oleh AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran –Membincangkan
sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara persekutuan.
Negara Kesatuan Perancis abad
ke-18-19 (1700-1899)
1.a) Konsep negara kesatuan.
Negara kesatuan merujuk kepada
kuasa kerajaan Pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan tempatan yang lebih
terhad. Ia juga merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara di dalam satu sistem
yang memberikan kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.Contoh kerajaan kesatuan
ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.[1]
b.Pemerintahan negara kesatuan.
Konsep negara kesatuan yang
diamalkan di Perancis merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara sehingga
memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.
Setelah sistem feudal dihapuskan,
pentadbiran baharu diperkenalkan di Perancis. Perancis dibahagikan kepada 83
department atau wilayah. setiap department pula dibahagikan kepada cantons atau
daerah. Setiap cantons dipecahkan lagi kepada commune.
Departmen yang ditubuhkan pada tahun 1790
berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan . Pentadbirannya diketuai seorangPrefet yang dilantik oleh
kerajaan pusat. Setiap prefet bertanggungjawab terus kepada Menteri dalam
negeri.
Di setiap departmen diwujudkan General
Council. Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council menjadi penghubung
antara rakyat dan kerajaan pusat.
Commune pula berperanan mendabir kawasan bandar.[2]
Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan
bandar. Institusi ini diketuai oleh Datuk Bandar atau Mayor sebagai ketua
eksekutif. Selain itu diwujudkan juga sebuah Majlis Bandaran (Municipal Council). Antara tugas Commune
termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar
seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk dan menguruskan
pendaftaran perkahwinan.
Datuk bandar merupakan wakil kerajaan
pusat di kawasan bandar. Beliau berperanan untuk menguatkuasa undang-undang
tempatan,mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja di kawasannya dan
lain-lain. Bagaimana pun keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda
atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.[3]
Commune merupakan isntitusi yang dibentuk
bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat
pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan
sebagainya.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan