oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelang akhir abad ke-17,
tercetus revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Pertanian di England.Revolusi
Pertanian meletakan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di England.[1]
Hasil pembelajaran:
Mmembincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang
pertanian.
Latar belakang pertanian di
England
1.Pengeluaran makanan secara
besar-besaran
2.Sistem pemilikan tanah
3.Akta pemagaran tanah
4.Kaedah pertanian baru
5.Kaedah penternakan baru
6.Pengenalan pertanian campur
7.Ciptaan baru
8.Penggunaan baja
9.Pembinaan saliran
Latar belakang pertanian di England
1.Pengeluaran makanan secara
besar-besaran kerana perubahan sistem pemilikan tanah, penggunaan kaedah
saintifik dan kaedah pemasaran produk yang berkesan.
2.Sistem pemilikan tanah
terbahagi kepada dua iaitu tanah persendirian dan pemilikan tanah awam.
3.Akta pemagaran tanah
menyebabkan tuan tanah membeli tanah awam dan aktiviti pertanian dijalankan
secara besar-besaran.
4.Kaedah pertanian baru seperti
sistem penanaman bergilir, memperkenalkan tanaman baru tunip dan ubi kentang.
5.Kaedah penternakan baru untuk
membesarkan binatang ternakan dengan cepat untuk bekalan daging dan bulu
binatang.
6.Pengenalan pertanian campur
melibatkan tanaman dan ternakan.
7.Ciptaan baru untuk
meningkatkan pengeluaran seperti Jethro Tull (menggali dan menugal), bajak tiga
segi untuk membajak tanah, alat mengetam, alat memukul dan alat menumbuk
bijiran, penciptaan jentera berkuasa wap.
8.Penggunaan baja tiruan dan
baja asli daripada najis binatang.
9.Pembinaan saliran dapat
menyalirkan kawasan pertanian yang luas.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan