Oleh-AHMAD YAAKOB
HP-Membincangkan membandingkan
sistem pemerintahan raja mutlak dan raja berperlembagaan di England dan
Perancis pada abad ke-16-18.
1.a) Konsep raja berkuasa
mutlak dan Raja Berperlembagaan.
Maksud raja berkuasa mutlak
Sistem Raja berkuasa mutlak
bermaksud cara pemerintahan raja yang tidak dikawal oleh parlimen.Melalui
sistem ini kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem
pemerintahn ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa
melalui aktviti perdagangan. Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis
dan England pada abad ke-16 dan 17. Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak,
raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat. Menjadi
tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran.
Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya
dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini
diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara
bangsa.[1]
1.Raja berkuasa mutlak di England
England berada dalam pemerintahan beraja
mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII
pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem
pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja
mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku
Revolusi Cemerlang di England.[2]
1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII - 1485-1509
Raja Henry VIII - 1509-1547
Mary I - 1553-1559
Ratu Elizabeth I - 1559-1603.
Setelah berakhir Perang Bunga Ros,
makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja
mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku
sebelum ini.[3]
Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak
di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja
mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan
mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta
atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.
Sistem ini tidak mementingkan kesucian
raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu
House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang
kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada
knight, orang kaya dan peguam.[4] Raja berjaya menangani tentangan golongan
puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[v] Anglican
ialah gereja kebangsaan di England.
Raja-raja Tudor yang memerintah England
berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja
Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip
kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[5]
[2] “Raja Mutlak dan Raja
Berperlembagaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,62.
[3]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[4] Ibid,125.
[5]“Raja Mutlak dan Raja
Berperlembagaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,63.
[6]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan