SEJARAH DUNIA 1500-1955
Unit 1.1 Masyarakat Feudal
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Feudal
Kemunculan masyarakat feudal di
Eropah dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19,
masyarakat feudal muncul di bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di
England bermula semasa pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda
meletakkan asas bagi kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di
negara tersebut. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan
dan kedudukan masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran
daripada perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara
bangsa.Perkembangan masyarakat feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman
Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai. Feudalisme di Jepun mencapai kematangan
pada zaman Shogun Tokugawa (1603-1867).
Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat Feudal
Digunakan sejarawan untuk
menerangkan susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah pada zaman
pertengahan di Eropah.
Secara umum tetdapat dua maksud
feudalisme yang merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama
feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas
atau susunan tertentu iaitumengikutSusunlapishierarki.Takrifankedua
Membawamaksudsatusistemhubungan
timbal-balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[2]
Sistem feudal pula ditakrifkan
sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu
tertentu dan bukan wakil dari kerajaan pusat.
Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem
kelas dan bersusun lapis mengikut
hierarki.[3]
Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di England
Sebuah kerajaan yang terbentuk
di Eropah Barat pada abad ke - 9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemagne dan
berlanjutan sehingga abad ke-l 3 M.
- Sistem pemerintahan ini wujud
apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
Sosial
- Masyarakat bersusun lapis
yang terdiri daripada raja bangsawan dan petani (serf)
-Wujud hubungan timbalbalas
dianttara dua kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri
daripada raja dan beberapa bangsawan
Bangsawan merupakan pengikut yang
setia (vassal) kepada raja
- Rakyat biasa yang dikenali
serf merupakan golongan yang setia kapada bangsawan yang berkuasa ke atas
mereka.
Ekonomi
Masyarakat bergantung kepada
tanah dan tinggal dalam komuniti kampung yang dikenali sebagai manor
- Kegiatan ekonomi bergantung
kepada aktiviti pertanian.
Manor menjadi asas ekonomi
feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan
masyarakat termasuk raja.
- Kegiatan perdagangan tidak
meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain
sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri
- Perkembangan ekonomi terhad
dan perniagaan dikendalikan secara sistem barter.
Agama
Gereja katolik merupakan
institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong
kehidupan masyarakat pada zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik
merangkumi seluruh kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek
kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.
Politik
Keadaan politik tidak stabil.
Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan peperangan sering berlaku antara
wilayah.
Kedudukan raja lemah
(pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan golongan pembesar. Golongan
pembesar pula sering menentang raja.
Susun lapis Masyarakat feudal di England
Raja
Dalam sistem feudal di England,
raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang
berkuasa mutlak dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja
ialah golongan bangsawan yang menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja
akan memberikan hak pajakan tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai
balasan golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja.
Raja amat bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan
kekuasaannya.Bagi memastikan golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja
memberikan anugerah dan gelaran kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga
bangsawan yang terlalu berkuasa hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan
raja.Menjelang abad ke 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di
England iaitu ketika pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuarts.[4]
Bangsawan
Dalam susun lapis mesyarakat
feudal, kedudukan golongan bangsawan ialah selepas raja.
Pahlawan Knight
Diberi tanah sebagai balasan
terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan
raja,bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan
barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi
bangsawan dan keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki
mereka berkhidmat untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada
serf dan sebagai balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight
pula akan melindungi serf dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah
miliknya, memiliki rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak
memungut cukai di kawasannya.
Petani
Rakyat biasa yang menetap di
wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf iaitu
golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.Petani terikat dengan
pemimpin atau tuan tanah mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari
satu tempat
ke tempat yang lain.
Berada di bawah pengawasan dan
bergantung kepada raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki. Bercucuk tanam
dan menjalankan ternakan di tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk
keperluan harian. Ada juga petani yang menyewa tanah dengan golongan bangsawan.
Petani mewakili sebahagian
besar daripada penduduk England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian,
sokeman, border dan cottar.
Petani dikawal oleh tuan tanah
antaranya oleh lord manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani,
mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.
Hamba
Berada di bawah golongan petani
mewakili satu persepuluh penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki
tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Paderi
- Merupakan satu kelas
masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan
bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal.
- Pada abadke-12 dan 13 M
hampir l/3 daripada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
- Bishop, abot dan pegawai yang
memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.
Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan
pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan
mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
[1]
SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi
Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2013),1.
[2]“Masyarakat
Feudal”, dalamModul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),1.
[3]
Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2014),2.
[4]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead
Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan