SISTEM FEUDAL DI JEPUN
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Feudal di Jepun abad
ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di Jepun
Feudalisme di Jepun dapat
dikesan dengan jelas pada zaman Kamakura (1192 - 1333) hingga zaman Sengoku
Jidai (1536 -1998).Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman
Keshogunan Tokugawa (1603 -
1867).[1]
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun
Kedudukan Maharaja dan Daimyo
Maharaja tiada kuasa. Keadaan
geografi negara Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan maharaja gagal mengawal
Daimyo.Selepas tahun 1192,Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem
pemerintahan di Jepun. Hal ini berlaku apabila Taira Kiyomori, ketua pahlawan puak Taira menguasai seluruh pemerintahan
dengan mengalahkan tentera Maharaja dalam dua peperangan antara tahun
1159-1160.[2]
Gabenor yang dilantik yang
terdiri daripada bangsawan istana gagal mengawal kuasa Daimyo kerana kelekaan dengan
kemewahan dan mereka tinggal di kota.
Berlakunya perebutan dalam
kalangan suku untuk menguasai kekuasaan politik. Kemuncak perebutan tersebut
berlaku apabila ketua keluarga Miramoto Yoritomo berjaya membentuk kerajaan
bersifat ketenteraan yang pertama di Kamakura yang dikenali Bakufu.Miramoto
Yoritomo menggunakan gelaran Shogun
Kemerosotan kuasa raja memberi
ruang kepada kemunculan tuan-tuan tanah (Daimyo) yang memiliki banyak ladang
yang dipanggil Syo atau Syoen.Keadaan ini menyebabkan kekuasaan golongan tuan tanah
(Daimyo) mengatasi kekuasaan
istana dan maharaja impaknya petani tidak lagi memberi ketaatsetiaan kepadamaharaja
tetapi sebaliknya kepada Bakufu .Pemerintahah Kamakura menandakan bermulanya
sistem feudal di Jepun
Pada zaman Shogun Tokugawa,
maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi dan lambang perpaduan kuasa sebenarnya
berada ditangan Shogun. Bagi mengawal kuasa maharaja, Shogun mengeluarkan satu
ordinan yang dikenali Kinchu Kuge Sho-Hatto (Peraturan bagi Istana)
Ekonomi
Pada era Shogun Tokugawa,
ekonomi berasaskan beras.Hasil pendapatan dan kekayaan Daimyo dan Samurai diukur
mengikut banyak beras yang dimilikinya dan bukannya wang.
Kedudukan petani penting kerana
mereka adalah jentera yang menghasilkan beras.
Kedudukan atau kekayaan Daimyo
dan Samurai bergantung kepada petani.Pekembangan perdagangan menyebabkan golongan
Samurai menjual beras mereka kepada pedagang untuk
memperoleh wang.
Masalah ekonomi menyebabkan
golongan Samurai berhutang dengan golongan pedagang. Keadaan ini menyebabkan
berlaku kemerosotan kedudukan golongan Samurai dan seterusnya meningkatkan
stafus sosial golongan pedagang
Kepentingan golongan Samurai
Mempunyai kedudukan istimewa
kerana mereka adalah penentu kepada kelangsungan kekuasaan Shogun.[3]
Berfungsi menjaga keamanan
negara dan menjagakepentingan Daimyo tanpa berbelah bahagi.Tidak melakukan sebarang
pekerjaan walaupun dalam keadaan aman. Kehidupan mereka ditanggung oleh petani.
Kepentingan Petani
Kedudukan penting kerana Jepun
mengamalkan dasar tutup pintu.Bertanggungiawab mengeluarkan beras yang menjadi
makanan rakyat. Kehidupan petani tertekan kerana mereka dikenakan sistem kerah
iaitu dikerah untuk mengangkut barangan pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido
dengan dikenakan beberapa tempat sekatan bagi membolehkan
pegawai menjalankan pemeriksaan.
Mereka juga dikenakan cukai yang tinggi.
Peranan golongan artisan
Mereka terdiri daripada tukang
kayu, tukang rumah,tukang besi, tukang tembaga, tukang timah, penenun,pembuat kertas
dan lain-lain.Mereka diberi gaji dan rumah yang baik serta dibenarkan menggunakan
pedang. Walaupun tarafnya lebih rendah daripada petani tetapi kehidupannya
lebih baik.
Peranan Pedagang
Dipandang hina kerana Jepun
amalkan dasar tutup pintu.Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku
mobiliti sosial.Namun keadaan aman mengakibatkan keadaan ekonomi
berkembang sehingga muncul bandar seperi
Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai. Bandar-bandar ini menjadi pusat perdagangan. Pendapatan
berasaskan beras diganti dengan pendapatan berasaskan wang. Menjelang abad
ke-17, muncul ramai pedagang yang cekapdan berpegalaman dan golongan pemimjam
wang di bandar-bandar utama Jepun. Misalnya, Mitsui yang mempunyai syarikat
persendirian.[4]
Mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang baik dan kaya-raya. Akhirnya berjaya
memperbaiki status sosialnya.[5]
[1] “Masyarakat
Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),7.
[2]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,15.
[4]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,20.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan