuk tujuan memugar dan membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij alankan secara besar-besaran.[6]



[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),22.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),23.
[3] Ibid,24.
[4]  “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),12.
[5] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),28.
[6] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, 14.

Isnin, 4 Jun 2018

Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17


1Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan definisi dan ciri-ciri Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17
PENGENALAN
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.

Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]

Definisi Masyarakat Agraria

      Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap di sekitar kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Petempatan masyarakat ini terletak di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.22. 
[2]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 Penggal 1 Edisi Ketiga (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),hlm.22.