Isnin, 23 Julai 2018

Raja mutlak di England

Oleh-AHMAD YAAKOB
HP-Membincangkan membandingkan sistem pemerintahan raja mutlak dan raja berperlembagaan di England dan Perancis pada abad ke-16-18.
1.a) Konsep raja berkuasa mutlak dan Raja Berperlembagaan.
Maksud raja berkuasa mutlak
Sistem Raja berkuasa mutlak bermaksud cara pemerintahan raja yang tidak dikawal oleh parlimen.Melalui sistem ini kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem pemerintahn ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa melalui aktviti perdagangan. Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis dan England pada abad ke-16 dan 17. Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa.[1]

1.Raja berkuasa mutlak di England
      England berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku Revolusi Cemerlang di England.[2]

1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII     - 1485-1509
Raja Henry VIII   - 1509-1547
Mary I                  - 1553-1559
Ratu Elizabeth I   - 1559-1603.

      Setelah berakhir Perang Bunga Ros, makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.[3]

      Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.

      Sistem ini tidak mementingkan kesucian raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada knight, orang kaya dan peguam.[4]  Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[5] Anglican ialah gereja kebangsaan di England.

      Raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[6]

Dinasti Stuart (1603-1702)
Raja James I
Berpegang kuatkepada doktrin kuasa raja suci raja. Dasar pemerintahan Raja James I memihak kepadamazhab Katolik. Beliau menghawinkan puteranya dengan puteri Perancis yang bermazhab Katolik. Raja James I membubarkan parlimen pada ahun 1611.[7]
Raja Charles I
Raja Charles I tidak menyukai golongan puritan. Baginda membelakangi parlimen dalam kutipan cukai. Raja Charles I menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda. Raja Charles I membubarkan parlimen dan memerinah secara mutlak selama 11 tahun.



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,123.
[2] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,62.  
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[4] Ibid,125.
[5]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.   
[6]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125. 
[7]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.

3 ulasan: