OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Konsep negara Persekutuan
Istilah persekutuan berasal
daripada perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian.
Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya
bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan
pusat.
Sistem persekutuan merupakan
sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat
dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai bidang kuasa
masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Apabila wilayah-wilayah tersebut bergabung ke dalam
sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan
kedaulatan kepada kerajaan pusat dan ketaatan rakyat tertumpu kepada kerajaan
persekutuan.[1]
Sungguhpun wilayah tersebut telah
menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, wilayah tidak akan hilang
identiti kerana ada perkara-perkara tertentu yang dijamon oleh perlembagaan
persekutuan. Perlembagaan Amerika tetap memberi kebebasan kepada negeri-negeri
menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana
setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.
Amerika Syarikat merupakan negara
persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni
Britain. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas.
Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namu perpaduan rakyatnya masih
utuh.[2]
Pemerintahan Negara Persekutuan
Perlembagaan Amerika menggariskan
secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika.
Presiden Amerika boleh membatalkan
undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.Presiden juga mengawasi kongres.
Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yangluas, rakyat tidak bangkit
menentang kerajaan.Ini kerana kebebasan mereka tidak diusik. Perkara berkaitan
dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.
Ciri-ciri negara Persekutuan.
Kerajaan pusat tidak diberi
kuasa yang banyak. Persekutuan merupakan liga negeri dan bukan kerajaan pusat
yang kuat. Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana
kurang sumber kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan pusat bergantung kepada
sumbangan kerajaan negeri. Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem
perdagangan antara negeri atau negara lain.[3]
Konvensyen Philadelphia 1787.
Dalam Konvensyen Philadelphia
1987 timbul perdebatan hangat tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan
pusat dan yang akan mengawal kerajaan pusat. Persidangan ini membawa kepada
pembentukan Perlembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam kalangan 13
buah negeri.
Perlembagaan Amerika telah menggariskan
secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Ia dilakukan
supaya terdapat satu sistem timbang tara sebagai perlingungan unsur-unsur
authoritarian dan radikal.[4]
Perubahan kedudukan kerajaan selepas abaf
ke-18 (Konvensyen Philadelphia)
Antara perubahan ialah memberi
kuasa kepadaKerajaan Persekutuan membuat keputusan dalam hal mata wang, mengisytihar
peperangan , megenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan bidang
kehakiman dan menguasai bidang perdagangan.
Presiden boleh membatalkan
undang-undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawal kongres. Kongres
pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua Dewan Senat dan dewan Perwakilan
boleh mengatasi kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal undang-undang
satu pihak boleh mengawasi pihak yang lain.
Oleh kerana kerajaan Persekutuan diberi
kuasa yang lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana kebebasan dan hak
peribadi mereka tidak diusik dan kuasa berkaitan dasar luar dan perdagangan yang
diberikan kepada Kerajaan Persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara
yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.[5]