Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
1.A)Reaksi masyarakat tempatan di China
2.Perjanjian-perjanjian.
i.Perjanjian Nangking 1842
Pada tahun 1842 Perang Candu I berakhir setelah tentera British berjaya menawan Nangking.Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842 dan menandatangani Perjanjian Nangking.
Syarat-syarat Perjanjian Nangking
1.Lima buah perlabuhan dibuka kepada rakyat dan pedagang British – Pelabuhan Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
2.menghapuskan Co-Hong. Pedagang British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.
3.Konsol British ditempatkan di lima pelabuhan untuk mengawal warga British dan harta-benda mereka.
4.Hong Kong diserahkan kepada British.
5.Kerana China membayar 21 juta tael.
6.Kerajaan China mengaku British setaraf dengan mereka.
7.Kerajaan China setuju menyelaraskan cukai impot pada kadar 3%.[1]
ii.Perjanjian Tambahan Bogue 1843
Perjanjian ini ditandatangani China dengan British 18 Oktober 1843.
Syarat perjanjian.
1.Cukai impot ditetapkan antara 4-13% ad volarem.
2.Cukai ekspot ditetapkan 1.5-10.75% ad volarem
3.Perjanjian ini memberi status negara berkemudahan istimewa dan hak wilayah asingan.
ii.Perjanjian Wanghia 1844
Perjanjian Chiana-Amerika Syarikat
Perjanjian ini memberi hak kepada Amerika untuk mengadili rakyatnya di China.
iii.Perjanjian Whampoa 1844 rujuk m/s 277
Perjanjian China –Perancis.
Memberi kebanaran menyebarkan agama Kristian dan membina gereja di pelabuhan perjanjian.
iv.Perjanjian Tientsin 1858
1.Kerajaan China membenarkan wakil diplomat Barat dari Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Rusia menetap di Peking atas dasar persamaan taraf.
2.Kerajaan China membuka 11 pelabuhan bagi perdagangan asing.
3.Kerajaan China bersetuju konsul ditempatkan di pelabuhan tertentu.
4.Membenarkan mubaligh menyebarkan agama Kristian.
5.Orang asing diberi kebebasan bergerak ke seluruh China sekiranya memiliki paspot sah.
6.Kapal pedagang asing dibenarkan belayar dan berdagang di Sungai Yang Tze sampai ke pelabuhan Hankow.
7.kapal perang dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan untuk mendapatkan bekalan makanan dan membaiki kapal.
8.Kerajaan China mengesahkan perdagangan candu dengan syarat dijalankan di pelabuhan perjajian.
9.Kerajaan China bersetuju menetapkan cukai ke atas impot dan ekspot iaitu 5% ad valorem.
10.Kerajaan China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak $4 juta kepada British dan $2 juta kepada Perancis.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan