Sistem
pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara
pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini,
kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam
pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Raja Henry VII
telah mengasaskan sistem beraja mutlak pada tahun l485 dan pemerintahan
ini terus diamalkan sehingga tahun 1603. Pemerintahan sistem beraja
mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah
berlakunya Revolusi Cemerlang di England.
Sistem pemerintahan beraja mutlak memperlihatkan raja mempunyai kuasa
dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan negaranya. Raja England
berpegang pada prinsip doktrin kuasa suci raja atau 'Devine Right of
King'.Raja mendakwa bahawa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan
bukannnya kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di parlimen.
Ini bermakna semua institusi pemerintahan seperti parlimen, mahkamah,
dan gerejadiwujudkan untuk berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi
kekuasaan dengan raja.Oleh itu, perbuatan raja tidak boleh ditentang
walaupun raja bertindak zalim. Kezaliman raja adalah untuk menghapuskan
kejatatan manusia. Oleh itu, rakyat perlu patuh dan taat kepada
raja.Dasar ini dapat dilihat semasa pemerintahan Raja James I (1603
-1625 ) dan Raja charles I (1625 -1649).
Kekuasaan
raja juga diperlihatkan dengan penguasaan ekonomi. Buktinya, semasa
pemerintahan Raja James I yang memberi hak monopoli dan keistimewaan
kepada syarikat yang disukainya. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut
dapat memonopoli kegiatan perdagangan dan perniagaan raja James I
mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan. semasa
pemerintahan Raja charles I, baginda memperkenalkan pelbagai cukai dan
menubuhkan pelbagai agensi pemungut cukai. Baginda turut terlibat dalam
urusan ekonomi secara langsung dengan menjual hak monopoli barangan
pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga yang mahal.
Raja juga bertindak menguasai parlimen dalam pemerintahannya.Sistem
pemerintahan di England menyaksikan bahawa pemerintahan raja-raja
Dinasti Turdor berpegang kepada Magna Carta, iaitu sebuah piagam politik
yang mengawal kuasa raja. Namun, raja-raja Tudor yang memerintah
England berjaya mengawal dewan Parlimen.
Pada era pemerintahan Dinasti Stuart, Raja James I telah membubarkan
parlimen dan Raja Charles I pula telah membelakangi parlimen dalam soal
pungutan cukai. Baginda menahan mana-mana ahli parlimen yang membantah
tindakan baginda serta meletakkan tentera di sekeliling rumah ahli
parlimen yang menentangnya. Raja Charles I turut membubarkan parlimen
dan menjalankan pemerintahan secara mutlak selama 11 tahun tanpa
parlimen.
Raja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Semasa pemerintahan Raja
Charles I, baginda bertindak melantik Bishop Besar Wiliam Laud sebagai
ketua gereja kebangsaan. Raja Charles I telah mengubah beberapa dasar
keagamaan. Antara dasar keagamaan yang dilonggarkan ialah sekatan
undang-undang yang dikenakan terhadap penganut mazhab Katolik. Bishop
Besar juga mengenakan sekatan dan memperketatkan larangan terhadap
golongan puritan untuk menjalankan aktiviti dan kepercayaan mereka.
Sistem pemerintahan beraja di England tamat apabila berlaku Revolusi
Cemerlang dan peralihan kuasa. Menerusi Glorious Revolution, Raja James
II disingkirkan daripada takhtanya dan diganti oleh Mary II serta
suaminya William of Orange. Selepas itu, sistem beraja mutlak di England
berubah menjadi sistem raja berperlembagaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan