Jumaat, 3 Julai 2015

ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEJARAH DUNIA P1 DAN ULANGAN 2013,2014,2015


oleh-AHMAD BIN YAAKOB
TEMA
13
13U/
14
14
U/15
Tema 1 Masyarakat



1.1.Masyarakat feudal
/


1.2 Masyarakat Agraria



      Ciri-ciri masyarakat Agraria di China


/
1.3 Masyarakat Maritim di Portugal

/

1.4 Masyarakat industri-pelaksanaan Merkantilisme di England



Tema 2 Pemerintahan dan pentadbiran



2.1 Institusi pemerintahan



2.1 Pemerintahan beraja di China abad 16-20



      Pemerintahan beraja di Rusia abad ke-16-20


/
2.1.2 Pembesar China dan Rusia    



2.2 Negara Bangsa



1.Raja mutlak dan raja berperlembagaan di England dan Perancis



2.Negara kesatuan dan persekutuan Perancis dan Amerika abad 18-19



3.Penyatuan negara bangsa Itali

/

4. Penyatuan negara bangsa  
/


Tema 3 Kemajuan dan Pembangunan



1.Sistem ekonomi Feudalisme dan Kapitalisme
/


2.Perkembangan ekonomi



Perkembangan pertanian di Belanda


/
3.Perkembangan intelektual
/


4.Kemajuan pendidikan

/

  Sistem pendidikan di Perancis


/
Tema 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa



1.Reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat
/


2.Perang Dunia Pertama 1914-1918
/


3.Perang Dunia Kedua 1939-1945

/

4.Perang Dingin 1945-1955

/
/
5.Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan



6.Perhubungan luar



   PBB



   Komanwel



   NATO





*Soalan ulangan 2013 sama dengan soalan P1 2014.Soalan ulangan 2014 sama dengan soalan P1 2015. 

Khamis, 2 Julai 2015

PEMBESAR DI RUSIA ABAD KE-16-20 (1500-1999)


oleh-AHMAD YAAKOB
Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan Rusia abad ke-16-20 (1500-1999)
a)Konsep pembesar
Institusi pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi pembesar. Umumnya golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya
Pembesar juga berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki dan merupakan tulang belakang kepada maharaja. Pembesar membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja.[1]

b)Kedudukan Pembesar di Rusia
      Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan sistem pembesar di China.. Pembesar menduduki kedudukan tertinggi selepas Tzar.Pembesar sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan. Mobiliti sosial  berlaku di Rusia secara lantikan.
c)Peranan pembesar.
1.Peringkat pusat
Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi (Duma, Zemskii Sabor, Prikazi)
Peter mewujudkan Majali Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor,
Pembesar memberi perkhidmatan ketenteraan.
Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk mengawal kuasa gereja.
Pembesar menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.[2]
Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran.
Polis rahsia khas  (Okhrana) untuk kawal penyebaran propaganda yang boleh menggugat pemerintahan.

2.Peringkat daerah
Pentadbiran daerah diketuai oleh Gabenor atau Naib Gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat. Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan menjaga insfrastruktur dan pendidikan.

3.Kampung.
Pentadbiran kampung diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung. Mereka bertanggungjawab memungut cukai yang ditetapkan untuk kerajaan pusat.Komun memastikan setiap isi rumah petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Baaran ini akan dikutip setiap tahun. Tugas komun juga menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.

      Komun melatih generasi generasi muda daripada kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh Tsar. Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat. Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan tanah dan petani melalui komun. Komun menjadi mata dan telinga kerajaan pusat.[3]



[1] “Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56.  
[2] Ibid, 59.
[3] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),120.  

Rabu, 1 Julai 2015

Unit 2.1.2 Pembesar di China

TAJUK 2:PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB

Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan China dan Rusiaabad ke-16-20 (1500-1999)
1.a)Konsep pembesar
Institus pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi pembesar. Umumnya golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Oleh yang demikian dalam sistem pemerintahan beraja dan Maharaja pembesar sangat penting dan berada pada aras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja.[1]  
Pembesar juga berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki dan merupakan tulang belakang kepada maharaja. Pembesar membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja.[2]
b)Kedudukan pembesar di China
Pembesar di China berada pada aras kedua selepas maharaja.Mereka terdiri dari golongan bangsawan dan sarjana. Golongan pembesar di China  terdiri daripada individu yang menerima pendidikan Confucius dan perlantikan mereka adalah berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Golongan cerdik pandai diberi keutamaan dalam menjawat jawatan pembesar di peringkat wilayah.Selain golonga cerdik pandai/mandarin pembesar juga terdiri daripada ketua-ketua tentera.Mereka mendapat kedudukan istimewa dalam sistem pemerintahan di China.Ini kerana maharaja juga terpaksa bergantung kepada mereka untuk menjalankan pentadbiran. [3]

c)Peranan pembesar di China
1.Peringkat pusat.
Terdapat tiga fasa pentadbiran iaitu pentadbiran awam, tentera dan tempatan.Pembesar memegang jawatan penting dan membantu maharaja dalam pentadbiran di peringkat pusat.Mereka berkhidmat dalam jabatan kerajaan. Mereka menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis.[4]Mereka memengang jawatan dalam Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan,Jabatan Hasil dan Cukai dan Jabatan Upacara dan Istiadat.[5]
2.Peringkat wilayah
Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Gabenor diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah.Gabenor berperanan memelihara keamanan dan mengtip cukai daripada penduduk. Gabenor berhubung langsung dengan pemerintah peringkat pusat.[6]
3.Ketua tentera
Ketua tentera bertangungjawab memastikan keamanan wilayah. Mereka mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
4.Golongan inteletual (gentry)
Mereka mendapat pendidikan Confucius dan lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam.Mereka diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di istana.[7]




[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),110.  
[2] “Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56.  
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.  
[4]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56
[5]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.   
[6]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,57.
[7]Ibid.

Ahad, 28 Jun 2015

INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1999)

TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan  kedudukan dan peranan Maharaja China dalam pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching (1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang terdahulu.[1]Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yangcukup besar.Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]

b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja  atau maharaja satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3] Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]

c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.

b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi undang-undang.

2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha, Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta mematikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),hlm.63.  
[2]“InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,50.  
[5]Ibid,51. 

Rabu, 24 Jun 2015

Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.

Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
 Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman Abad ke 18-19
1.a)Masyarakat industri di Jerman.
Definisi Masyarakat Industri
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
- Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua(I860-an -1914).Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kapital kewangan mengatasi kapital industri.[1]
- Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik,kimia, petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.[2]
Ciri-ciri Masyarakat Industri di Jerman.
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi .
Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 kepada  8.5 juta tan pada 1900.Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran di Istana Crstal,London.Dalam pemeran tersebut, Syarikat Krupp telah mempamerkan gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran negara Jerman yang terbaik. Hasilnya permintaan kereta apin dari Jerman meningkat dan membawa peningkatan pekerja dari 250 orangpada tahun 1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1973.[3]
Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah
iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.
b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah mernber sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerjabiasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.[4]

c)Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prusia berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran kredit dan menyediakan Pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli. kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
d)Kejuteraan manusia.
Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan 'spirit de corps''.
e)Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli.Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.[5]Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negaraEropah.Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling[6].
f.Perluasan perdagangan antarabangsa.
Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman mementerai perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan Chinabagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera di pinggir laut China.[7]
Dasar kerajaan Jerman.
1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan.[8]Fungsi undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.Bismarck telah memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyat.Membentang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878.Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah difikirkan terancam sertamenarik balik lesen penerbitan, percetakan dan pengedaran.[9]  




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.78.  
[2]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,32.
[3] Maddi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),60.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34.  
[5]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34
[6] ibid
[7]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,61
[8]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,
[9]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,63.