Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di
Jerman Abad ke 18-19
1.a)Masyarakat industri di Jerman.
Definisi Masyarakat Industri
Masyarakat industri merujuk
kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat
industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan
mesin.
- Masyarakat industri dicirikan
menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
- Kemunculan masyarakat industi
di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua(I860-an
-1914).Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Ciri
utama Revolusi Perindustrian tahap kapital kewangan mengatasi kapital industri.[1]
- Pada era ini muncul
industri-industri baru seperti elektrik,kimia, petroleum dan logam ringan.
Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.[2]
Ciri-ciri Masyarakat Industri di Jerman.
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi .
Pertambahan pembukaan lombong
arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.Pertambahan
pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.Pengeluaran bijih besi
meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 kepada 8.5 juta tan pada 1900.Muncul pengusaha
terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti
tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan
pameran di Istana Crstal,London.Dalam pemeran tersebut, Syarikat Krupp telah
mempamerkan gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memperlihatkan
besi-besi keluaran negara Jerman yang terbaik. Hasilnya permintaan kereta apin
dari Jerman meningkat dan membawa peningkatan pekerja dari 250 orangpada tahun
1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1973.[3]
Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah
mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan
masyarakat kepada gaya hidup yang mewah
iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland,
Saxony dan Silesia.Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi
industri tekstil di Jerman.
iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin
mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan
kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan
kejuruteraan elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik
Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.
b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai
ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik
Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan
ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman
telah mernber sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik
penyelidikan saintifik dengan amalan kerjabiasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19,
industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.[4]
c)Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasaran
bebas
Perkembangan sistem perbankan
di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada
tahun 1840an, Bank of Prusia berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran
kredit dan menyediakan Pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan
perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan arang batu, keluli. kapas dan kain bulu serta kemajuan
sistem pengangkutan darat dan laut.
d)Kejuteraan manusia.
Bidang perdagangan di Jerman
dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih
efektif.Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat
kerja berpasukan 'spirit de corps''.
e)Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keretapi dibina
dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli.Firma
Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.Kerajaan juga
menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi
Jerman ke negara-negara Eropah lain.[5]Kemajuan
ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negaraEropah.Pada
1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling[6].
f.Perluasan perdagangan antarabangsa.
Perkembangan pembangunan
perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan
masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian
di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.Desakan
perluasan jajahan menyebabkan Jerman mementerai perjanjian dalam Persidangan
Koloni Berlin pada tahun 1884. Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan
mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New
Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada
tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan Chinabagi
mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera di pinggir laut China.[7]
Dasar kerajaan Jerman.
1879, Jerman menamatkan dasar
perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu
dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.Bismarck telah
memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para
pekerja mendapat perlindungan.[8]Fungsi
undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa
ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah
Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi
Jerman.Bismarck telah memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran
rakyat.Membentang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun
1878.Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah difikirkan
terancam sertamenarik balik lesen penerbitan, percetakan dan pengedaran.[9]
[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2013),hlm.78.
[2]“Masyarakat
Industri”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,32.
[3] Maddi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2014),60.
[4]“Masyarakat
Industri”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,34.
[5]“Masyarakat
Industri”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,34
[6] ibid
[7]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,61
[8]“Masyarakat
Industri”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,
[9]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,63.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan