PENGENALAN
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli
falsafah dari Scotland. Beliau terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nation dan dianggap
sebagai Bapa Ekonomi moden. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Beliau
mendapat pendidikan di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya di Universiti Glasgow dan mempelajari bidang
falsafah moral seterusnya pada tahun
1740 memasuki Kolej Balliol, Universersiti of Glasgow. Beliau memegang jawatan
sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787 hingga 1789. Beliau
meninggal dunia pada 17 Julai 1790. Adam Smith merupakan seorang tokoh terkenal
dalam zaman pencerahan terutamanya dalam bidang ekonomi moden apabila beliau
mengasaskan displin ekonomi moden, polisi merkantalisme, monopoli negara, memperkenakan
kerajaan berasaskan pasaran bebas dan menekankan kepentingan buruh/pengkhususan
pekerjaan.
Sumbangan
Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah.
Beliau berpendapat tiada siapa yang menjalankan
perdagangan jika mereka menjangkakan akan mengalami kerugian. Faedah
perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Kekayaan sesebuah negara
bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik kebal, tetapi bergantung kepada
jumlah pengeluaran dan perdagangan. Adam Smith mempunyai pemahaman dan pandangan
yang radikal tentang bagaimana masyarakat manusia bekerja. Beliau menyedari
bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula jadi apabila manusia
berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja bersama.
Adam Smith menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau
Teori Sentimen Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang kesedaran
terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori Simpati yang
menerangkan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain yang menyebabkan
seseorang menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri.
Adam Smith menulis
buku Wealth of Nations yang
mempengaruhi ahli-ahli politik pada zamannya dan menjadi asas intelektual pada
zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga telah membuka dimensi baru dalam
displin ekonomi moden. Memperkenalkan teori ekonomi
yang sistematik yang menentang
teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki
jongkong emas. Beliau juga menolak pandangan golongan physiokrat yang menyatakan tanah adalah sumber utama.
Beliau juga berpendapat bahawa pasaran
bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik, di mana pengeluar akan
mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan
terhadap barang tersebut akan meningkat.
Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan
ekonomi dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali
dengan istilah laissez faire. Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam
Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy.
Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi
mendorong masyarakat agar selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan
pengkhususan dan kecekapan dalam ekonomi. Beliau percaya bahawa pembahagian
kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhan ekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlaku peningkatan produktiviti tenaga
kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan waktu dalam
pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja.
Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih
dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi
daripada tuan tanah atau bangsawan. Para pengusaha atau kapitalis akan
mengembangkan modal daripada tuan tanah atau bangsawan. Modal akan digunakan
untuk perdagangan.
Adam Smith menyatakan prose pertumbuhan ekonomi bersifat
kumulatif. Ini bermakna apabila wujud kemakmuran kesan dari kemajuan dalam
bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan
teknologi, meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja
dan peningkatan keuntungan secara berterusan. Idea beliau menjadi reality
apabila lebihan barangan kapas di Mancester
dipasarkan ke India menjelang awal abad ke 19.
Kesimpulan
Adam
Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi
rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada
ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang
tidak boleh disediakan oleh individu.
Jelas Adam Smith telah memberi sumbangan yang besar terhadap
perkembangan sistem ekonomi moden hingga ke hari ini apabila idea-iea ekonomi
baru yang diperkenalkan telah memberi kesan besar terhadap perkembangan ekonomi
moden.
SUMBER-SKEMA SEJARAH P1 PERCUBAAN PAHANG 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan