Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang
perindustrian. Masyarakat industri juga merujuk kepada masyarakat yang terlibat
dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri di
England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah
memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan
dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana
pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, masyarakat
industri di Jerman mahir dalam bidang pertanian. Mereka mencapai banyak
kemajuan dalam bidang pertanian. Kemajuan teknologi telah meningkatkan
mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat
diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda. Kemajuan
dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui
penemuan Humphry Duty (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi
masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula saintis Jerman Justus
von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan. Selain itu
petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian carnpuran iaitu menternak
lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
Kesannya, antara tahun 1905 hingga 1912, Jerman telah mendahului negara lain
dalam pengeluaran hasil pertanian seperti gandum, barli, oat,jagung dan ubi
kentang.
Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada
perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih
timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke-19. Hal ini membawa kepada
kewujudan masyarakat industri. Kemajuan dalam industri kulit pula telah
melahirkan perubahan dalam gaya hidup. Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi
baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.
Perkembangan dalam industri elektrik adalah disebabkan oleh permintaan yang
tinggi untuk barangan elektrik dan Jerman telah muncul sebagai negara pertama
untuk menghasilkan barangan elektrik pada tahun 1913.
Perkembangan dalam bidang
perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar
bandar ke kawasan bandar. Hal ini telah membawa pertambahan penduduk dalam
kawasan bandar dan telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri di
bandar. Misalnya di kawasan Ruhr; Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk
yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan
industri. Buktinya, bilangan pekerja dalam industri telah meningkat daripada
120 000 orang antara tahun 1863 hingga tahun 1865 kepada 570 000 orang ada
tahun 1906.
Perkembangan sistem
pengangkutan turut berlaku di Jerman. Masyarakat industri di Jerman juga maju
dalam sistem pengangkutan. Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli
telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan
jalan kereta api. Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan
kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di
Jerman. seterusnya industri perkapalan pula dimajukan di Bremery Hamburg, dan
Elby.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan