Rabu, 22 Julai 2015

Raja mutlak di England

Oleh-AHMAD YAAKOB
HP-Membincangkan membandingkan sistem pemerintahan raja mutlak dan raja berperlembagaan di England dan Perancis pada abad ke-16-18.
1.a) Konsep raja berkuasa mutlak dan Raja Berperlembagaan.
Maksud raja berkuasa mutlak
Sistem Raja berkuasa mutlak bermaksud cara pemerintahan raja yang tidak dikawal oleh parlimen.Melalui sistem ini kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem pemerintahn ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa melalui aktviti perdagangan. Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis dan England pada abad ke-16 dan 17. Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa.[1]

1.Raja berkuasa mutlak di England
      England berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku Revolusi Cemerlang di England.[2]

1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII     - 1485-1509
Raja Henry VIII   - 1509-1547
Mary I                  - 1553-1559
Ratu Elizabeth I   - 1559-1603.

      Setelah berakhir Perang Bunga Ros, makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.[3]

      Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.

      Sistem ini tidak mementingkan kesucian raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada knight, orang kaya dan peguam.[4]  Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[5] Anglican ialah gereja kebangsaan di England.

      Raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[6]

Dinasti Stuart (1603-1702)
Raja James I
Berpegang kuatkepada doktrin kuasa raja suci raja. Dasar pemerintahan Raja James I memihak kepadamazhab Katolik. Beliau menghawinkan puteranya dengan puteri Perancis yang bermazhab Katolik. Raja James I membubarkan parlimen pada ahun 1611.[7]
Raja Charles I
Raja Charles I tidak menyukai golongan puritan. Baginda membelakangi parlimen dalam kutipan cukai. Raja Charles I menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda. Raja Charles I membubarkan parlimen dan memerinah secara mutlak selama 11 tahun.



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,123.
[2] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,62.  
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[4] Ibid,125.
[5]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.   
[6]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125. 
[7]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.


    

Khamis, 16 Julai 2015

2.Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat. [20m]

      Terdapat beberapa bentuk kerajaan dan pemerintahan yang diamalkan di seluruh dunia. Secara umumnya, ada dua bentuk kerajaan yang boleh dipilih untuk melaksanakan pemerintahan sesebuah negara iaitu kesatuan dan persekutuan. Pemerintahan kesatuan biasanya memusatkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Tetapi pemerintahan persekutuan adalah satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.

      Pada 4 lulai 1776 Kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas Jefferson.Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka

        Umumnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong pembentukan pemerintahan persekutuan. Antaranya ialah pertahanan sesebuah negeri yang lemah, kedudukan yang lemah untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan sukarela menyertai negara persekutuan. Antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan adalah Amerika Syarikat. Kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dibentuk oleh 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni British.

        Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada keraiaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.Pada awalnya Artikel Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat. Malangnya artikel ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan yang tidak mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri ataupun negara lain.

       Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat. Walaupun perdebatan hangat telah terjadi, namun satu persetujuan telah dicapai dalam kalangan 13 buah negeri iaitu pembentukan Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat.

       Perlembagaan ini turut memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan mereka serta memberi kerajaan persekutuan kuasa yang lebih besar. Manakala,perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang 1788, sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun begitu, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut.

       Walaubagaimanapun hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamiltory John Jay, dan James Madison dengan menerbitkan buku The Federalist, akhirnya New York mengesahkan menyokong Perlembagaan Amerika.Walaupun golongan federalis berjaya mendapatkan sokongan awam, namun timbul beberapa masalah yang perlu ditangani kerajaan persekutuan seperti had kuasa dan pemeliharaan hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri.

       Bagi mengatasi masalah ini, beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat. Pindaan ini membolehkan kerajaan persekutuan membuat keputusan berkenaan mata wang, pengisytiharan perang, mengenakan cukai kepada rakyat, menggubal undang-undang kehakiman dan menguasai perdagangan. Perlembagaan Amerika juga menggariskan badan-badan yang memerintah negara bagi melindungi negara dari sebarang unsur-unsur authoritarian dan radikal.

       Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian iaitu Eksekutif,Perundangan dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diterajui oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Badan perundangan pula adalah Kongres yang terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kongres berfungsi untuk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawal kongres.

       Namun begitu, melalui dua pertiga undi kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Badan Kehakiman pula adalah Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang bebas. Seterusnya, pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan selepas pilihan raya tersebut George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.


Kesimpulannya pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British. Kerajaan persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Keadaan ini sekali gus, dapat membantu Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa ekonomi dan politik dunia.

Rabu, 15 Julai 2015

1.Jelaskan ciri-ciri negara Kesatuan dan struktur negara kesatuan di Perancis. [20m]

       Negara kesatuan merupakan sebuah negara yang memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada keraiaan tempatan. Negara seperti perancis, Britain Itali dan Jepun memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan. Negara kesatuan di Perancis terbentuk sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan iaitu setelah Raia Louis XVI dan isterinya, Marie Antoinnette dipancung dengan gilotin.

       Antara ciri-ciri kesatuan ialah kesemua urusan negara dipusatkan, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir beitujuan untuk memudahkan pentadbiran. Kuasa autonomi tidak mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan boleh dipinda atau.ditarik balik. Sekiranya sistem ini diamalkan dalam pemerintahan masalah pertindihan tidak akan berlaku kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar dengan pelaksana dasar dapat dielakkan kerana keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat.

       Kebiasaannya sistem kesatuan amat sesuai dijalankan di negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya. Ini bertujuan memudahkan komunikasi dua hala serta sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa amalan red tape.Perancis telah dibahagikan kepada 83 department dan setiap department dibahagikan kepada cantons (daerah) dan commune. Departmentberperanan menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan dan diketuai oleh Prefet Sebuah majlis telah diwujudkan untuk setiap dgpartment yang dikenali sebagai General Council manakala ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.

       Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan peringkat pusat. Commune pula dibentuk untuk mentadbir kawasan bandar dan diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Malah, Majlis Bandaran (Municipal Council) turut diwujudkan. Tugas commune ialah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar. Antaranya ialah meluluskan permit bangunan, keselamatan penduduk dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Antara peranan beliau ialah menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam dan menguruskan penduduk di kawasanya.

       Walau bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda
atau dibatalkan oleh kerajaan pusat. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran mahkamah rendah, jabatan kerja raya dan polis tempatan.

Kesimpulannya, pihak yang terlibat berhak memilh untuk mengamalkan pemerintahan sama ada secara kesatuan atau persekufuan kerana ini akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di negara masing-masing.


Ahad, 12 Julai 2015

Terangkan sistem pemerintahan beraja mutlak yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17. 20m

Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Raja Henry VII telah mengasaskan sistem beraja mutlak pada tahun l485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603. Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya Revolusi Cemerlang di England.

      Sistem pemerintahan beraja mutlak memperlihatkan raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan negaranya. Raja England berpegang Pada prinsip doktrin kuasa suci raja atau Devine Right of King'.Raja mendakwa bahawa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukannnya kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di parlimen.

      Ini bermakna semua institusi pemerintahan seperti parlimen, mahkamah, dan gerejadiwujudkan untuk berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.Oleh itu, perbuatan ,raja tidak boleh ditentang walaupun raja bertindak zalim. Kezaliman raja adalah untuk menghapuskan kejatatan manusia. Oleh itu, rakyat perlu patuh dan taat kepada raja.Dasar ini dapat dilihat semasa pemerintahan Raja fames I (1603 -1625 ) dan Raja charles I (1625 -1649).

Kekuasaan raja juga diperlihatkan dengan penguasaan ekonomi. Buktinya, semasa pemerintahan Raja James I yang memberi hak monopoli dan keistimewaan kepada syarikat yang disukainya. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut dapat memonopoli kegiatan perdagangan dan perniagaan raja James I mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan. semasa pemerintahan Raja charles I, baginda memperkenalkan pelbagai cukai dan menubuhkan pelbagai agensi pemungut cukai. Baginda turut terlibat dalam urusan ekonomi secara langsung dengan menjual hak monopoli barangan pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga yang mahal.

     Raja juga bertindak menguasai parlimen dalam pemerintahannya.Sistem pemerintahan di England menyaksikan bahawa pemerintahan raja-raja Dinasti Turdor berpegang kepada Magna Carta, iaitu sebuah piagam politik yang mengawal kuasa raja. Namun, raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal dewan Parlimen.

      Pada era pemerintahan Dinasti Stuart, Raja James I telah membubarkan parlimen dan Raja charles I pula telah membelakangi parlimen dalam soal pungutan cukai. Baginda menahan mana-mana ahli parlimen yang membantah tindakan baginda serta meletakkan tentera di sekeliling rumah ahli parlimen yang menentangnya. Raja charles I turut membubarkan parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak selama 11 tahun tanpa parlimen.

      Raja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda bertindak melantik Bishop Besar Wiliam Laud sebagai ketua gereja kebangsaan. Raja Charles I telah mengubah beberapa dasar keagamaan. Antara dasar keagamaan yang dilonggarkan ialah sekatan undang-undang yang dikenakan terhadap penganut mazhab Katolik. Bishop Besar juga mengenakan sekatan dan memperketatkan larangan terhadap golongan puritan untuk menjalankan aktiviti dan kepercayaan mereka.


      Sistem pemerintahan beraja di England tamat apabila berlaku Glorious Revolution dan peralihan kuasa. Menerusi Glorious Revolution, Raja James II disingkirkan daripada takhtanya dan diganti oleh Mary II serta suaminya William of Orange. Selepas itu, sistem beraja mutlak di England berubah menjadi sistem raja berperlembagaan

Selasa, 7 Julai 2015

Raja mutlak dan raja berperlembagaan


Oleh-AHMAD YAAKOB
HP-Membincangkan membandingkan sistem pemerintahan raja mutlak dan raja berperlembagaan di England dan Perancis pada abad ke-16-18.
1.a) Konsep raja berkuasa mutlak dan Raja Berperlembagaan.
Maksud raja berkuasa mutlak
Sistem Raja berkuasa mutlak bermaksud cara pemerintahan raja yang tidak dikawal oleh parlimen.Melalui sistem ini kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem pemerintahn ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa melalui aktviti perdagangan. Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis dan England pada abad ke-16 dan 17. Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa.[1]

1.Raja berkuasa mutlak di England
      England berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku Revolusi Cemerlang di England.[2]

1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII     - 1485-1509
Raja Henry VIII   - 1509-1547
Mary I                  - 1553-1559
Ratu Elizabeth I   - 1559-1603.

      Setelah berakhir Perang Bunga Ros, makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.[3]

      Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.

      Sistem ini tidak mementingkan kesucian raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada knight, orang kaya dan peguam.[4]  Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[v] Anglican ialah gereja kebangsaan di England.

      Raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[5]



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,123.
[2] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,62.  
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[4] Ibid,125.
[5]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.   
[6]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.  

1.Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia. 20m


       Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.

       Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China dan Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Namury pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam. Hal ini berbeza dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti China. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.

       Peranan pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis). Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian tersebut.

       Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.

       Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma. Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan menyelaras kementerian-kementerian di China.

       Selain itu, pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.

       Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.

       Namun begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao. Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah
ditetapkan.

       Di samping itu penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
       Selain itu, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.

       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.

Sabtu, 4 Julai 2015

Bandingkan ciri-ciri masyarakat industri di England dan di Jerman.20m


Masyarakat Industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat Industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.Dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaranRevolusi Perindustrian berlaku dalam dua tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860.Manakala tahap kedua pula Revolusi Perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan Revolusi Industri di England pada tahun 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

     sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18.Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir dengan jenis tanaman yang berlainan,seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nitrogen  dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa.

Petani juga turut memperkenalkan sistem.pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama Pengenalan teknik penanaman baharu dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang diipta  oleh Jethro Tull.


Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah aupit. diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.
Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah,misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman Justud von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan.

Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diringi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang. Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian.


Perkembangan industri tekstil membawa kepada tenun yang menggunakan kuasa air.
penciptaan mesin pemintal dan mesin
Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburanbesi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa

 Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.
Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di ]erman seperti industri kimia dan elektrik.

     Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan jalan raya,jalan kereta api dan terusan
- Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada tahun 1787 dan Penggunaan enjin berkuasa wap  1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
 
Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam
sektor pengankutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.

Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan, pembuatan dalam industri pembuatan' Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds'

Pada tahun 1870-an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.


      Kesimpulanya, terdapat persamaan antara masyarakat industri di England  dan Jerman  ialah dari segi kemajuan dalam sistem pertanian,kemajuan industri tekstil dan kemajuan sistem pengangkutan . Manakala perkara yang membezakan masyarakat di England  dan Jerman  ialah Jerman memberi tumpuan kepada pembukaan lombong arang batu dan bijih besi, inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.Kedua-dua negara muncul sebagai kuasa imperialis pada abad ke-19.