Ahad, 28 Jun 2015

INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1999)

TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan  kedudukan dan peranan Maharaja China dalam pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching (1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang terdahulu.[1]Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yangcukup besar.Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]

b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja  atau maharaja satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3] Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]

c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.

b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi undang-undang.

2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha, Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta mematikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),hlm.63.  
[2]“InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,50.  
[5]Ibid,51. 

Rabu, 24 Jun 2015

Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.

Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
 Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman Abad ke 18-19
1.a)Masyarakat industri di Jerman.
Definisi Masyarakat Industri
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
- Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua(I860-an -1914).Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kapital kewangan mengatasi kapital industri.[1]
- Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik,kimia, petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.[2]
Ciri-ciri Masyarakat Industri di Jerman.
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi .
Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 kepada  8.5 juta tan pada 1900.Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran di Istana Crstal,London.Dalam pemeran tersebut, Syarikat Krupp telah mempamerkan gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran negara Jerman yang terbaik. Hasilnya permintaan kereta apin dari Jerman meningkat dan membawa peningkatan pekerja dari 250 orangpada tahun 1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1973.[3]
Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah
iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.
b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah mernber sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerjabiasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.[4]

c)Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prusia berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran kredit dan menyediakan Pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli. kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
d)Kejuteraan manusia.
Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan 'spirit de corps''.
e)Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli.Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.[5]Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negaraEropah.Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling[6].
f.Perluasan perdagangan antarabangsa.
Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman mementerai perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan Chinabagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera di pinggir laut China.[7]
Dasar kerajaan Jerman.
1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan.[8]Fungsi undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.Bismarck telah memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyat.Membentang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878.Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah difikirkan terancam sertamenarik balik lesen penerbitan, percetakan dan pengedaran.[9]  




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.78.  
[2]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,32.
[3] Maddi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),60.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34.  
[5]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34
[6] ibid
[7]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,61
[8]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,
[9]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,63.  

Selasa, 23 Jun 2015

Unit 1.4 Masyarakat Industri


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri England dan Jerman (Abad ke 18-19 )
1.a.Masayarakat industri di England
Definisi
Masyarakat Industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat Industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.Dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.[1]
Ciri-ciri Masyarakat Industri
 a) Kegiatan ekonomi
b) Mobiliti sosial
c) Pengkhususan kerja
d) Kemunculan kelas
e) Masyarakat Literasi

Ciri-ciri Masyarakat Industri
a) Kegiatan ekonomi
Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil.Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.[2] Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan. Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja beralih ke sektor industri perkhidmatan.[3]
 b) Mobiliti sosial
Salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri ialah berlaku mobiliti sosial.Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan tataf hidup golongan pekerja meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.[4] Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur. Ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.[5]

c) Pengkhususan kerja
Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu barangan.Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.[6] Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.[7]
d) Kemunculan kelas
Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong.Pada peringkat awal proses perindustrian membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan profesional.Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan pekerja meningkat.[8]Golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalisMenjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.[9]
e) Masyarakat Literasi
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.[10]




[1]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)32 .
[2]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.63.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .  
[5] Ibid,64
[6]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,64. 
[7]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .   
[8]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,64.   
[9]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,30
[10] Ibid.

Sabtu, 20 Jun 2015

Masyarakat Maritim

Masyarakat Maritim
OLEH-AHMAD YAAKOB
Menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim Jepun (Abad ke-16 hingga 17)
Definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim di negara Jepun
Masyarakat Maritim di Jepun
Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim boleh dikesan sejak abad ke - 3M apablla menjalinkan hubungan dengan China dan Korea pada dinasti ein (221 - 206M).Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang I maritim dapat diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M.
Definisi Masyarakat Maritim
      Masyarakat Maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagaibagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.

      Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan,membuat kapal, menangkap itan aa, mengutip hasil laut.Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.
a) Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.
    Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang Jepun yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal.

      Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.[1]
b) Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.
      Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido,Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi.

      Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduknya  terdedah kepada kegiatan berasaskan laut.[2]
c) Masyarakat pelbagai Budaya.
      Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis,agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercaya:an tempatan. Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis,Sepanyol dan china. Sebelum pengalaman Dasar Tutup Pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.[3]

d) Menguasai Ilmu Kelautan Dan pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara,Amerika Selatan, Korea dan China.Mereka mampu membina kapal besar meredahlautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangnya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.[4]Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan masyarakat maritim di Jepun mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara.[5]
e) PelabuhanEntreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate danNagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya.Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging.Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antarakapal-kapal Jepun dan China.
f) Menerima Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad 7, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antata Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.[6] Menjelang abad ke-17 pedagang Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat.[7]  





[1]“Masyarakat  Maritim”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[2]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.50.   
[3]“Masyarakat  Maritim”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal ,26.
[4] Ibid.
[5] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,51. 
[6]“Masyarakat  Maritim”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)27. 
[7]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,52. 

Rabu, 17 Jun 2015

Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17

Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan definisi dan ciri-ciri Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17
PENGENALAN
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]
Definisi Masyarakat Agraria
      Masyarakat Agraria bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat agraria mengutamakan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]
Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman,antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.

Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum.

Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.[3]

Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju.Kawasan  tenusu utama ialahdi utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.

PETEMPATAN
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur. Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agraria di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect.
PEMBINAAN SISTEM PENGAIRAN
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.
Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif'.Masyarakat agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebus guna bagi tujuan pertanian.

BERKEMAHIRAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian' Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.[4]
PENGENALAN KAEDAH PERTANIAN BARU
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru
telah dicipta.
      Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.
PENAMBAKAN LAUT UNTUK KAWASAN PERTANIAN
      Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian.Kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian.Seterusnya penggunaan teknologi kincir angin telah membolehkan air dari kawasan tanah rendah dialirkan ke kawasan pertanian.[5]
Untuk tujuan memugar dan membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij alankan secarabesar-besaran.



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.22.  
[2] Iibid.
[3]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)12.
[4]Ibid,13
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,25.  

Isnin, 15 Jun 2015

SISTEM FEUDAL DI JEPUN


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedudukan Raja/ Daimyo
Masyarakat Feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir. dan saudagar. Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja.
Kuasa pemerintahan sebenar terletak di tangan Shogun dan dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fudai. Mereka akan membantu Shogun dalampemerintahan. Mereka merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu.
Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsuma, Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan diawasi oleh Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja sendiri.[1]
SAMURAI
      Samurai terdiri daripada panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun. Antara tugas Samurai ialah memelihara keamanan negara, menjaga kepentingan Daimyo dan menumpahkan taat-setia kepada Daimyo.[2]
 Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istimewa kerana kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan.
Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan
samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang lain.[3]
PETANI
      Golongan petani menduduki tempat yang istimewa kerana Jepun juga adalah negara pertanian.Mereka merupakan pembekal beras kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.Golongan petani terpaksa membayar cukai yang tinggi. Mereka membayar 40-50% daripada jumlah hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada Daimyo. Petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang berat.[4]

TUKANG/ARTISAN
      Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas petani.Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti pedang untuk kegunaan samurai.[5]Mereka mendapat penghormatan kerana pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang pertukangan. Barangan yang dihasilkan oleh tukang-tukang mahir ini digunakan  oleh golongan Daimyo.  Tukang mahir pada zaman feudal seperti tukang membuat senjata  iaitu pedang mendapat layanan istimewa. Mereka menerima gaji yang lumayan dan tinggal di rumah mewah. Umpamanya, tukang kayu di Kyoto menerima gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memiliki sebilah pedang.[6]

SAUDAGAR/PEDAGANG
Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang.Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan
dalam pergerakan sosial namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi membolehkan mereka
mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai pemiutang kepada golongan bangsawan.[7]




[1] Ibid,10.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,16..
[3] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,10.
[4] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,18.
[5] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,10.
[6] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,17.
[7]“Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,11.