Khamis, 29 Mei 2014

Masyarakat Agraria di Belanda dan China pada abad ke-16-17

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi Masyarakat Agraria
      Masyarakat Agraria bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat agraria mengutamakan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur. Perubahan secara besar-besaran dalam kegiatan agraria bermula di England pada abad ke-18. Perubahan-perubahan ini meletakkan asas bagi kelahiran Revolusi Pertanian. Revoluis Pertanian seterusnya tersebar ke kawasan-kawasan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Thomas Jefferson mempromosikan pembentukan masyarakat agraria di Amerika Syarikat pada peringkat awal penubuhan negara tersebut.[1]

Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.

      Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.

Ciri-ciri Masyarakat Agraria
Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman horikultur.
1.Pertanian
Menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan bandar Belanda. Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif.  Kegaitan pertanian melbatkan penanaman sayur-sayuran, bijirin dan tanaman dagangan.

Menanam sayur-sayuran
Antara sayur-sayuran yang ditanam ialah bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak dan teasel. Menurut K.H.D.Halley masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.

Tanaman bijirin
Tanaman bijirin yang diusahakan oleh masyarakat agraria ialah barli, gandum dan kekacang. Barli ditanam secara meluas oleh petani wilayah Zeeland. Menjelang abad ke-17 gandum menjadi tanaman penting di Belanda.Akhir abad ke-16 sebanyak 1150 kilogram hingga 1900 kilogram gandum dihasilkan bagi setipa hektar.[2]





[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.22.
[2] Ibid, hlm.23.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan