Rabu, 18 Mei 2016

ANALISIS SOALAN STPM P1 MENGIKUT TEMA 2016

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
Tema 1 Masyarakat
Masyarakat feudal di England STPM 2015
Membandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun.
Masyarakat feudal di Jepun
1.Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868.STPM2013
1.2 Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria di Belanda
Masyarakat Agraria di China STPM 2014
1.Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
Tema 1 STPM U
1.3 Masyarakat Maritim
Masyarakat Maritim di Jepun.
Masyarakat Maritim di Portugal-Faktor kemunculan
1.Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.
1.4 Masyarakat Industri di England dan Jerman.
Fokus 4
Huraikan faktor-faktor kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18-19.m/s 86
Tema 2 Pemerintahan dan Pentadbiran
Maharaja di China abad ke-16-20 ST
Raja/Maharaja Rusia
2.Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.STPM 2014
2.1.2 Pembesar di China dan Rusia abad ke-16-18
Fokus .5
1.Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada abad ke-6-20.[m/s101]-
2.Jelaskan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Rusia pada abad ke 16-20. Fokus 6 -121.
Negara Bangsa
2.2.1 Raja Mutlak  dan raja berprlembagaan di England dan Perancis abad ke-16-18.
Raja Mutlak  dan raja berprlembagaan di abad ke-16-18.STPM2015
Perbandingan sistem beraja mutlak dengan raja berperlembagaan.
Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah Dinasti Tudor untuk mempertahankan monarki mutlak di England. F7 m/s 131
2.2.2 Negara kesatuan dan negara persekutuan
1.Perancis abad ke-18-19
2.Amerika Syarikat abad ke-18-19
Bincangkan ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat. F9 m/s 175      
2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa.
Penyatuan Jerman
2.Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.
Tema 2 STPM U
2.Galurkan proses penyatuan negara bangsa di  Itali pada abad ke-19 Masihi.

Tema 3 Kemajuan dan Pembangunan.
3.1 Sistem Ekonomi
3.1.1 Feudalisme dan kapitalisme
Feudalisme di Asia- Jepun dan China abad ke-16
Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 F 11,m/s 219
Kapitalisme di Eropah Barat.-Jerman dan Perancis
3.Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi. STPM 2013
3.Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-17 Masihi. STPM U2013
Kapitalisme
England  pada abad ke-18-19
Amerika Syarikat pada abad ke-18-19 STPM 2015
3.1.2 Perkembangan Ekonomi
3.1.2.1 Perdagangan dan perniagaan
i.Pertanian dan perniagaan di Portugal dan Belanda pada abad ke-16-18
3.1.2.2 Pertanian di Belanda abad ke-17-18
3.Jelaskan faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18 Masihi.STPM 2014
ii.Pertanian di England abad ke-17-18.
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pesat dalam bidang pertanian di England pada abad ke17-18.Fokus STPM 12 m/s 242
3.1.2.3 Perindustrian
iii.Perindustrian di Jerman dan Jepun abad ke-19-20
Sejauh manakah dasar kerajaan Meiji mendorong perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-17-18.  Fokus STPM 12 m/s242
3.3.1 Perkembangan ilmu-Zaman pencerahan
4.Sejauh manakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan landskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah? STPM 2013
4.Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanism di Eropah pada abad        ke-16 dan abad ke-17 Masihi. STPM U 2013
3.3.2 Sumbangan tokoh di England dan Perancis abad ke 18-19.
Menilai idea dan sumbangan tokoh.
i.Charles Louis Montesquieu.
ii.Adam Smith
iii.Jean Jacquaes Rousseau.
Jelaskan idea yang dikemukakan oleh Rousseau mengenai sistem pendidikan awal dalam karyanya yang berjudul Emile. F STPM 13,m/s 254.

3.3 Kemajuan pendidikan di Perancis
4.Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.STPM 2014
Kemajuan pendidikan di Jerman abad ke-18-19.

Tema 4 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.
Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan.
Reaksi masyarakat tempatan di India
Kebangkitan Islam dan Sikh
Kebangkitan Petani
Dahagi di India
5.“Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.
Reaksi masyarakat tempatan di China
1.Perang Candu I dan Perang Candu II.
2.Perjanjian-perjanjian
3.Pemberontakan Boxer.
Sejauhmana isu candu merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Pertama 1839-1842 di China? FOKUS STPM 15 m/s 315.
b)Transfomasi sosial, ekonomi dan kemunculan intelektual tempatan.
China
Gerakan pembaharuan

Tema 4
Konflik antarabangsa- Sebab Perang Dunia I
6.Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
 STPM Ulangan 2013
Kesan Perang Dunia 1 tehadap Jeman STPM 2015
4.2.3Perang Dingin
6.Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa. STPMU 2013
6.Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin dari tahun 1945 hingga tahun 1955. STPM 2014U
Perang Dunia Kedua 1941-1945- Jepun dan Amerika Syarikat abad ke-20
Huraikan faktor-faktor yang mendorong penglibatan Jepun dalam Perang Dunia kedua .
Huraikan kesan Perang Dunia Kedua terhadap Jerman. FOKUS STPM 17, m/s 355
4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan
Menerangkan langkah-langkah mendapatkan kedaulatan dan dekolonosasi oleh orang tempatan.
LANGKAH-LANGKAH MENDAPAT KEDAULATAN
CHINA
1.Reformasi 100 hari
2.Gerakan 4 Mei
3.Revolusi 1911
5.Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.STPMU 2014
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 di China.
INDIA
1.Pembaharuan politik, Ekonomi dan Sosial.
Dekolonisasi oleh masyarakat tempatan
Dasar pentadbiran British telah meletakkan asas kepada kebangkitan semangat nasionalisme di India. Bincangkan.FOKUS 19 m/s 420.
CHINA
1.KMT
2.PKC
INDIA
Kaedah perjuangan Mahatma Ghandi - STPM 2015
1.Pertubuhan Kongres Kebangsaan India
2.Liga Islam.
4.4 Perhubungan luar
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Soviet Union dan Amerika Syarikat abad ke-20.
2.Komanwel
United Kingdom dan India abad ke-20
3.NATO
United Kingdom dan Amerika Syarikat abad ke-20.
1.Bincangkan matlamat asas penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945.
Dengan memberi contoh yang relevan , bincangkan sumbangan Komanwel terhadap negara anggotanya.
Bincangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara  (NATO)
FOKUS STPM 20 m/s 438




Selasa, 17 Mei 2016

SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedudukan Raja/ Daimyo
Masyarakat Feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir. dan saudagar. Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja.
Kuasa pemerintahan sebenar terletak di tangan Shogun dan dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fudai. Mereka akan membantu Shogun dalampemerintahan. Mereka merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu.
Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsuma, Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan diawasi oleh Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja sendiri.[1]
SAMURAI
      Samurai terdiri daripada panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun. Antara tugas Samurai ialah memelihara keamanan negara, menjaga kepentingan Daimyo dan menumpahkan taat-setia kepada Daimyo.[2]
 Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istimewa kerana kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan.
Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan
samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang lain.[3]
PETANI
      Golongan petani menduduki tempat yang istimewa kerana Jepun juga adalah negara pertanian.Mereka merupakan pembekal beras kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.Golongan petani terpaksa membayar cukai yang tinggi. Mereka membayar 40-50% daripada jumlah hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada Daimyo. Petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang berat.[4]

TUKANG/ARTISAN
      Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas petani.Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti pedang untuk kegunaan samurai.[5]Mereka mendapat penghormatan kerana pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang pertukangan. Barangan yang dihasilkan oleh tukang-tukang mahir ini digunakan  oleh golongan Daimyo.  Tukang mahir pada zaman feudal seperti tukang membuat senjata  iaitu pedang mendapat layanan istimewa. Mereka menerima gaji yang lumayan dan tinggal di rumah mewah. Umpamanya, tukang kayu di Kyoto menerima gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memiliki sebilah pedang.[6]

SAUDAGAR/PEDAGANG
Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang.Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan
dalam pergerakan sosial namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi membolehkan mereka
mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai pemiutang kepada golongan bangsawan.[7]




[1] Ibid,10.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,16..
[3] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,10.
[4] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,18.
[5] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,10.
[6] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,17.
[7]“Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,11.

SISTEM FEUDAL DI JEPUN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Feudal di Jepun abad ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di Jepun
Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman Kamakura (1192 - 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536 -1998).Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman
Keshogunan Tokugawa (1603 - 1867).[1]
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun
Kedudukan Maharaja dan Daimyo
Maharaja tiada kuasa. Keadaan geografi negara Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan maharaja gagal mengawal Daimyo.Selepas tahun 1192,Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan di Jepun. Hal ini berlaku apabila Taira Kiyomori, ketua  pahlawan  puak Taira menguasai seluruh pemerintahan dengan mengalahkan tentera Maharaja dalam dua peperangan antara tahun 1159-1160.[2]
Gabenor yang dilantik yang terdiri daripada bangsawan istana gagal mengawal kuasa Daimyo kerana kelekaan dengan kemewahan dan mereka tinggal di kota.
Berlakunya perebutan dalam kalangan suku untuk menguasai kekuasaan politik. Kemuncak perebutan tersebut berlaku apabila ketua keluarga Miramoto Yoritomo berjaya membentuk kerajaan bersifat ketenteraan yang pertama di Kamakura yang dikenali Bakufu.Miramoto Yoritomo menggunakan gelaran Shogun

Kemerosotan kuasa raja memberi ruang kepada kemunculan tuan-tuan tanah (Daimyo) yang memiliki banyak ladang yang dipanggil Syo atau Syoen.Keadaan ini menyebabkan kekuasaan golongan tuan tanah

(Daimyo) mengatasi kekuasaan istana dan maharaja impaknya petani tidak lagi memberi ketaatsetiaan kepadamaharaja tetapi sebaliknya kepada Bakufu .Pemerintahah Kamakura menandakan bermulanya sistem feudal di Jepun

Pada zaman Shogun Tokugawa, maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi dan lambang perpaduan kuasa sebenarnya berada ditangan Shogun. Bagi mengawal kuasa maharaja, Shogun mengeluarkan satu ordinan yang dikenali Kinchu Kuge Sho-Hatto (Peraturan bagi Istana)
Ekonomi
Pada era Shogun Tokugawa, ekonomi berasaskan beras.Hasil pendapatan dan kekayaan Daimyo dan Samurai diukur mengikut banyak beras yang dimilikinya dan bukannya wang.
Kedudukan petani penting kerana mereka adalah jentera yang menghasilkan beras.

Kedudukan atau kekayaan Daimyo dan Samurai bergantung kepada petani.Pekembangan perdagangan menyebabkan golongan Samurai menjual beras mereka kepada pedagang untuk
memperoleh wang.

Masalah ekonomi menyebabkan golongan Samurai berhutang dengan golongan pedagang. Keadaan ini menyebabkan berlaku kemerosotan kedudukan golongan Samurai dan seterusnya meningkatkan stafus sosial golongan pedagang

Kepentingan golongan Samurai
Mempunyai kedudukan istimewa kerana mereka adalah penentu kepada kelangsungan kekuasaan Shogun.[3]
Berfungsi menjaga keamanan negara dan menjagakepentingan Daimyo tanpa berbelah bahagi.Tidak melakukan sebarang pekerjaan walaupun dalam keadaan aman. Kehidupan mereka ditanggung oleh petani.

Kepentingan Petani
Kedudukan penting kerana Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.Bertanggungiawab mengeluarkan beras yang menjadi makanan rakyat. Kehidupan petani tertekan kerana mereka dikenakan sistem kerah iaitu dikerah untuk mengangkut barangan pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido dengan dikenakan beberapa tempat sekatan bagi membolehkan
pegawai menjalankan pemeriksaan. Mereka juga dikenakan cukai yang tinggi.
Peranan golongan artisan
Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah,tukang besi, tukang tembaga, tukang timah, penenun,pembuat kertas dan lain-lain.Mereka diberi gaji dan rumah yang baik serta dibenarkan menggunakan pedang. Walaupun tarafnya lebih rendah daripada petani tetapi kehidupannya lebih baik.
Peranan Pedagang
Dipandang hina kerana Jepun amalkan dasar tutup pintu.Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial.Namun keadaan aman mengakibatkan keadaan ekonomi berkembang  sehingga muncul bandar seperi Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai. Bandar-bandar ini menjadi pusat perdagangan. Pendapatan berasaskan beras diganti dengan pendapatan berasaskan wang. Menjelang abad ke-17, muncul ramai pedagang yang cekapdan berpegalaman dan golongan pemimjam wang di bandar-bandar utama Jepun. Misalnya, Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.[4] Mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang baik dan kaya-raya. Akhirnya berjaya memperbaiki status sosialnya.[5]


[1] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),7.
[2]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,15.
[3]“Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,8.
[4]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,20.  
[5] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,9.

Khamis, 12 Mei 2016

Unit 1.1 Masyarakat Feudal

SEJARAH DUNIA 1500-1955
Unit 1.1 Masyarakat Feudal
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Feudal
Kemunculan masyarakat feudal di Eropah dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19, masyarakat feudal muncul di bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda meletakkan asas bagi kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di negara tersebut. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.Perkembangan masyarakat feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai. Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa  (1603-1867). Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat Feudal
Digunakan sejarawan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah pada zaman pertengahan di Eropah.
Secara umum tetdapat dua maksud feudalisme yang merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu iaitumengikutSusunlapishierarki.Takrifankedua
Membawamaksudsatusistemhubungan timbal-balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[2]

Sistem feudal pula ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu tertentu dan bukan wakil dari kerajaan pusat.  Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas  dan bersusun lapis mengikut hierarki.[3]

Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di England
Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke - 9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-l 3 M.
- Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
Sosial
- Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada raja bangsawan dan petani (serf)
-Wujud hubungan timbalbalas dianttara dua kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri daripada raja dan beberapa bangsawan  Bangsawan  merupakan pengikut yang setia (vassal) kepada raja
- Rakyat biasa yang dikenali serf merupakan golongan yang setia kapada bangsawan yang berkuasa ke atas mereka.
Ekonomi
Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampung yang dikenali sebagai manor
- Kegiatan ekonomi bergantung kepada aktiviti pertanian.
Manor menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.
- Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri
- Perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dikendalikan secara sistem barter.
Agama
Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.
Politik
Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan peperangan sering berlaku antara wilayah.
Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.
Susun lapis Masyarakat feudal di England
Raja
Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja ialah golongan bangsawan yang menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja akan memberikan hak pajakan tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai balasan golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja. Raja amat bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya.Bagi memastikan golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja memberikan anugerah dan gelaran kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga bangsawan yang terlalu berkuasa hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan raja.Menjelang abad ke 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England iaitu ketika pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuarts.[4]
Bangsawan
Dalam susun lapis mesyarakat feudal, kedudukan golongan bangsawan ialah selepas raja. 
Pahlawan Knight
Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight pula akan melindungi serf dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak memungut cukai di kawasannya.

Petani
Rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.Petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat
ke tempat yang lain.
Berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki. Bercucuk tanam dan menjalankan ternakan di tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian. Ada juga petani yang menyewa tanah dengan golongan bangsawan.
Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian, sokeman, border dan cottar.
Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.
Hamba
Berada di bawah golongan petani mewakili satu persepuluh penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Paderi
- Merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal.
- Pada abadke-12 dan 13 M hampir l/3 daripada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
- Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).



[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2013),1.
[2]“Masyarakat Feudal”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),1.
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2014),2.
[4]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,5.

Jumaat, 6 Mei 2016

PENTAKSIRAN SEJARAH STPM PENGGAL 1 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH PENGGAL 1


Penggal
Pengajian
Kod dan nama kertas
Jenis Ujian
Markah
(Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal 1
940/1
Sejarah  1
Sejarah Dunia
(1500-1955)
Ujian bertulis

Soalan esei
6 soalan diberikan
Jawab 4 soalan daripada
6 soalan
80
(29%)
2 jam
Pentaksiran berpusat

Sejarah STPM P1 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:

1.     Masyarakat.
2.     Pemerintahan dan Pentadbiran.
3.     Kemajuan dan Pembangunan.
4.     Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

 Tema 1: Masyarakat
1.1  Masyarakat Feudal (England dan Jepun).
1.2  Masyarakat Agraria (Belanda dan China).
1.3  Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).
1.4  Masyarakat Industri (England dan Jerman).

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
2.1     Institusi Pemerintahan:
          2.1.1  Raja atau Maharaja (China dan Rusia).
          2.1.2  Pembesar (China dan Rusia).
2.2     Negara Bangsa:
          2.2.1  Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
          2.2.2  Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
          2.2.3  Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).

Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan
3.1     Sistem Ekonomi.
3.1.1   Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika. 
3.1.2   Perkembangan Ekonomi.
            3.1.2.1  Perdagagan dan Perniagaan (Portugal & Belanda).
            3.1.2.2  Pertanian (Belanda & England).
            3.1.2.3  Perindustrian (Jerman & Jepun).
3.2      Intelektual.
          3.2.1  Perkembangan Ilmu (England & Perancis).
          3.2.2  Sumbangan Tokoh (England & Perancis).
3.3     Kemajuan Pendidikan (Perancis & Jerman).

Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
4.1     Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat (China & India).
4.2     Konflik Antarabangsa.
          4.2.1  Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).
          4.2.2  Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).
          4.2.3  Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).
4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan (China & India).
4.4     Perhubungan Luar.
          Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.
          United kingdom & India. -Komanwel.
          United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.