1. Kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran
telah mempengaruhi kemunculan
masyarakat maritim di Jepun pada abad
ke-16 hingga abad ke-17 Masihi. Bincangkan.
Pengenalan
·
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang
bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan,
pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
·
Kemunculan masyarakat maritim Jepun dapat dikesan
sejak abad ke-3 Masihi.
·
Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir
pantai dan kawasan kepulauan seperti Kyushu.
·
Pedagang-pedagang Jepun telah menjalankan
hubungan perdagangan dengan China, Vietnam dan Korea.
·
Menjelang abad ke-16 masihi, Jepun mengamalkan
dasar buka pintu kepada pedagang luar.
·
Terdapat beberapa faktor kemunculan masyarakat
maritim di Jepun.
Isi-isi Penting:
1.
Kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran
Kemajuan Teknologi Perkapalan
·
Masyarakat maritim Jepun
mahir dalam bidang pembinaan kapal dan perahu
·
Mereka membina kapal dikenali
sebagai shuinsen (kapal mohor merah) yang menggunakan teknologi tinggi iaitu
senjata bagi mempertahankan diri dari serangan lanun dan sebagainya.
·
Kapal ini digunakan
untuk pelayaran jarak jauh seperti ke Asia Tenggara.
·
Kapal dagang seperti
Higaki-Kaisen dan Taru-Kaisen juga digunakan untuk perdagangan dalam negara.
·
Mereka mendapat
pengetahuan teknologi perkapalan daripada orang Portugal, Sepanyol dan
lain-lain. Contohnya Shogun Ieyasu mendapat bantuan daripada Sepanyol dalam
bidang perkapalan dan bantuan teknikal daripada British dan Belanda.
Mahir Ilmu Pelayaran
·
Masyarakat maritim Jepun
juga berkemahiran dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran.
·
Mereka mahir dalam ilmu astronomi,
ilmu nautika dan kartografi
·
Masyarakat maritim Jepun telah dapat melahirkan ramai ahli
pelayaran menyebabkan kemajuan pesat dalam aktiviti pelayaran.
·
Kemahiran inilah telah
mendorong masyarakat Jepun terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
·
Mulai abad ke-16, para
pedagang dan pelayar Jepun telah sampai ke Asia Tenggara, Australia, India dan
Amerika Selatan.
·
Pada
abad ke-17 masihi, dianggarkan terdapat 350 buah kapal Jepun terlibat dengan
aktiviti perdagangan antarabangsa.
(Selain
itu, terdapat juga faktor lain iaitu)
2.
Kedudukan
Geografi
·
Dari segi
geografi, negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
·
Antara pulau
yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido
dan Honshu.
·
Oleh kerana
bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang, maka petempatan
didirikan di kawasan pesisir pantai.
·
Lokasi
petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan
berasaskan laut.
·
Perkembangan
ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
3.
Galakan
Pemerintah
·
Pemerintah juga memainkan peranan
penting dalam kemunculan masyarakat maritim
di Jepun
·
Hideyosi merupakan pemerintah yang
berminat dalam aktiviti perdagangan.
·
Beliau menggalakkan pedagang Jepun
berdagang ke seberang laut.
·
Semasa pemerintahannya, Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan
China dan Korea.
·
Beliau mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara
asing dengan mengawal segala aktiviti
perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587.
·
Ekoran itu, pedagang Jepun di
Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke Asia Tenggara.
·
Shogun Tokugawa memberi galakan
kepada rakyat untuk libatkan diri dalam perdagangan maritim. Semasa
pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan.
·
Berdasarkan dasar ini kapal dagang
yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara asing dikehendaki memiliki
mohor merah.
·
Ini menyebabkan ramai golongan
bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
·
Ini menjadi asas kemunculan
masyarakat maritim.
4. Kemunculan Pelabuhan
·
Kemunculan
pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
·
Kepesatan
perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan
entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga
menjadi tumpuan pedagang tempatan dan pedagang luar negara.
·
Menjelang
pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
·
Kehadiran
mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
·
Perkembangan
ini menjadikan Jepun sebagai kuasa maritim.
5.
Pengaruh Luar
·
Kemunculan
masyarakat maritim disebabkan oleh pengaruh luar iaitu hubungan antara Jepun
dengan negara-negara lain.
·
Menjelang abad
ke-16, Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal.
·
Shogun Ashikaga
membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
·
Menjelang abad
ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan
dengan Jepun.
·
Kedatangan
pedagang Barat menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan meletakkan
kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
6. Dasar Kerajaan Jepun
·
Dasar buka
pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun.
·
Dasar ini juga
menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia
dan juga Barat.
·
Menjelang akhir
abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan
Jepun.
·
Selain
pedagang, golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam menyebarkan dakwah
dikalangan penduduk Jepun.
·
Hubungan dengan
Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi
baharu dari Barat iaitu perkapalan.
·
Perkembangan
ini memainkan peranan dalamm merancakkan kegiatan maritim.
7.
Perdagangan
·
Perkembangan
perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
·
Pada Zaman
Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun. Pedagang Jepun menjalinkan
hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
·
Menjelang zaman
Tokugawa, hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan Vietnam.
·
Pedagang-pedagang
asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun.
·
Pada zaman
Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.
·
Kedatangan
pedagang asing ini menyebabkan munculnya masyarakat maritim di Jepun.
Kesimpulan
-
Secara
keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan
kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran.
-
Disamping itu,
terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kemunculan masyarakat maritim
seperti kedudukan geografi, pelabuhan, galakan pemerintah dan sebagainya.
Catatan
:
1. Sekiranya
calon hanya menjawab isi utama sahaja, markah maksimum yang layak diberi 8M.
2. Sekiranya
calon tidak menghuraikan isi utama sebagai isi penting, markah yang layak
diberi 8M.
2. Huraikan sistem pemerintahan negara Persekutuan
Amerika Syarikat pada abad ke-18
hingga abad ke-19 Masihi.
Pengenalan
-
Istilah
persekutuan berasal dari perkataan Greek iaitu feodus yang membawa maksud
perjanjian.
-
Persekutuan
merupakan gabungan beberapa buah negeri atau wilayah yang dahulunya bebas
tetapi kemudian menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
-
Pemerintahan persekutuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang
membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri (tempatan).
-
Setiap
peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk mentadbir mengikut kuasa yang
diperuntukkan.
-
Pentadbiran
kerajaan persekutuan terbahagi kepada tiga badan utama iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman.
Isi-isi
penting
1. Pengasingan Kuasa
-
Sistem
pentadbiran Persekutuan Amerika Syarikat menekankan pengasingan kuasa antara
kerajaan pusat dan negeri.
-
Setiap
peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut
kuasa yang diperuntukkan.
-
Kerajaan
pusat berkuasa dalam perkara yang penting seperti pertahanan, percukaian, mata
wang, dan dasar luar negara.
-
Kerajaan
negeri berkuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan di negeri
masing-masing.
-
Pengasingan
kuasa yang dijalankan bertujuan untuk mengawal dan mengimbang kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.
-
Keadaan
ini supaya, kuasa sebenar tidak bertumpu pada satu-satu badan atau individu
tertentu sahaja.
-
Pengasingan
kuasa berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan atau negeri.
2. Amalan demokrasi
-
Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat 1789 menetapkan pembentukan
kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi.
-
Pemilihan
presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi sistem pilihanraya.
-
Wakil-wakil
dari Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih presiden.
-
Pilihanraya
untuk memilih presiden dan anggota kongres pernah diadakan pada tahun 1796 dan
1800.
-
Amalan
demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan
yang bakal mentadbir negara.
-
Amalan
demokrasi juga membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.
3. Badan Eksekutif
-
Badan
eksekutif diketuai oleh presiden yang dipilih melalui pilihanraya.
-
Presiden dipilih
untuk tempoh 4 tahun dan selepas tamat tempoh boleh dilantik semula untuk
penggal kedua selama 4 tahun berikutnya.
-
Segala
urusan pentadbiran negara Amerika Syarikat dipusatkan kepada presiden dan ini
bermakna presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul.
-
Tempat presiden
akan diambil alih oleh timbalan presiden jika presiden meninggal dunia atau
meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihanraya semula.
-
Kuasa
seorang presiden termasuklah menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding
perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan
termasuklah hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang,
mentadbir undang-undang persekutuan, memberi pengampunan dan mentadbir kongres.
-
Semua
undang-undang yang diluluskan oleh kongres (terdiri daripada Dewan Senat dan
Dewan Perwakilan) mesti ditandatangani oleh presiden.
-
Namun
begitu, presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.
-
Keistimewaan
presiden ialah boleh membatalkan undang-undang dengan kuasa veto dan boleh
mengawasi kongres melalui dua pertiga undi kongres.
-
Kuasa presiden
juga kadang kala mengatasi kuasa kongres apabila berupaya mengisytiharkan
peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah kongres.
-
Namum, presiden
juga boleh dipecat melalui sokongan 2/3 dewan jika terlibat dalam rasuah,
pengkhianatan atau jenayah besar.
4. Badan Perundangan
-
Badan
perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai kongres dan ahlinya turut dipilih
melalui pilihanraya oleh rakyat.
-
Ahli kongres
terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Tiap-tiap negeri akan memilih
dua ahli bagi Dewan Senat manakala ahli Dewan Rakyat dipilih mengikut jumlah penduduknya.
-
Peranan utama kongres ialah menggubal undang-undang.
-
Keistimewaan
kongres dapat mengatasi kuasa veto presiden.
-
Setiap
negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat.
-
Dewan
Rakyat (perwakilan) mempunyai ahli lebih ramai daripada Dewan Senat. Ahli Dewan
Rakyat berjumlah 435 orang dan setiap ahli akan mewakili 30, 000 orang rakyat
bagi tiap-tiap dua tahun.
-
Dewan ini
juga turut berkuasa menentukan presiden jika timbul kekurangan majoriti undi
calon presiden dalam pilihanraya.
-
Dewan
Senat pula mempunyai keahlian seramai 100 orang iaitu dua orang akan mewakili
setiap negeri dan digelar senator.
-
Ahli
Dewan Senat yang dipilih mesti berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan
yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya 9 tahun.
-
Mereka
akan berkhidmat sebagai ahli dewan selama 6 tahun.
-
Dewan
Senat diketuai oleh timbalan presiden.
-
Dewan
Senat mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak
atau menerima rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
-
Dewan ini
juga berperanan dalam pemilihan presiden.
5. Badan Kehakiman
-
Badan kehakiman
Amerika Syarikat terdiri daripada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri.
-
Badan ini
merupakan badan yang bebas dan tidak menerima campur tangan politik sama ada
daripada presiden atau ahli-ahli kongres.
-
Bukti
kebebasan dan ketelusan badan ini ialah jika presiden dan ahli kongres
melanggar perlembagaan, mahkamah boleh mengambil tindakan.
-
Mahkamah
Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang
negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan
persekutuan.
-
Mahkamah
Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan
hak-hak di bawah perlembagaan negeri.
-
Badan
Kehakiman Amerika mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan
kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat
perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perundangan negeri
sebagai melanggar perlembagaan.
Kesimpulan
-
Perlembagaan
Persekutuan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang
memerintah negara itu.
-
Pembahagian
kuasa telah memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur.
-
Sistem
pentadbiran kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi
negara-negara lain di dunia.
3.
Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman pada abad
ke-16 hingga 17 Masihi.
Pengenalan
-
Pada abad ke-16, Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang
mengutamakan
pertanian sebagai kegiatan utama dan sumber pendapatan negara.
-
Petani yang tertindas telah menuntut kerajaan agar melakukan pembaharuan
untuk meningkatkan
taraf hidup mereka.
- Melalui campurtangan kerajaan,
sistem ekonomi feudalisme di Jerman telah mengalami
perkembangan.
- Sistem ekonomi feudalisme di
Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian,
perindustrian, perdagangan dan perbankan.
Isi-isi
penting:
1. Kegiatan
pertanian
- Jerman
mengamalkan sistem tiga bidang pertanian.
- Contoh tanaman bijirin seperti gandum, barli,
oat dan kekacang.
- Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala
yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk
menebas rumput dan binatang ternakan untuk
menggembur tanah.
- Selepas tanaman dituai, binatang ternakan
akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada
tanaman lain yang ditanam.
- Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan
cukai tanah dan tidak bebas melakukan
pekerjaan lain seperti memburu, menangkap
ikan, dan memotong kayu.
- Mereka hanya menurut perintah dan ditindas
oleh tuan tanah dan hidup dalam kemiskinan
- Penindasan ini membawa kepada pemberontakan
yang bertujuan menuntut kebebasan, hak
dan pembaharuan bagi mengubah taraf hidup yang
lebih baik.
- Walaupun pemberontakan ini gagal, namun
beberapa perkembangan dalam bidang pertanian
telah
berlaku.
-Antaranya:
a) pembinaan
terusan contoh Terusan Frederick William
b)
pengecualikan cukai selama 10 tahun kepada petani
c)
menggalakkan penternakan lembu susu
d) melaksanakan
pembahagian tanah kepada petani
e) wujudkan
pengkhususan pekerjaan
-Perkembangan ini telah menyebabkan berlakunya
peningkatan hasil pengeluaran di Jerman.
2. Kegiatan
industri
-Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16, bukan
sahaja untuk pasaran
dalaman, malahan untuk dieksport.
-Kain dan
teknik pengeluaran sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang Arab
pada abad
ke-16 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah
-Jerman juga
mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain import
dari Asia
dan Persia.
-Selepas perang 30 tahun, industri tekstil
berkembang di desa, di mana masyarakat desa
mengeluarkan
pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
-Manakala, masyarakat bandar menggunakan mesin
untuk mewarnakan dan memutihkan kain
dan kemudian memasarkannya.
-Kegiatan industri mengalami perkembangan
apabila kerajaan mengadakan pembaharuan seperti
a) pembinaan jalan raya di Hesse.
b) menambah tenaga buruh (mengambil tentera
sbg tenaga buruh dan dibayar gaji)
c)
wujudkan kerjasama dengan pihak swasta/ persendirian
-Perkembangan
ini membawa kepada kepesatan ekonomi di Jerman.
3. Kegiatan Perdagangan
-Perdagangan tertumpu di bandar
seperti Luberk, Hamburg dan Bremen.
-Pelabuhan Hanseatic di Venice
telah menjalankan perdagangan entreport iaitu membawa masuk
barangan logam, bulu binatang,
barangan kulit dan kain bulu.
-Barangan yang dieksport pula
seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan kaca,
senjata dan kertas.
-Barangan
ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi barangan
penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.
-Perkembangan yang pesat berlaku apabila
bandar-bandar di Jerman menjadi pusat pemasaran
lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan pedagang serta
tukang-tukang.
-Kegiatan perdagangan semakin
berkembang di Jerman dari abad ke-16M hingga abad ke-18M
iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan darat dari utara Itali ke
pelabuhan entrepor
Jerman Selatan.
Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman terlibat dengan kegiatan
perdagangan antarabangsa secara giat.
4. Kegiatan Perbankan/ Institusi Kewangan
-Bank-bank Jerman banyak menyumbangkan bantuan
kewangan atau modal perdagangan
kepada
perdagang.
-Peruntukan
modal ini telah merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol
dan
Portugal. Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile.
-Pada abad
ke-18M, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran perkembangan
ekonomi perbankan dan perdagangan.
-Perkembangan
perbankan ini telah melahirkan keluarga Fuggers Augburg yang kaya di Jerman
dan Eropah
dengan memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah meningkat kepada 4 juta
gulden pada
tahun 1546.
-Mereka
telah melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan perkapalan
serta memberi pinjaman kepada Maharaja
Rom Suci.
-Perkembangan perbankan telah menyebabkan urusan
perdagangan dan ekonomi feudalisme
Jerman semakin maju.
Kesimpulan:
-
Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh
peranan yang
dimainkan
oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat setelah
pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membawa kepada berkembangnya
industri
dan
perdagangan serta institusi kewangan seperti bank. Hal ini membawa kepada kemajuan
ekonomi Jerman ke tahap yang sangat
baik.
Catatan
*Sekiranya calon hanya memaklumkan
kegiatan-kegiatan ekonomi tanpa menyentuh
perkembangan bagi kegiatan berkenaan –
markah tidak lebih daripada 8m
4.
Jelaskan faktor-faktor berlakunya Gerakan Pencerahan di Eropah pada abad
ke-19 Masihi.
Pengenalan
-Gerakan pencerahan merupakan satu
gerakan ke arah melahirkan masyarakat yang lebih terbuka,
bertoleransi, mempunyai pemikiran yang tidak
dikongkong dan hidup berdasarkan undang-undang.
-Terdapat beberapa faktor
berlakunya gerakan ini, antaranya kemunculan ahli-ahli falsafah,
pengaruh zaman renaissance dan lain-lain.
Isi-isi
Penting
1.
Kemunculan ahli-ahli falsafah
-Kemunculan ahli-ahli falsafah
dalam pelbagai bidang seperti Voltaire, Montesquieu dan
Rousseau merupakan faktor pertama berlakunya
gerakan pencerahan.
-Ahli falsafah ini telah
menghasilkan idea-idea baru yang berpegang kepada logik akal dan keupayaan
akal manusia dalam merekacipta dan membuat
inovasi.
-Kesemua ini adalah untuk
memudahkan manusia dalam mengurus urusan harian dan memajukan
ekonomi negara melalui masyarakat yang
berpengetahuan/ literasi.
-Membebaskan pemikiran masyarakat
daripada mitos dan fantasi.
-Berani menentang pemikiran kolot
dan menekankan rasionalistik dan sains bagi mencapai kehidupan
yang sempurna.
2.
Pengaruh Zaman Renaissance
-Melahirkan semangat ingin tahu dan
kritis.
-Idea ini membuka mata dan minda
masyarakat Eropah di samping mengkritik sistem lama yang
ketinggalan zaman.
-Kesannya, muncul idea negara
bangsa, ciptaan dan inovasi serta kemajuan dalam kesenian.
-Melahirkan masyarakat berfikiran
terbuka dan bersedia hadapi perubahan.
3.
Gerakan reformasi
-Melahirkan pelbagai aliran
pemikiran dalam agama Kristian contohnya protestant, Anglican dal lain-
lain yang telah mengubah persepsi terhadap
gereja.
-Berlaku peralihan peranan dan
kekayaan yang dilaburkan untuk pembangunan dari gereja kepada
raja.
-Dengan kata lain, berlaku
pemusatan kuasa kepada raja.
-Masyarakat mula keluar daripada
kongkongan agama Kristian yang berasaskan kuasa mutlak gereja.
-Kemajuan dalam penciptaan dan
inovasi sains telah membawa kepada penciptaan mesin cetak.
-Ini membolehkan kitab bible
diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan boleh dibaca oleh pelbagai
masyarakat.
4.Kemunculan
dan peranan golongan pertengahan
-Kemunculan kelas pertengahan telah
melahirkan ramai golongan intelektual seperti doctor, jurutera,
ahli sains dan pakar dalam pelbagai bidang.
-Golongan ini berupaya merancang
dan mentadbir urus syarikat, persatuan dan negara dengan lebih
baik.
-Memiliki kekayaan dan ilmu
pengetahuan serta berpandangan jauh.
-Menjadi penggerak dan membawa
kepada usaha-usaha pelayaran dan penjelajahan ke luar negara.
-Kemajuan percetakan sekali lagi telah
membolehkan idea-idea baru yang dipelopori oleh kelas
pertengahan berkembang menerusi majalah, akhbar dan lain-lain.
-Keadaan ini membolehkan masyarakat
Eropah menjadi celik akal dan mengurangkan kadar buta
huruf.
-Keadaan ini membawa kepada permintaan
yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian semua
jenis ilmu pengetahuan.
Kesimpulan
Kesemua faktor di atas telah menyebabkan
berlakunya gerakan pencerahan. Di mana Eropah telah
mengalami revolusi intelektual. Keadaan ini
telah menyebabkan masyarakat Eropah muncul sebagai
masyarakat yang bertamadun tinggi dalam ilmu
pengetahuan.
5. Nilaikan sumbangan Dr. Sun Yat Sen dalam
menggerakkan Revolusi China 1911.
Pengenalan
-
Dilahirkan pada 12 Nov 1866 di daerah Hsiang-shan, Kwangtung di Selatan
China
-
Menerima pendidikan barat di Sekolah Mubaligh Anglican dan Kolej Oahu di
Honolulu, Hawaii
-
Pada tahun 1887, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di
Queens College di Hong
Kong
-
Beliau berkhidmat dalam bidang perubatan di Macao dan seterusnya
berpindah ke Canton
-
Semasa melanjutkan pelajaran di Hong Kong, beliau mula menceburkan diri
dalam bidang politik
-
Beliau merupakan tokoh penting yang memberi sumbangan dalam Revolusi
China 1911 yang
bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu
Isi-isi
penting
1)
Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner
-
Pada tahun 1894, Dr Sun Yat Sen menubuhkan sebuah pertubuhan
revolusioner, iaitu Hsing
Chung-hui di Honolulu, Hawaii
-
Matlamat utama – menggulingkan kerajaan Manchu
-
Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk
melancarkan
pemberontakan
-
Tahun 1895- merancang untuk menawan Canton untuk dijadikan ibu pejabat
Hsing Chung-hui
-
Gagal – lari ke Jepun dan menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di
Yokohama, Jepun
Penilaian – Penubuhan Hsing
Chunh-hui telah memulakan perjuangan Dr Sun untuk menggulingkan kerajaan Manchu
2)
Menubuhkan Parti Revolusi
- Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan
Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung
Meng-
hui.
- Merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua
buah persatuan revolusioner, iaitu Hua Hsing-
hu dan Kung Fu-hui.
- Matlamat penubuhan Tung Meng-hui adalah:
i)
menjatuhkan kerajaan Manchu
ii)
menubuhkan kerajaan republik
iii)
menjadikan tanah-tanah hak kerajaan
iv)
menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa ading di China
- Tung Meng-hui meluaskan cawangan ke Brusells,
San Francisco, Singapura, Tanah Melayu dan
Honolulu.
- Cawangan juga ditubuhkan di seluruh negara
China terutama di bandar-bandar utama
- Beliau memungut wang dan merekrut sukarelawan
bagi melaksanakan pemberontakan
Penilaian – Dr Sun telah berjaya
menggunakan Parti Revolusi untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan melancarkan
penentangan terhadap kerajaan Manchu
3)
Menyebarkan Perasaan Anti-Manchu
- Dr Sun Yat Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan anti-Manchu dalam kalangan
rakyat China
- Beliau menulis rencana dalam akhbarnya - Min Pao di Tokyo
- Gerakan revolusionernya mendapat sokongan
daripada pelajar-pelajar, rakyat yang tidak puas hati
terhadap kezaliman Manchu, kongsi-kongsi
gelap dan tentera yang mendapat latihan Barat.
Penilaian – Dr Sun berjaya
menanam perasaan anti Manchu dan mempengaruhi pemikiran rakyat
supaya
bencikan pemerintahan Manchu
4)
Mengemukakan Ideologi Revolusi
- Dr Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip
Rakyat (San Min Chu I), iaitu nasionalisme,
demokrasi dan kebajikan sosial.
- Beliau berjaya menmpengaruhi orang ramai
melalui ideologi tersebut
- Antara prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh
beliau:
i)
Nasionalisme (Min-tsu chui-i)
– Rakyat harus taat setia kepada negara
- Melibatkan penyatuan bangsa Cina,
Mongol, Manchu, Tibet dan orang Islam
ii)
Demokrasi (Min-chuan)
- Menubuhkan kerajaan yang menjamin
kedaulatan rakyat
- Pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang
mahir
iii) Kebajikan sosial (Min-sheng chul-I)
- Kuasa diguna
untuk menentukan keperluan rakyat
- Pembahagian sama rata hak milik tanah untuk membaiki
kehidupan petani
Penilaian – Idea revolusi yang
dikemukakan mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menggulingkan
kerajaan Manchu
5)
Melancarkan Pemberontakan
- Antara tahun-tahun 1895 – 1911, Dr Sun Yat
Sen dan pengikut-pengikutnya merancang dan
melancarkan 10 pemberontakan di China
- Pemberontakan yang dilancarkan itu
menjejaskan martabat dan maruah kerajaan Manchu
- Pemberontak terpenting berlaku di Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Huan meletus pada 10
Oktober
1911 – menandakan permulaan Revolusi China yang dimulakan oleh tentera-tentera
China
yang
dipengaruhi oleh Tung Meng-hui.
- Pemberontakan merebak ke wilayah-wilayah
lain dan berjaya mengisytiharkan bebas dari pengaruh
kerajaan Peking.
- Semasa revolusi meletus, Dr Sun Yat Sen
tidak berada di dalam negara China
- Beliau mendapat berita menegani revolusi
melalui akhbar semasa berada di Amerika Syarikat
- Beliau kembali ke China pada 25 Disember
1911 dan dilantik sebagai Presiden
Sementara
- Beliau memegang jawatan tersebut secara rasmi
pada 1 Januari 1912 sebelum menyerahkan
jawatan Presiden kepada Yuan Shih Kai.
Penilaian – Walaupun Dr Sun tiada
dalam negara China semasa pemberontakan dilancarkan, namun pengaruhnya sangat
kuat dan mendapat sokongan rakyat.
Kesimpulan
- Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan
kerajaan Manchu
- Sebuah kerajaan republik ditubuhkan di China
apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi
diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.
Catatan:
Jawapan yang cemerlang
perlu ada penilaian terhadap setiap sumbangan yang diberi.
Jika tiada penilaian –
markah maksimum 8 m
6.
Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia Kedua yang meletus pada tahun 1939 –
1945 dari aspek sosiopolitik.
Pengenalan
-
Perang
Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun Perang Dunia Pertama.
-
Sebagaimana
Perang Dunia Pertama, peperangan ini juga bermula di Eropah dan kemudiannya
merebak ke negara-negara Asia.
-
Perang
Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.
-
Di
rantau Pasifik, Jepun menyerang Pangkalan tentera laut di Pearl Harbour, Hawaii
pada 7 Disember 1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak
Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
-
Antara
pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua ialah Kuasa Paksi yang terdiri
daripada Jerman, Itali dan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Berikat) yang terdiri
daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.
-
Perang
Dunia Kedua telah meninggalkan kesan sosiopolitik terhadap negara yang
terlibat.
KESAN
SOSIAL
i)
Kematian dan kemusnahan harta benda.
-
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa.
-
Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom.
-
Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran.
-
Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia.
-
Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban.
-
Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih
separuh daripada jumlah itu
ialah tentera Bitain.
-
Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera.
-
Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25
juta hingga 30 juta
orang.
ii) Masalah Pelarian
- Lebih kurang 6 juta
kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechoslovakia & Hungary menjadi
pelarian
-
Ratusan ribu pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara
asal telah menjadi
pelarian
iii)
Perubahan Peranan Wanita
-
Penglibatan ramai lelaki dalam perang telah menyebabkan berlaku masalah
kekurangan pekerja di
sektor perindustrian & perkilangan
-
Golongan wanita mula bekerja dalam sektor perindustrian
- Ramai menjadi buruh di
kilang-kilang
KESAN
POLITIK
i)
Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
- PBB ditubuhkan
selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada bulan Oktober 1945
- PBB ditubuhkan kerana kegagalan
Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang
peperangan.
- Matlamat PBB ialah untuk
memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan
kerjasama antarabangsa dalam bidang
sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan
mencegah wabak penyakit dalam kalangan
negara anggota.
ii)
Dekolonisasi
-
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk jajahan terutama di Asia dan
Afrika bangkit
menentang penjajah
- Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air
daripada penjajah bagi membentuk negara dan
bangsa mereka sendiri.
-
Kemusnahan di negara-negara Eropah telah menjatuhkan maruah negara
tersebut dalam kalangan –
penduduk di tanah jajahan
- Kos peperangan yang tinggi menyebabkan
negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan
untuk menguruskan tanah jajahan.
-
Ini menyebabkab negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi
dengan memberikan
kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.
- Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan
di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
Contohnya:
Tahun 1947 – India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari
British
Tahun 1945 – Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda
iii) Perang
Dingin
-
Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa
besar dunia.
-
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi renggang semasa
Persidangan Yalta pada
tahun 1945
-
Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan demokrasi di
Eropah Barat
-
Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di Eropah Timur.
-
Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin
tegang sehingga
mencetuskan Perang Dingin.
-
Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan
pelbagai pendekatan
untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
-
Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah
Timur pada tahun
1989
iv) Perpecahan Wilayah Jerman
-
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang
dikuasai oleh
Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Rusia.
-
Dalam Persidangan Postdam, keempat-empat kuasa besar mencapai kata
sepakat untuk
mengamalkan sistem ekonomi yang seragam
di zon-zon tersebut
-
Pada bulan Disember 1946, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat
menggabungkan zon-zon
ekonomi mereka.
-
Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat
melalui Rancangan
Marshall
-
Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
-
Pada bulan Mei 1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu
kotanya di Bonn. Republik
Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober 1949 dengan ibu kotanya
di Berlin.
v)
Perpecahan Sempadan Negara Eropah
- Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland,
Poland,
Czechoslovakia, Romania, & Jepun
-
Soviet Union mguasai tiga negara – Estonia, Latvia, Lithuania yang tidak
memihak kepada mana-
mana pihak
dalam Perang Dunia Kedua
-Soviet Union berusaha menubuh
kerajaan yang berasingan di wilayah yang dikuasai semasa
peperangan berlangsung
- Perancis telah bertindak mguasai Wilayah Saar dari Jerman
- Poland mendapat ganti rugi dengan mguasai wilayah perindustrian di
Silesia, Jerman
- Jerman telah kehilangan ¼ daripada wilyahnya
Kesimpulan
-
Perang
Dunia Kedua telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas negara-negara
terlibat
-
Walaupun
perang telah tamat, namun dunia masih bergolak berikutan kemunculan dua kuasa
besar dunia yang dipimpin oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat untuk
mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Catatan:
Jawapan
yang cemerlang perlu merangkumi aspek sosial dan politik.
Jika calon
menjawap satu aspek sahaja – markah maksimum ialah 8m
SUMBER- JPNP TERENGGANU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan