Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1.Ekonomi pertanian
Masyarakat Perancis masih
bergantung kepada bidang pertanian pada awal abad ke-16. Kemewahan masyarakat
masih diukur dari keluasan ladang yang dimiliki. Masyarakat masih lagi tinggal
di desa berbanding di bandar.[1]
Sepanjang abad ke-16 hingga 18,
Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dengan mengamalkan ekonomi
feudalisme. Raja-raja Perancis bermula dari Louis XIV hingga Louis XVI
mengekalkan sistem ekonomi feudalisme untuk mengukuhkan kekuasaan mereka. Pada
era ini golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang dominan dalam sistem
ekonomi negara.Ketika ini rejim Perancis didominasi golongan bangsawan yang
memiliki kuasa kewangan dan politik.
Golongan bangsawan mendapat faedah dalam
sistem ekonomi feudal dengan melabur dalam tanah, memiliki estet yang banyak , menjadi
tuan tanah atau manor dan mengusir petani daripada tanah yang mereka usahakan.Masyarakat
yang muncul waktu ini dianggap feudal kerana ketidaksamaan sosial kekal dalam
masyarakat dan membenarkan hak milik tradisional kekal dari segi perundangan.[2]
Tuan tanah golongan bangsawan yang
menjadi tuan tanah.Petani menjadi hamba atau serf.[3] Petani
yang menjadi serf pada abad ke-18 ialah seramai 1.5 juta orang daripada
keseluruhan penduduk seramai 15 juta orang. Sebahagian besar petani ialah orang
bebas dan mereka memiliki tanah yang mereka usahakan. Walaupun petani ini bebas
tetapi mereka dikehendaki menunaikan obligsi
yang diwarisi sejak zaman pertengahan (500-100M). Salah satu dari
kewajipan ialah pembayaran sewa tahunan kepada tuan tanah yang sebelumnya
mempunyai kekuasaan atau hak milik atas tanah petani.
Terdapat juga petani yang menjadi penyewa
atau buruh yang diupah tuan tanah.[4]Masyarakat
petani kini digelar metayers. Metayers mula mempelbagaikan pekerjaan, bukan
hanya bercucuk tanam sahaja, tetapi mula mengusahakan penternakan lembu daging
dan lembu susu serta menjualnya ke pasar-pasar. Mereka juga menggunakan kaedah
moden dalam pertanian.[5]
Pada zaman Raja Henry, beliau memerintah
menterinya Duke Sully memberi tumpuan kepada bidang pertanian. Duke Sully
merupakan Menteri Kewangan dan pemikir ekonomi. Idea dan pembaharuan beliau
banyak digunakan untuk memajukan pertanian di Perancis. Antara pembaharuan yang
dicadangakan beliau ialah menghapuskan cara kebiasaan petani di kawasan
pedalaman, memberi bijih benih percuma, membiayai kegiatan penternakan,
melarang pemusnahan hutan rimba dan mengeringkan paya serta membina jalan raya,
jambatan dan sistem terusan.
Pembaharuan tersebut membuahkan hasil
apabila sumber pertanian bijirin dan anggur merah Perancis menjadi bahan
dagangan utama yang didagangkan di pelabuhan Bruges, Belanda.
Penanaman pokok mulberi dan penternakan
ulat sutera diusahakan olehRajaHenry Iv telah meningkatkan ekonomi rakyat dan
membawa perkembangan bandar Paris, Lyon dan Marseilles. Pada zaman Raja Louis
XIV, menterinya, Jean Baptiste Colbert memajukan bidang pertanian. Dasar
pertanian Colbert; tidak membenarkan peralatan pertanian dirampas hanya kerana
petani mempunyai hutang, menggalakan penternakan lembu dan kuda dan membaiki
jalan raya di kawasan pedalaman.
2.Perdagangan
Kepesatan perdagangan di
Perancis dapat dilihat pada masa pemerintahan Raja Henry IV 1598-1610. Baginda
telah menubuhkan sebuah angkatan laut bagi melindungi perdagangan di Perancis.
Seterusnya Perancis mula menerajui perdagangan di seberang laut dan bersaing
dengan Belanda dan British. Perancis mula membuka pusat perdagangan di India
dan Amerika Utara.
Pada tahun 1620-an, Perancis membuka
petempatan di Hindia Barat dan pangkalan di Chandernagore, Timur India.Pembukaan
pangkalan ini meningkatkan perdagangan Perancis di luar negara. Perkembangan
perdagangan dalam negara turut berlaku di Perancis. Kawasan Utara Perancis
seperti Champagne, Lyon dan Beaucaire muncul sebagai bandar perdagangan antara
Eropah Utara dan pedagngan Mediterranean.Perkembangan ini turut mempengaruhi
pertambahan penduduk dan kewujudan perusahaan kecil-kecilan.
3.Institusi kewangan
Perkembangan perdagangan turut
dipengaruhi oleh faktor perkembangan sistem kewangan. Pada tahun 1500 wang
tidak perlu dibawa dengan banyak untuk melakukan urusan perdagangan. Keadaan tersebut
memudahkan perdagang dan pengeluar mengawal dan memasarkan barangan bebas.
Urusan pengutipan cukai juga mudah
dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai berjaya dikutip dalam satu masa di 120 tempat
yang berlainan di Sungai Loire dan daerah-daerah yang lain. Sistem perbankan di
Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke-18. Contohnya pembukaan Paris
Bourse pada tahun 1724, Casse d’Escompte pada tahun 1776 dan Loterie Royale
pada tahun 1783. Syarikat
Joint-stock berkembang pada pertengahan
abad ke-18. Pada tahun 1788 syarikat Perancis memperkenalkan insuran kebakaran.[6]
4.Industri
Industeri tekstil diusahakan
secara besar-besaran pada abad ke-16 untuk pasaran dalam negeri dan dieksport.
Kain dan teknik pengeluaran sutera yang diimpot dari China ke Eropah oleh perdagangan
Arab pada abad ke-10 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah. Perancis
telah mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain
impot dari Asia dan Persia. Industri
perusahaan kain berkembang di Tuscany, Utara Perancis. Industri desa ini
berkembang pesat di Utara Perancis 1450-1550. Petani desa mengeluarkan pakaian berasaskan
kain bulu dan linen. Masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarna dan
memutihkan kain dan kemudian memasarkannya.
Di Perancis industri pertukangan
juga berkembang iaitu tukang yang berkelayakan akan bekerja tanpa menerima upah
selama beberapa tahun di rumah guru atau ahli pertukangan sebelum membuka pusat
pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke tempat asalnya. Mereka akhirnya
menubuhkan kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka. Barangan
pertukangan Perancis seperti perabut telah mendapat tempat di pasaran pada
tahun 1770.
Perkembangan perdagangan dan galakan
daripada kerajaan telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar. Keadaan ini
membolehkan golongan saudagar muncul sebagai satu kuasa politik dan mula menyaingi kedudukan golongan aristokrat
dalam bidang politik.[7]
[1]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2015),170.
[2]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2013),hlm.205.
[3]dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)32
[4]Ibid.
[5]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,171.
[6]
Ibid,175.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan