Rangka
Jawapan
Pendahuluan
Masyarakat
agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan
pemungutan
hasil hutan dan sungai
Latar
belakang Belanda dan China
Isi
Persamaan
masyarakat
agraria Belanda dan China ialah menjalankan ekonomi pertanian.
kedua-dua
negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil.
Perbezaan
Belanda menjalankan ekonomi penternakan dan
perikanan manakala China menjalankan
ekonomi
perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan.
Di
China, masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang
diusahakan
secara perkongsian antara dua orang atau lebih.
Mereka
turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan
Kesimpulan
Kesimpulannya,
masyarakat Belanda dan China memberi perhatian kepada bidang
pertanian
kerana bidang ini memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.
JAWAPAN LENGKAP
Masyarakat agraria ialah masyarakat yang
berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya
petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah
sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang
baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan
cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang
berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Revolusi teknik
pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah
yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai zaman
kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China
merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan
negara China ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi.
Namun demikian, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan
gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan
ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat
di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun
Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai
untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan
juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.
Persamaan antara masyarakat agraria
Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua
negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka.
Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum,
barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang
diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman
utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak
ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut
diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin
lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam
padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.
Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga
menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda ,
pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen,
says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran
kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden,
Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke
Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan
perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di
Kiangnan.
Perbezaan lain ialah masyarakat agraria
di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala
di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya
di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu.
Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak
akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan
lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga
1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya
terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.
Manakala di China masyarakat agraria juga
melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian
antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal
bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap
kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China
bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan
peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan
peniaga emas.
Kesimpulannya,persamaan antara
masyarakat agraria Belanda dan
China ialah dari segi ekonomi pertanian
dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di
Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan
perikanan di Belanda serta perusahaan
pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda
lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua
masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi
pendapatan yang lumayan kepada mereka.