Masyarakat Feudal
Kemunculan masyarakat feudal di Eropah dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19, masyarakat feudal muncul di bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda meletakkan asas bagi kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di negara tersebut. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.Perkembangan masyarakat feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai. Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa (1603-1867). Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat Feudal
Pengertian masyarakat feudal.
Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarahwan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat pada Zaman Pertengahan di Eropah. Selain benua Eropah, masyarakat feudal muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15. Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri. Kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan meleluai penguasaan tanah.[2]
Dalam masyarakat feudal wujud hubungan peribadi antara lor (pemilik tana) dan vassal (pemegang tanah) berasaskan ikatan perjanjian (kontrak). Berdasarkan perjanjian tersebut, lord dan vassal saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama. Dalam konteks ini ,satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan tentera.
.Secara umum tetdapat dua maksud feudalisme yang merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu iaitu mengikut Susun lapis hierarki.Takrifan kedua Membawa maksud satu sistem hubungan timbal-balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[3]
Sistem feudal pula ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu tertentu dan bukan wakil dari kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas dan bersusun lapis mengikut hierarki.[4]
[1]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2013),1
[2]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga,2.
[3]“Masyarakat Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),1.
[4]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2014),2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan